Friday, January 8, 2021

Aktiviti Cuti Sekolah masa Covid 19

Cuti sekolah hujung tahun 2020 meleret ke awal tahun 2021 sebab Covid 19 punya pasal. Jadi nak keluar berjalan-jalan pun takut wei... Tapi aku perati orang tak takut pun. Penuh je Port Dickson dengan umat manusia. Aku nak keluar opis pun jadi takut bila tengok orang macam tak takut jer dengan pandemik ni. 

So nak buat apa? Ajak anak2 buat popia lah, bagi seronok2. Padahal diorang makan popia otak2 jer, tapi nak beli ada jual kat Johor je. nak balik Johor pun payah time ni. 

Carbonara mushroom aku dah masakkan, tinggal nak gulung je dalam kulit popia. 

Ayah sedang asingkan kulit popia. 

Hah gunakan kemahiran mengulung dan membalut inti popia itu ye anak2 semua. 

Ayah demokan caranya. 

Umar kata " la senang ajerrrr.."
Buat banyak2 nanti simpan dalam freezer, nak goreng mudah jah... 

Malam2 nak makan boleh jer goreng. 
Ni Ilhan request nak popia cheese mozzarella. 

Suka makan sebab nak tarik panjang2.. 

Muka happy dapat makan popia cheese, said cheese!!!!


No comments:

Post a Comment

Ramadhan 1445 Tahun 2024