Sebenarnya hajat nak cuba minum kopi cap 434 ni dekat kopitiam dia dah lama tapi terkubur pasal payah sangat nak cari tempat parking. Tempat dia betul2 terletak di jalan yang sangat sibuk huhuuhu. Jadi pagi tu on da way balik Seremban kami singgah Muar dulu manatau ada rezeki boleh minum kopi kat situ.
Mujur bila lalu jalan ni tetiba ada parking kosong pulak jarak dalam 300 meter dari kopitiam tu. Nasib baik. Jadi kami parking dan cari kupon parking dekat kedai2 runcit sekitar situ.
Mujur bila lalu jalan ni tetiba ada parking kosong pulak jarak dalam 300 meter dari kopitiam tu. Nasib baik. Jadi kami parking dan cari kupon parking dekat kedai2 runcit sekitar situ.
Jarak jalan ambil masa dua minit, jadi hey it's ok. Mesti husband tak rasa penat nak jalan jauh kan keh keh keh (dia selalu cakap payah nak parking dan kena jalan jauh...)
So dalam kedai memang cantik, nampak menarik - terbahagi dua kawasan tempat duduk, satu ada aircond dan satu lagi kawasan terbuka dan ada kipas sahaja (semestinya untuk perokok). Cuma start tahun 2019 kawasan restaurant/ tempat makan dah jadi kawasan larangan merokok. . So NO SMOKING PLEASE!
Dalam kedai ni banyak deko dan gambar gajah, sinonim dengan gajah. Kopi cap gajah?? Hmmm
So ini buku menu dia.
Anak2 amik kopi gajah 100% original. Yang ni jenis asli punya.
Kopi 434 original asli. No sugar. Jadi kena letak sendiri. Anak2 kata kenapa pahit dan tawar hehehe.
Campur gula ikut kita nak manis mana..
Aku dan husband amik kopi Sai Kee Special. Cawan dia memang menarik kan!?
Untuk makan kami pilih roti bakar dan roti bun. Tapi rasa dia tak boleh lawan dengan sedap roti bun di Hai Peng Kopitiam di Kemaman.
Qaireen dan Umar pilih makan mee bandung Muar.O aku tak sempat ambil gambar mee bandung tu tapi rasa dia kurang tak macam mee bandung Muar asli. Diorang tak makan abis. Selalu diorang makan mesti abis...
Aku pilih nasi lemak ayam share dengan Ilhan pagi tu.
Jadi nilah bil semua sekali makan, untuk rasa kopi aku rasa sedap lagi kopitiam Old Town White Coffee. Untuk makanan biasa2 sahaja.
Selamat mencuba.... v(--)v
No comments:
Post a Comment