Showing posts with label kajang. Show all posts
Showing posts with label kajang. Show all posts

Monday, August 15, 2022

Bertukar kereta lain. . .

Kira dah genap lebih tiga tahun kami guna kereta Mazda 3 ni. Ada aku cerita dalam blog ni, tahun 2019 sebelum covid melanda negara kita. . . 

https://hasnyabduljalil.blogspot.com/2019/03/kisah-beli-kereta-kedua-part-4.html

Diam tak diam, lebih tiga tahun berlalu anak-anak semakin besar dan tinggi. Jadi aku mula nampak masalah besar bila mereka naik kereta Mazda ini.  Bila duduk kat belakang asyik bergaduh sahaja tiga beradik ni. Sebab sempit, tak cukup ruang . .  padahal muat sahaja. Tapi kita faham ruang terhad, jadi Ilhan selalu nak naik avanza bila kita nak ke mana-mana. masing-masing semakin tinggi dan membesar, Qaireen tak payah cakap lah, kasut sukan aku pun dia dah boleh pakai..

Kereta Mazda, dah fully settlement dengan bank. 

Dapat rebet dalam RM10k ++

Jadi aku dan husband bincang nak tukar kereta sedan yang besar sedikit macam Toyota Altis atau Camry (dah macam apek tua pulak pakai kete ni kui kui) tapi kami bajet dalam 30k++  sahaja. Sebab plan lepas tu nak tukar avanza ke MPV yang baru sedikit, besar dan selesa. Sesuai untuk anak2 makin membesar.. Kena keluar modal juga. Bajet yang ni pulak dalam 50k sahaja. Yang ni Nissan Serena dalam kepala, husband nak Hyundai Starex mak aiii. Bang, anak kita tiga orang aje, dah macam bas pulak bawak Starex ni??!!

Jadi hari Sabtu, aku dan husband keluar ke Kajang tengok kedai used car yang aku beli Mazda sebelum ni. Sebab kami pun dah pusing area Seremban. Dekat Selangor banyak, tempat aku pergi ni berlambak yang ada Estima, alphard dan velfire. .  Merencik!!! Harga RM100k-200k mengigil lutut tengok harga dia. Kot2 ada ke kereta toyota altis ke camry harga RM30k jadilah huhuhu. Takde nampaknya. . .susah nak dapat, cepat dijual dah. Kereta baru bukan pilihan sebab kami tak mampu nak bayar loan berbulan-bulan. Tak sanggup rasanya nak guna loan kereta. 

Jalan-jalan lagi ke satu kedai ke satu kedai, akhirnya singgahlah satu kedai ni. Sebabkan spesifiksi kereta sedan dicari2 tak dapat, tanyalah kereta MPV yang ada. Dia cakap ada Nissan Serena baru masuk dua minggu lepas. Harga dia RM68k, tahun 2014.  . 

Sekali tengok terus jatuh hati hmmmm. . . 

Check sana sini, siap test drive pusing-pusing kat jalan Kajang. Risau juga takut dapat kereta banjir ke kan. Lama aku tunggu supaya kereta banjir kurang di pasaran. Rasa puas hati juga. Kitorang pernah test drive kereta Serena kat Nissan Dealer di Seremban. Memang terbaik, tapi harga dia menakutkan hehehe lebih RM100 ribu kan. Tak sanggup nak bayar setiap bulan RM1600++. Aku nak bayar 1 ribu pun tak sanggup lagilah nilai lebih dari tu!!

Alamak bajet lebih ni huhuhu. Nampaknya gaya kita trade in Mazda tukar ke Serena lah jawabnya. Ingat nak trade avanza tapi tak jadi. Dealer pun nilai Mazda, adalah dapat dalam 54k sahaja. Kami cuba juga tanya Carsome pulak kot. Saja nak cuba nasib kot-kot dapat price tinggi lagi ke. . .

Carsome buat inspection, depa bagi RM49k sahaja ko!! 
Hmmm lupakan jelah. 

Akhirnya setelah bincang-bincang kita setuju trade kereta di kedai tu sahaja. Kena top up juga lah duit huhu menangislah poket ni.. . .Nak buat tinted lagi grrrr... Dah setuju bayar booking, so dealer dia Jayden tolong buatkan proses tukar hak mili. Dia hantar polish, tukar tayar dan repair apa yang kami mintak. 

Ambil masa dalam seminggu juga sebab kami nak selesaikan insurans dan geran. Jadi selepas seminggu hari Sabtu lepas, 13 Ogos kami bawa anak-anak sekali naik  Mazda ke Kajang untuk tukar kereta. Umar macam dah agak dah kita nak tukar kereta lain tapi dia tak tahu jenis apa?? Kot Alphard ke Velfire ke, huh banyaklah duit mak bapak kau ni huargggHHH!!

Datang office dia, buat proses tukar milik. Bagi kunci kereta mazda, geran kereta dan resit pembayaran. 


Bye-bye Mazda, 
terima kasih khidmat bakti kamu 2019-2022. . .

Welcome Serena to our family. . . 

Umar nak ambil gambar kenangan dengan Mazda. 


Kereta ni dia suka betul tapi sorry tak memenuhi objektif family kita lagi dah. 
Bukan sebab kami ni kacang lupakan kulit ya. . .

Tahun 2019, Umar masih kecik lagi. 
Sekarang dah besar panjang. Sempit dah. . 

Ni dealer yang uruskan pembelian kereta , Jayden. 
Seminggu sahaja aku dan husband berurusan memang Allah permudahkan segala urusan. 
Alhamdulilah.


Ambil gambar satu keluarga pulak, tengoklah besar dan makin tinggi anak2.

Alhamdulilah, dapat capai satu target. Mission accomplish.
Lepas ni selesa sikit nak bawa atuk dan wan jalan-jalan sekali. 

Next target nak cari kereta kecik sahaja, dalam RM15k, maybe Proton Saga atau Perodua Axia. Tengoklah mana yang berbaloi dengan harga dan bajet yang ada sekarang ni. Semoga dipermudahkan. Amin. . . 





























Tuesday, March 26, 2019

Kisah Beli kereta kedua || Part 4

Entry kali ni panjang sikit daripada entry sebelum2 ni (part 1,2 dan 3). Untuk kereta kedua ni kenapa kami pilih used car berbanding kereta baru. Hmmmm sebab aku bajet harga kereta dalam 70k-80k (termasuk insurans, road tax, service charges etc...) Jadi kereta baru yang mampu aku dapat pun adalah Honda Jazz takpun City, kalau Toyota mungkin Vios kot.. Kalau kereta tempatan mungkin Myvi, Bezza tak pun Proton Persona. Jadi pilihan dalam pasaran terhad. Yelah kalau demand nak enjin 2.0 cc, laju, ada 6 airbags, 6 speeds, accessories macam push button, navigation, etc. 

Ooo baru aku ingat kenapa aku tak jadi pilih Persona lepas pandu uji tahun lepas. Sebab susut nilai Persona dalam tahun pertama adalah RM20k. 20K!! 20K banyak tu?? Ko bayangkan ko dahlah bayar bulan2 kereta baru kat bank RM600 lebih tapi kereta ko susut tiap2 bulan sebanyak RM1666.67. Tak ker giler namanya??! Terus mati niat nak beli Persona time tu kih kih kih.

Lagi satu kalau masuk pasaran kereta terpakai banyak pilihan lagi untuk kita pilih. Jom kita tonton video bawah ni..


Jadi banyak tips-tips yang aku dapat dari video ni. Jadi kami follow jer tips yang dia bagi. Jadi sambung balik kisah pencarian kereta tu. Hari Ahad selepas sarapan kami pun bergerak ke sungai Besi untuk tengok balik 2,3 kereta Mazda CX5 yang kitorang dah query sebelum ni.

Tapi takdir kot bila jalan kat lebuhraya aku bagitau kat husband cuba masuk jap kat Kajang jap. Nak tengok kedai yg satu lagi lah kat sini sebelum kita ke Sungai Besi. Husband belok masuk exit Kajang. Kat jalan Semenyih kitorang singgah kat Auto City (tak survey tempat ni lagi sebelum ni). Husband berhenti betul2 di hadapan kereta merah ni. Jenis Mazda 3. Turun2 kereta, kitorang macam terpukau jugak tengok kereta ni hahaha padahal hajat nak cari SUV last2 balik semula ke matlamat asal cari kereta sedan. 

Umar nak bergambar depan kereta tu masa sampai kat sini. 

Kereta ni keluran tahun 2014, milage baru 40 000++ sebab owner dia jarang2 pakai kereta (jenis peminat dan pengumpul kereta). Orang VIP apa kisah nak beli kereta banyak. Jadi memang semua serba serbi nampak baru. Baik seat dia, kabin, bonet dan enjin. Cuma adalah calar sikit2 depan bonet hadapan sebab pergerakan kereta di jalanraya kan..  Harga dia pamer RM77k. 

Jadi nego2 mintak bagi harga kaw2 murah masuk semua charges dan insurans. Aku pun booking. Dan dalam seminggu alhamdulilah loan bank RM65k settle. Dapat kunci dan pandu balik.

Semua ingat kami beli kereta baru, sumpah memang nampak baru sangat walhal dah nak masuk 5 tahun. Jadi kira nasib baik juga dapat jumpa kereta ni dari hajat nak beli SUV sebelum ni. Kalau tak dapat SUV harga RM80k++ lepas tu milage semua 80000-90000 ke atas. 

Dah sebulan pakai, alhamdulilah betul2 puas hati. Minyak dia jimat giler. Dan yang penting kami tak tanggung susut nilai yang banyak untuk pilih kereta segmen macam ni. Yela harga kereta ni RM140k masa baru keluar. Hari ini kita bayar tak sampai RM1k untuk memandunya. Jadi kita dah 'menang" banyak di situ hehehe. Oklah tamat ler citer bab beli kereta kedua ni... Bye!!




KIsah Beli kereta kedua || Part 3

Kalau pergi area Kajang, Jalan Semeyih dan Sungai Besi, pergh.... Lagi dahsyat used car diorang. Jenama yang hebat2, kalau nak cari kereta yang bawah 5 tahun memang berlambak.

Ni kat area padang golf  Sungai Besi, lagilah berpeluh nak mencari. Banyaknyer!!!!

Korang bayangkan dari pagi sampailah ke petang kami pusing2 cari. Penatnyer tak terkata... Last2 balik Seremban, rehat dulu. Sebenarnya target kitorang nak cari jenis SUV, pilihan dia adalah Mazda CX5. Tapi tak sangka kete ni hot jugak!! Sebab rupanyer ramai orang mencari... Lepas aku tengok kete, confirm ada turn orang lain menunggu nak test kete tu jugak. 


CX5 2015, jenis lama punya version yang dah ada dalam pasaran used car. Jadi kegilaan orang ramai sekarang ni. Dah ler model ni tak banyak dalam used car market. 


Memang dah nampak adalah dalam dua, tiga pilihan masa pusing2 test drive. Jadi kami plan next time boleh query yang tu kot. So balik Seremban dulu, kesian anak2 kepenatan follow kami. Kena bincang macamana. Harga pun memang RM80k++ tak dapat turun lagi memang harga pasaran dia. 


Bersambung.......



Saturday, April 30, 2016

Sepetang di Pameran Buku Amtarabangsa Kuala Lumpur

Hari Sabtu 30hb April cuti hingga 2 Mei 2016. Jadi masa ni ramai ler pekerja2 bercuti bawa keluarga jalan2 makan angin atau balik kampung. Kebetulan mak dan ayah aku datang ke rumah kami untuk hadir ke kenduri makcik Echom di Senawang. Ababg aku sekeluarga pun datang.

Lepas kenduri kita berkonvoi pergi MAEPS, Serdang sebab ada PBAKL 2016. Hajat mak nak cari buku2 untuk cucu dia ahaha uwan nak payung. Jadi pergi lah kesana, merempuhi hujan yang teramat2 lebat. Kete mak aiii bukan main banyak lagi huhuhu.

Sampai sana pukul 5 ptg. Terus parking dan jalan2 cari buku kat situ. Kebetulan aku whatssap Cik Rohaniah kot2 dia ada ke booth Kaki Buku. Boleh jumpa jap.
Sampai2 cari mak dan ayah kejap je dah hilang bawa budak2 cari buku.

Waktu ni memang ramai orang, kebetulan hujan lebat jadi kurang sikit sesal dia.



Kat dewan A. Ada 3 dewan untuk tempatkan semua penerbit2 dan syarikat buku. Jadi korang bayangkan banyak giler buku2 yang dijual. 

Alhamdulilah rezeki, ingat dah lambat tetiba lalu terjumpa Cik Rohaniah, pengarang Beli Rumah Kababom :)



8


Lepas solat Maghrib baru gerak balik ke Seremban. Tapi sebelum tu singgah makan sate Willy kat Kajang dulu hehe. Tak de gambar sate tu sebab sibuk makan. Tapi sate tu ikhlas aku cakap memang sedap wei...

Mak aii buku mak beli semua buku bahasa inggeris T_T





Thursday, November 28, 2013

Meninjau Kajang - Symphony Residence

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Setelah balik dari kursus Catia, 15 November saya ke Pejabat Pos Seremban untuk pos BVSM dan kemudian bawa anak-anak makan KFC di Seremban. Usai makan kami terus masuk ke LEKAS untuk ke Kajang. Exit Semenyih betul-betul di hadapan sedikit simpang Klinik Kesihatan Kajang ada satu property under construction di situ.  Confius sebab kata Kajang tapi sebenarnya dah masuk Semenyih. Ni confirm poskod dia Semenyih, bukan Kajang.

Tujuan kami ke Kajang adalah untuk meninjau sebuah projek under construction di Symphony Residence yang terletak berhampiran Bandar Teknologi Kajang. Kondominium ini dijangkakan akan disiapkan pada 2015 dan pejabat urusan baru sahaja dibuka untuk orang ramai di tapak pembinaan tersebut. Lengkap dengan gym, sekuriti, kad akses, swimming pool dan parking kereta berbumbung.






Ada 3 jenis unit yang mempunyai keluasan yang berlainan. Paling besar adalah 1070 sqf dan 1050 sqf. Basic unit tiada perabot tapi harga memang dikira mampu milik sesuai untuk duduk sendiri bersama family. Anggaran harga ialah 360K sebelum rebet dan diskaun bumi.  Ada 18 tingkat dan setiap tingkat akan meningkat RM2000. Untuk booking hanya perlu bayar Rm1000 sahaja. Ada ejen yang sedia untuk membantu mengira komitmen anda jika berminat dengan unit tersebut. Tiada DIBS, tetapi harga ini memang 'affordable' bagi keluasan kondominium. Jadi katakan tingkat pertengahan selepas rebet dan diskaun bumi harga dalam sekitar RM319k sahaja. Jadi komitmen anggaran dalam RM1500 per month


Perancangan akan datang untuk dibangunkan oleh developer. Bangunan kedai dan Mydin sudah siap dan beroperasi.

Di hadapan tapak SR itu ada satu bangunan pasaraya Mydin yang hampir siap 90% dan dijangka beroperasi pada bulan Disember. Memang agak dekat dengan exit lebuhraya LEKAS dan SILK. Saya difahamkan untuk non bumi unit sudah habis, yang tinggal hanya bumi unit sahaja. Ada seorang Chinese beritahu Symphony Residence belum lagi dilancarkan tetapi hampir separuh sudah dibeli dan di bawah dia ada 10 orang masih beratur menunggu untuk dapatkan unit. Jadi dia mengharapkan ada unit yang tak lepas loan untuk diambil. Ini adalah fasa pertama, fasa kedua disasarkan lancar 2014 dan yang ketiga ( siap dengan shopping lot) pada 2015. Jadi akan ada peningkatan harga fasa2 yang seterusnya.

So itu yang saya dapatkan sedikit sebanyak maklumat tentang Projek Symphony Residence di Kajang dan kongsikan di sini. Jadi terpulang, tepuk dada tanya kalkulator anda yek. Peace!



Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...