Aku ingat lagi Chef Wan pernah membebel masa dia masak laksa Johor dalam program masakan dia. "Banyak benor ingredients laksa johor ni puan2 sekalian. Ada bawang merah, putih, halia, kerisik, lengkuas, serai, ikan kering kurau, udang kering, rempah kari, lada kering, bunga kantan dan bla bla..."
"Sebab tu ler laksa ni rasa sedap sebab banyak sangat ingrediants dia, kalau tak sedap jugak tak tau lah kata apa hah" bebelan chef pujaan 1 Malaysia ni.
Dan aku akui memasak laksa johor lagi renyah giler kalau nak bandingkan masak laksa utara atau laksa asam. Sebab tu aku jarang jumpa gerai jual laksa johor kalau banding laksa asam T_T.
Kalau teringin nak makan aku kena masaklah sendiri. Tak kan nak balik Johor baru nak merasa. Kat Johor belum tentu kau jumpa gerai jual laksa JDT ni. Sebab sama aku katakan tadi. Renyah beb nak buat laksa ni huhuhu.
Air rebusan ikan campur asam keping. Rebus nak bgi isi dan tulang lembut.
Kemudian sesi nak buang tulang dari isi. Ini tugas husband sebab dia memang tak suka kalau makan ada tulang tersangkut. Takut tercekik. Serik nak makan nanti.
Cara aku, aku memang blender, kisar asing-asing dan letakkan dalam bekas yang berlainan.
Tak bercampur sekali.
Sepeket spaggeti
1 kg ikan tengiri jenis bunga (ikan kegemaran )- kalau ikan parang, kembung atau sardin pun boleh.
500g rempah kari ikan
60g cili kering kisar
500ml santan pekat
750ml air
125 ml minyak masak
30g kerisik
Garam cukup rasa
Serbuk perasa
Bahan Kisar (rujuk gambar di atas)
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar
Bahan untuk Ulam
Timun
Tauge
Daun kesum/ daun selasih
kacang panjang
Limau Kasturi
Lobak Masin
Bahan untuk sambal belacan
125gm cili kering (rebus)
1/2 inci belacan bakar
(Tumbuk cili bersama belacan sehingga lumat)
Cara masakan
- Panaskan periuk dan masukkan minyak. Setelah minyak panas tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
- Masukkan rempah kari ikan selama 1 minit . Masukkan sedikit air dan tumis dalam lima minit.
- Masukkan pula cili kisar. Kacau rata dan tumis sehingga terbit minyak.
- Masukkan isi ikan telah dikisar, kacau rata.
- Masukkan air dan santan .
- Apabila mendidih masukkan udang kering dan kerisik. kacau dan masak selama beberapa minit.
- Tutup api
- Hidangkan bersama spaggeti dan ulam-ulaman.
Semua bahan2 ini akan dicincang, dikisar halus dan ditumis. Dan dicampurkan pulak dengan santan dan kerisik. Itu bab kuah sahaja. Nak makan laksa kena ada ulam2 dia pulak, hirisan timun, daun selasih/kesum serta bawang, perahan limau kasturi, lobak asin dan disimbahi dengan sambal belacan...
Serumitnya laksa ni dibuat, bermakna sesedap juga bila kau makan nanti. Itulah orang panggil NIKMAT apabila makan...





No comments:
Post a Comment