Thursday, April 25, 2019

Kebenaran itu pahit..


Lelaki cenderung terjebak investment scam. Wanita pula love scam. Semuanya bermula apabila seseorang itu "jumpa" apa yang dia nak.
Lelaki nak dengar janji keuntungan yang tinggi. Perempuan pula belaian cinta. Akhirnya dua-dua hilang duit beratus ribu malah ada yang berjuta ringgit.
Kebenaran itu pahit.
Ramai yang nak melabur dengan modal yang paling rendah dan nak dapat untung paling tinggi. Modal kalau boleh kurang seribu dengan harapan dapat jadi jutawan.
Hakikatnya tidak begitu.
Warren Buffett menjadi billionaire dengan aktiviti pelaburan dalam satu tempoh yang sangat panjang. Selama kira-kita 50 tahun dia melabur, kadar keuntungan beliau ialah dalam 20 peratus setahun. Itu tahap Warren Buffett.
Tahap kita ni, jika dapat sampai tahap separuh dari kehebatan beliau, iaitu 10 peratus setahun pun dah hebat sangat dah. Tapi realitinya kita patut terima hakikat untung terkompaun tahunan antara 6-8 peratus sahaja.
“Aik, baik letak dalam ASB aje Pakdi…”
Betul! Itu yang selalu saya sebut. Penuhkan ASB cepat-cepat. Cukupkan 6 angka dalam ASB dulu baru melabur tempat lain.
Letak seribu ringgit dalam ASB, setahun baru dapat dalam 60-70 ringgit. Bila nak jadi jutawan. Betul lah tu. Sebab cuma letak 1 ribu ringgit. Cuba letak 200 ribu ringgit dalam tu. 25 tahun lepas tu jadilah jutawan.
Haa! 25 tahun!?
Dapat juga jadi jutawan kan?
Kebenaran itu pahit.
Bila kita dah terima hakikat untung ialah 6-8 peratus setahun, maka duit kita confirm selamat. Sebab dah takkan terjebak dengan investment scam. Bila dah tak masuk scam, duit kita tak hilang. Bila tak hilang, duit kita dapat jadi berganda-ganda.
Bila tak mahu terima hakikat yang pahit ini, maka senanglah kita terjebak dalam skim cepat miskin yang janjikan untung 5-10 peratus tiap-tiap bulan. Lagi tinggi lagi aku nak masuk. Kita pula bertanya kepada scammer. Bertemu jodohlah jawabnya. Si tamak kahwin dengan si penipu. Dah 'bercerai' sekali pun nanti tetap berkahwin berkali-kali dengan penipu-penipu lain. Selagi masih ada tamak maka selagi itulah senang kena.
Jika bila sasaran keuntungan pelaburan yang realistik adalah antara 6-8% setahun apa yang patut kita buat?
Fokus kepada perkara yang dapat kita kawal.
Investment return adalah sesuatu yang di luar kawalan kita. Tapi berapa duit gaji yang kita dapat simpan setiap bulan, berapa bonus yang dapat kita simpan setiap tahun, berapa dividen yang kita dapat reinvest setiap kali kita terima. Semua itu adalah perkara yang 100 peratus kita dapat kawal sendiri.
Andaikan Madi melabur dengan modal permulaan 50 ribu ringgit. Dengan keuntungan 8% setahun dan dilaburkan semula, lepas 10 tahun, modal tadi pun menjadi 108 ribu ringgit. Boleh tahan. Untung lebih 100% dalam tempoh 10 tahun.
Aisyah pun melabur dengan modal permulaan yang sama 50 ribu ringgit. Untung yang dia dapat pun sama 8% setahun. Tapi sebab dia mampu simpan duit 1 ribu ringgit sebulan, selepas 10 tahun duit Aisyah pun menjadi 296 ribu ringgit.
Kebenaran itu pahit.
Income memainkan peranan penting nak jadi kaya. Dan berapa yang kita dapat simpan dan labur selepas dapat gaji adalah jauh lebih penting.
Dari menghabiskan masa mencari-cari teknik buat untung besar semasa melabur, lebih baik fokus masa, tenaga dan duit untuk cara jalan naikkan income. Seperti jika baru ada SPM, ambil diploma pula. Kemudian ijazah. Lepas tu MBA dan seterusnya.
Invest at yourself first. Usaha tambah kemahiran dan ilmu untuk majukan diri sendiri. Melaburlah dalam perkara yang beri tambah nilai kepada pekerjaan hakiki kita. Berhenti berharap kepada bantuan kerajaan. Jadi siapa-siapa pun naik dan memerintah, kita tetap dapat teruskan hidup macam biasa.
Bila kerjaya dah semakin baik, gaji pun sudah makin besar, jangan ubah gaya hidup pula, kekalkan gaya hidup yang sama. Jadi kita ada lebih savings berbanding orang lain. 
Kemampuan kita ada savings membolehkan kita melabur dengan konsistensampai akhirnya harta mampu jana income untuk ganti gaji satu hari nanti. InsyaAllah.


Nota kewangan ini boleh didapati dengan sucribe di website Pak Di atau Tuan Suzardi Maulana di sini . 


No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...