Thursday, April 6, 2017

Mastautin di rumah sendiri

Alhamdulilah, 2017 pada tahun ni dah genap tiga tahun kami tinggal di rumah sendiri. Maknanya aku dapat tidur, makan, memasak dan melihat anak2 membesar dan bermain di halaman dan dalam suasana rumah sendiri. 

Walaupun kami pilih menetap di negeri orang, bukan balik ke kampung asal seperti skeptikal sesetengah orang di Malaysia. Dulu2 orang akan tinggal bergenerasi di kampung sendiri, atau diam dalam serumah sahaja. Tapi sekarang dah berubah, aku akan tetap ingat asal usul (semangat johorian ahaha) walaupun aku dah banyak berpindah randah tempat kerja dan rumah. 

Kalau kat Malaysia, kau kata pencapaian terbesar dalam hidup adalah memiliki rumah sendiri, aku memang bersetuju 50 peratus. Eh? Mana lagi 50 peratus? Ooo yang tu akan tercapai jika aku dan husband dapat habiskan pembiayaan rumah tersebut. Baru betul 100 peratus hak milik kita sendiri! Sebab memang bukan senang nak beli rumah. Itu adalah hutang terbesar yang ditanggung dalam kehidupan dunia ni. 

Masa mula aku bekerja memang aku harapkan waktu muda lagi dah dapat sebuah rumah mampu milik, yang cukup luas dan mampu memberi perlindungan kepada aku sekeluarga. Rumah yang akan memberikan bonding keluarga yang kuat, memori dan nostalgia pada diri sndiri dan anak2. 

Dan beli rumah yang aku tak perlu lagi nak fikir nak renovate tambah bilik ker pecahkan bilik ker-jadikan ruang lebih besar ker. Macamlah kau nak duduk dua tiga keturunan jer kat situ jer. Tak payah tambahkan kerja dan beban hutang. Cukup sekali beli, ok dah memenuhi kriteria yang sesuai untuk kami sekeluarga. 

Aku tak mahu dah berkerepot nanti baru lah nak beli rumah. Yalah bila dah terlebih usia sangat margin hutang agak tinggi, nak bayar ansuran pun tinggi.  Sedangkan masa tu kau dah kena ingat masa tu adalah untuk menyimpan dan melabur untuk kesihatan, kos rawatan (kalau berpeyakit- yang ni mintak dijauhkan) dan hidup persaraan. Kalau dah berusia baru nak beli rumah yang besar dan luas tapi at the end ko dan pasangan jer yang tinggal di rumah tersebut pun tak berbaloi jugak. Anak2 dah membesar dan bawa haluan hidup masing2. Nak tunggu anak cucu balik pun setahun adalah dua tiga kali jer diorang muncul. Perli untuk diri sendiri sebenarnya huhuhu T_T


Petang2 balik kerja dan sekolah, amik angin dengan anak2 kat luar rumah.


Kalau malam Tahun Baru, boleh tonton pertunjukan bunga api kat anjung rumah jer... 

Membesar di rumah ketika kita masih kecil adalah satu nostalgia yang sukar aku lupakan. Kartunis Datuk Lat pun masih melukis gambaran kehidupan beliau di kampung. Walhal selepas usia Datuk Lat 10 tahun, keluarga mereka dah berhijrah ke bandar Ipoh dan jadi orang bandar. 

Sungguh, aku lebih mengingati suasana kehidupan aku membesar di Muar daripada di Batu Pahat. Mungkin ketika itu kita dibesarkan dalam suasana gembira, zaman kanak2 bersekolah. Hidup untuk bermain sampai puas asalkan jangan patah sudah. Bila umur aku 12 tahun baru aku berpindah ke rumah mak ayah yang dibeli di Batu Pahat. 

Sehingga kini kalau aku bermimpi seolah2 aku boleh terbang ke alam kehidupan aku di Muar jika dibandingkan di Batu Pahat. Bonding di sana lebih kuat dengan memori dan nostalgia yang tinggal alahai...T_T

Tahun 2014, baru dapat kunci. Kerja pemasangan jeriji dan lampu sedang dibuat. 

 Hari2 datang nak tengok rumah sebelum 100% nak siap. Sebab rumah sewa kami hanya 500 meter jer dari rumah sendiri.


Pokok ni dah membesar tinggi dan menjadi pokok teduhan di rumah kami. 

Beli rumah bukan jerat kewangan seperti dikhabarkan oleh menteri Bolehland. Cuma kita kena tahu mengukur dengan badan kita sendiri. Adakah memiliki sebuah rumah idaman yang sederhana dah cukup untuk kita? Kalau sudah cukup, oklah!. Bermakna kita tak akan terheret pada neraka kewangan. 

Tapi time tu jugak, ko dah lah nak rumah besar, kereta pun nak jugak besar kumpul sampai dua tiga bijik, kemudian tambah buat personal loan buat renovate, melanconglah, life style lah. Wah melampau ler. Beban hutang kad kredit, hutang pendidikan lagi. Semput! Kalau macam tu memang boleh tercekik dan terjerut dalam masalah kewangan. 

Membeli rumah kena plan yang bijak dan matlamat jelas. Contoh matlamat memastikan rumah menjadi milik sepenuhnya dalam 15 tahun sahaja. Maka di situ perlu ada strategi, cara dan kebijaksanaan dalam mencapai matlamat tersebut. Kesabaran tinggi amat2 diperlukan. Pengorbanan adalah perkara yang wajib. 

Then selepas tu aku tak mahu terikat pada apa2 hutang. Aku impikan untuk berhijrah ke mana2 sahaja di luar Bolehland, mengembara melihat negara orang. Rumah yang ada ditinggalkan sebagai pelaburan. Andai kata ada anak yang mahukan rumah tu atas memori dan nostalgia mereka membesar, maka dia boleh beli melalui kami dengan harga diskaun penuh kasih sayang  :) Tiada kompromi kerana dunia ini Maha Adil dan Saksama. 






No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...