Showing posts with label turunkan berat badan. Show all posts
Showing posts with label turunkan berat badan. Show all posts

Friday, January 19, 2018

KISAH TURUNKAN BERAT BADAN : PART 3 -Eat clean and healthy

Sambungan kisah misi turunkan berat badan. Kali ni pasal bab permakanan pulak. Hari aku mulakan misi ni, hari tu juga aku terus stop amik gula. Jadi aku stop minum air2 manis dan makanan yang manis2. Jadi air tak kiralah nescafe tarik ke, kopi o, cendol, abc ke malahan air sirap atau air kordial langsung aku tak sentuh dah. Tiada gula putih, frukosa, sukrosa, susu pekat manis dan yang seangkatan dengannya.

Makanan manis macam gula2, aiskrim dan coklat atau kek aku dah tak makan. Kat bawah ni, kalender diari yang aku buat, ada aku catit hari pertama (day 1) jatuh pada 6 November 2017 aku cut sugar (gula sintetik) sampailah ke hari ni. Alhamdulilah, bertahan.... Minuman instant 3 in 1 pun stop, tak mau lagilah..

Aku hanya minum air masak sahaja, kalau nak minum air ada perisa aku minum teh hijau tanpa gula. Cuma aku gantikan gula dengan madu. Tapi masa mula2 berhenti amik gula, pergh macam orang nak berhenti merokok rasanya. Ketagih beb!! Rasa craving nak amik air gula, benda manis2. Tekak ni gatal2 je nak minum manis, nak order nescafe tarik lah, nak bancuh kopi o lah huhuhu. Rupa2 nya macam tulah agaknya orang rasa ketagih rokok bila berhenti yek... Dahsyat T_T

Start 10hb, aku mula buat workout cardio. Dan 20hb, aku dah mula elakkan makanan yang berkalori tinggi, berminyak atau bergoreng (deep fried).

Masa dua minggu misi ni berjalan, berat tak turun pun. Maintain jer.. dah 20 hari baru turun 500 gram jer. Aku dah risau, salah ke cara aku. Tapi baju dah longgar. Badan terutama peha dan perut makin mengecil. Rupanya baru aku faham berat lemak tu bertukar jadi berat otot. Jadi badan kita mengecil tapi berat tak turun. :)

Masa pergi Penang dengan family, aku tak makan cendol. Ayah aku tegur "jangan tak ambil gula langsung, kena ambil gula juga. Hypo nanti. Kang takde tenaga. Tapi aku jawab, "Gula tu ada, makan nasi, hari2 makan nasi..."  Hahaha hari2 makan nasi ko! Kalau korang tengok jadual bawah ni, bulan Disember aku dah start catit makanan yang aku 'ngap2' sepanjang hari.

Tujuan aku catit ni supaya aku boleh elakkan plateau. Jadi kalau kena plateau aku boleh check balik cara permakanan dan senaman yang dibuat. Setakat ni aku belum pernah plateau lagi.

Sapa cakap kena tinggalkan nasi? Aku hari2 makan nasi. Kadang 3 kali sehari. Kadang nasi lemak pun aku makan hehehe. Berat tetap turun setiap minggu. Tapi makan kena kawal, ikut kuantiti dan keperluan badan kita yang sepatutnya lah. Jangan berlebihan.  

Lauk pauk banyak masak bening, sup, stim dan tom yam. Kalau lemak bersantan jarang2 aku masak. Roti canai lama aku tinggalkan, kuih muih pun sama. Untuk sarapan, aku amik roti dan telur. Kadang2 bihun sup atau mee hailam. Makan malam aku tetap amik nasi putih. Dan makan lewat malam pun ada, hahaha banyaknyer makan. Yang ni selalu  untuk penutup, aku makan cereal campur susu segar, tak pun makan oat+badam+madu+almond. 

Buah-bahan aku banyak makan jambu batu. Sebab suka dengar bunyi cruncy jambu bila kita kunyah. Kira macam ada pengaruh psikologi jugak kan hehehe. 

Januari 2018. Masih gigih mencatat...

Makanan ni umpama 'fuel', bahan api untuk pembakaran tenaga. Kalau aku elakkan dari makan, aku takde tenaga untuk workout dan bersenam. Jadi aku perlu makan secukupnya, perlu ambil nasi setiap hari. Kalau ikutkan untuk turunkan berat aku kena maintain pengambilan dalam 1500-1800 kalori setiap hari. Sehari aku akan makan empat atau lima kali. Jadi kalu 1800 kalori perday, bahagi dengan lima kali makan, sekali makan akan ambil kuota 360 kalori. Kalau pagi kurang dari 360 kalori tu, tengahari bole topup yang kurang tadi. 

Energy bar.
Yang kat atas ni aku beli kat farmasi. Setiap kali lepas workout, aku akan makan satu untuk ganti balik tenaga. Aku tak amik minuman gula atau isotonik. Minum air masak jer banyak2. Sebab tu aku simpan stok energy bar ni kat rumah. 

Quaker chewy granola bar, dari google.
Yang ni pun not bad. Aku beli kat Tesco. 

Itula sedikit info permakanan yang aku amalkan sekarang ni. Harap sentiasa istiqamah. Nak turunkan lagi 9 kg untuk capai berat ideal. Yang penting badan sihat dan sentiasa fit yek! Chaiyok...



Friday, January 5, 2018

Kisah turunkan berat badan : Part 1 - Kelalaian di masa lalu

Hari ni genap dua bulan aku jalankan misi kuruskan badan hahaha. Maknanya dah dua bulan aku berhenti amik gula sintetik dan kurangkan kalori.  Rasa macam dah lama aku tak amik berat pasal berat badan ni. Sebab rasa confident je macam kita ni akan kurus sentiasa. Dan berpegang prinsip, badan berisi menunjukkan kita senang hati, bahagia. Bullshit! Sebenarnya tidak, well your eyes cannot lied to yourself. Bila mana tengok gambar baru kau sedar rupanya kau dah gemuk, dan bila ada sedara mara lama kau tak jumpa kata badan kau dah naik dan  kalau pakai itu ini macam ketat atau dah tak berapa muat eh? Kurus lagi ke macam tu hahaha.

Alkisahnya bila aku balik dari buat pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan pada bulan Oktober lepas, doktor cakap semua bacaan aku termasuk paras gula, kolesterol, kesihatan hati, buah pinggang, tekanan darah dan jantung adalah baik dan normal. Eh? Kalau ok kenapa nak buat misi kuruskan berat badan ni. Sebab aku rasa aku tak fit........

Bila mana aku jalan sejauh 500m dari parking kereta ke Wisma N. Sembilan sampai kat kaunter tertiba aku rasa tercunggap2 atau mengah!! Tak cukup oksigen. Dan aku tersedar aku bukan ada masalah kesihatan, tapi aku ada masalah berat badan. Di mana aku bawa beban berlebihan dalam badan aku.


Ok aku share dulu gambar masa aku lepas dah ada anak dua, ni kira throw back to year 2010.

 Tadaaa. Aku yang dulu bukan lah yang sekarang...
Tahun 2010, umur aku masa ni dah nak masuk 31 tahun. 
Berat aku ideal, 65kg.

Umar Shafiy, anak aku kedua masih ni usia 6 bulan nak masuk 7 bulan.. 

Ni aku bersama ayah dan  barisan mak2 dan pak sedara aku di Batu Pahat. Nasib baek makcik2 aku time ni dah sporting nak amik gambar. Kalau dulu, diorang asyik nak lari jer mengelak dari kamera huhuhu kalah artis bollywood tau.. 

So itu throwback citer 7 tahun lepas, apa citer sekarang yek. Jeng jeng jeng... Tu dia..

Ni masa bulan Mei 2017 yang lepas. Umur aku dah 36 tahun dah..


Dan ini yang gambar terbaru kot yang aku ada, 15 November 2017. 
Jadi aku terus terang sajalah, berat aku masa ni hampir mencecah 79 kg.......
Ya dah hampir 80 kg... T_T
Ketinggian aku 1.67 m. 
Jadi BMI aku adalah 29.43.
 BMI itu status "overweight" dan nak hampir masuk dalam kategori obese. Nangis...

Sorry sebab aku memang takde gambar sendiri. Kalau korang check blog dan FB aku, rasa jarang ada gambar tuan punya blog ni. Takde orang nak amik gambar aku kecuali kadang2 member amik gambar aku termasuk sekali dan diorang tag nama aku. Time gambar atas tu aku dah start misi turunkan berat badan dalam seminggu, jadi mula hilang dalam 500 gram shj. Jadi ikut sebelum ni memang dah cecah 80kg pun.

Apakah punca aku jadi gemuk?

1. Pil Perancang a.k.a pil hormon.

Saja aku share gambar masa lama time anak aku usia 6 bulan di atas. Sebab lepas sebulan tu, aku dah start amik perancang keluarga. Jadi aku amik pil hormon seperti yang dicadangkan di klinik kerajaan di Kuching tempat yang aku dirujukkan. Dan aku tahu, nurse dah jelaskan peratusan besar berat badan aku akan naik tersebabkan perubahan hormon nanti. Jadi aku dah pun makan berkotak2 dah pil horman ni dalam masa tujuh tahun yek. Tujuh tahun! Daebak!!


2. Amalan minumam pek segera 3+1 

Aku rajin minum benda alah ni. Yang paling banyak aku telan ialah Old Town White Coffee. Kenapa minum benda ni, sebab aku pengemar tegar kopi. Dari zaman aku belajar lagi. Dari kecik mak ayah aku pun bancuh minum kopi, tak main kitorang minum teh2 ni. Tapi terus terang aku cakap aku sebenarnya tak mampu nak minum kat kopitiam dia tu  keh keh. Apatah lagi jenama yang antarabangsat macam "Starbak", "Cofee Mr Bean" dan yang sewaktunya dengannya. Mahal dowh. 

Jadi nak jimat beli je pek instant. Nanti bancuh, nak panas ke atau sejuk letak ais ketui2 dalam tu, perghhhh marvelous!! Lagi jimat dan murah kan kan kan...

Ni kata less sugar. 

Ni yang feberet aku, banyak dah aku telan type hazelnut. 

Tapi  minuman instant ni  yang paling bahaya wooo, sebab dia ada krimer yang mengandungi lemak transfat (bukan dari produk tenusu), lepas tu ada gula sintetik macam sukrosa, fukrosa. Dalam tu ada banyak sudu gula, tu yang sedap.  Bayangkan berapa banyak pek aku dah telan bertahun2. Ooo lalainya aku ni. 

3. Tidak bersenam/ work out.

Aku hampir tidak bersenam atau exercise untuk jangka masa lama selepas kahwin. Aku memang atlit pun dari sekolah rendah lagi. Kebanyakkan aku masuk dalam acara balapan -merentas desa, 100m, 200m, 400m, lompat jauh, lari berganti2 apa saja lah sukan aku masuk sampai wakil peringkat MSSD. Gila kuasa kan! hahaha. 

Sukan bola jaring seawal darjah lima aku dah masuk untuk wakil sekolah di Muar dulu. Jadi koleksi piala memang banyak aku kumpul hampir 50, tersusun aku letak kat almari buku aku. Tapi sedih bila aku keluar rumah sebab dah kerja di Kedah, bapak aku dah buang piala2 tu. Dia simpan dalam kotak sebab banyak habuk dan tikus pulak beranak dalam kotak tu. Nangis dalam hati jelah. 

Beli kasut tahun lepas, azam nak jogging bagi fit tapi azam tu terkubur. 

Pernah juga semangat bersenam dengan berjogging di taman tasik sebelum ni, tapi susah jugak. Bayangkan nak layan anak2 kejutkan pagi2 untuk mandi. Bila nak lari pun cuaca start panas dah. Anak2 pulak merungut nak jalan rasa penat. Aku lari dalam 2 pusingan lepas tu terpaksa berhenti tengok anak yang kecil pulak takut main dekat kolam tasik. Jadi tak berpeluh pun nak fit. Last2 aku give up. 

Jadi kalau isteri atau ibu anda nak exercise, give her a great support okay!! Bagi diorang sayang diri sendiri dulu sebelum sayang orang2 lain. 

3. Makan lebih dari sepatutnya. 

Ni namanya terlebih kalori. Percayalah kau tak perlukan kalori banyak jika tak de niat untuk digunakan tapi kau nak simpan sahaja. Kalori yang ada perlu dibakar untuk jadi tenaga, jika tidak ianya akan disimpan untuk jadi fat atau lemak. Aku tak kuat makan pun, cuma mungkin aku makan berlebihan dari keperluan tenaga yang sepatutnya aku optimun gunakan. Dan mungkin permakanan lebih kepada bergoreng dan berlemak. Makanan yang bergula tinggi.

All about food!! 

Jika tengok IG aku banyak juga aku cuba resipi itu ini. Kononnya nak terer masak ler. Sudahnya terlebih kalori, hei walaupun terlebih 200 hingga 300 kalori sehari, dalam seminggu dah berapa banyak kau kumpul kan?! Ni tak campur lagi dengan minum air manis macam nescafe tariklah, sirap limau lah, abc atau cendol. Hua hua hua!!

Dan perlu nyatakan di sini aku memang dah forbidden makan makanan fast food since hujung tahun 2014 macam McD,  Pizza Hut, KFC atau serangkaian dengannya. Nugget dan sosej pun aku tak makan, atau belikan untuk anak2. Makanan yang mengandungi transfat dah lama aku tinggalkan bertahun2. Jadi cuba bayangkan aku yang tak makan sangat fast food pun boleh overweight, kalau aku makan benda2 tu jadi apa agaknya??!! AllahuAkbar.....

Nantikan sambungan part 2.....

Ada sebab2 yang lain juga, tapi faktor utama adalah empat di atas. Ni kajian atas diri aku, aku yang rasa. Aku yang alami. Orang lain aku tak taulah. Nanti part seterusnya aku sambung selepas ni. Pasal senmaan workout dan penjagaan makanan. 

Cuma aku nak pesan, sayang diri korang dulu sebelum sayangkan orang lain. Kesihatan kau sangat penting demi hari ini dan masa yang mendatang... 




Wednesday, March 20, 2013

Top 10 Habits That Can Help You Lose Weight

Kebanyakan pelangan saya selalu mengharapkan berat badan mereka akan turun apabila mereka memakai Premium Beautiful a.k.a PB. Saya juga mengharapkan perkara positif ini apabila saya menjadi ejen dan menjual Premium Beautiful. Tetapi dengan hanya memakai sahaja tanpa anda melakukan apa-apa tindakan cuma mendatangkan kesan yang agak kecil.

Seorang pelanggan saya tidak mengalami penurunan berat badan setelah memakai selama dua bulan. Tetapi dia mengakui bahawa pinggangnya telah mengecil sebanyak 2 inci. Dan seorang pelangan saya juga mengalami pengurangan sebanyak tiga inci. Ada pelanggan saya (my business partner also) mengalami penurunan berat sebanyak 3 kg selama dua bulan.


Bagaimana ianya boleh berlaku?
Ini disebabkan Premium Beautiful telah mengalihkan lemak-lemak pada bahagian tertentu ke tempat yang sepatutnya. It's “displaces” the fat. Maksudnya PB tolak lemak daripada bahagian perut ke atas dan ke bawak untuk ilusi bentuk badan yang lebih menawan. Pada masa yang sama, tekanan korset kepada organ/badan menyukarkan pemakai untuk makan berlebihan.
Dengan ini, pemakai tidak makan berlebihan (saya selalu memberikan peringatan kepada pelanggan saya supaya berhenti makan sebelum rasa kenyang jika tidak anda akan akan rasa mengah dan mahu muntah). Lagipun memang sunnah nabi berhenti makan sebelum rasa kekenyangan. Adakala tekanan itu ada juga membuat pemakai tidak selesa terutama pada beginner. Oleh itu pemakaian berdisiplin digalakkan selama 8 jam sehari, 5 hari seminggu. So don't overdue ok. Because sometimes your body need to be relaxing.
Penurunan berat badan sebenarnya adalah bergantung juga pada gaya hidup dan permakanan anda. Ada 10 tips tabiat yang dapat saya kongsikan untuk membantu mengurangkan berat badan anda.

1. Kaji habitat pemakanan anda
Adakah anda suka mengamalkan makan lewat malam, makan dan merasa ketika sedang memasak, atau selalu menghabiskan hidangan makanan anak-anak atau suami anda yang tidak dapat dihabiskan? Perhatikan dan kaji habitat tersebut sebab ianya lebih mudah diubah dan menyelamatkan banyak kalori.

2. "If you fail to plan, plan to fail"
Anda perlukan strategi untuk penyediaan makanan dan snek. Bungkuslah snek yang sihat supaya tersedia dan senang anda makan bila anda berasa lapar. Dengan ini anda tidak keluar mencari makanan yang merapu - pergi drive through McD malam2 huhuhu
3. Selalu membeli dalam keadaan anda kekenyangan
Memang betul! Nafsu membeli makanan akan jadi huru hara jika anda berada dalam kelaparan. Contoh paling mudah ketika kita  membeli juadah buka puasa, pasti hampir semua gerai kita hendak borong. Sedangkan bila berbuka, makanan tersebut sedikit pun tak tercuit pun oleh anda.

4. Tetapkan makanan harian anda.
Pilih makanan harian anda yang boleh memberikan tenaga dan anda senang mengamalkannya. Mengamalkan makanan yang tetap akan menggelakkan nafsu selera makan.
5. Duduk dan makan makanan di dalam pinggan.
Makan makanan daripada bungkusan dan dalam keadaan berdiri akan menjadikan kita leka dan seronok, kita akan makan dan makan tanpa had. PLEASE AVOID IT!! Bila makan mesti duduk - pesan orang tua. Sebab kita akan bertumpu untuk makan di dalam pinggan dan menghabiskannya.
   
6. Hidangkan makanan mengikut had setiap orang.
TIADA nasi tambah. Pastikan bila anda menghidangkan semangkuk lauk, nasi dan apa jenis makanan pun, hidangan itu akan dihabiskan cukup untuk setiap individu dan tiada PENAMBAHAN lauk atau nasi selepas itu. CUKUP-CUKUP saje yek.

7. Makan perlahan, kunyah betul-betul dan nikmatilah rasa makanan tersebut.
Ini juga sunnah nabi supaya kita mengunyah 40 kali apabila makan. Jangan gopoh menghabiskan makanan, nikmatilah dan rasailah dia kerana itulah nikmat rezeki yang Allah S.W.T telah berikan kepada kita.

8. "Don't eat after dinner"
Jika anda kelaparan pastikan anda makan non-calorie food. Tabiat makan lewat malam akan mengundang penambahan berat badan. Berus gigi selepas makan malam. Dengan ini ia akan mengurangkan keinginan anda untuk makan lagi- sebab malas nak berus gigi semula!!

9. Jadikan snek pada hari tersebut sebagai hidangan mini anda
Snek yang berkualiti mengandungi kabohidrat kompleks dengan sedikit kuantiti protien dan lemak. Anda akan bertambah sihat dan bertenaga, dan berat yang tidak bertambah.


10. Mulakan hari anda dengan SARAPAN.
Breakfast is the king!! Yup, saya sentiasa memastikan tidak terlepas sarapan setiap hari. Jika anda mula bekerja 8.00 pagi tiada masa bersarapan, sila bangun awal atau datang awal supaya anda sempat bersarapan. Selepas berehat lama satu malam badan anda perlukan 'fuel' untuk meningkat metobalisma badan dan memberikan tenaga untuk sepanjang hari.


Semoga anda berjaya menurunkan berat badan dengan mengamalkan tabiat pemakanan ini.
GOOD LUCK!!

XOXO
Jika ada kemusykilan atau pertanyaan boleh
sms
call
whatsaap
-HASNY-
012-7597929
013-6036630







Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...