Hari Jumaat 23 Julai 2022, mak dan ayah aku datang ke Seremban sebab ada jemputan untuk majlis nikah anak saudara ayah, Azri (sepupu akulah kiranya). Sebab majlis nikah dibuat lepas Asar, ayah cadang nak datang ke rumah aku waktu pagi sebab nak solat jumaat dulu. Jadi aku dan suami pun sepakat ambil cuti, tapi anak2 masih hantar ke sekolah macam biasa.
Jam 3.00 petang kami bertolak ke rumah mak saudara di Senawang. Kumpul2 dulu semua ahli keluarga lepas Asar nanti baru bergerak ke rumah pengantin perempuam di Panchor.
Hantaran belah pihak lelaki, dah siap susun2.
Pengantin lelaki jaga barang hantaran, takut hilang . . . hehehe
Dah nak kahwin dah budak ni, dulu kecil2 ligan lari sana sini. Azri ni siap tolong bawak bunga manggar masa aku dan husband nak berarak ke majlis kahwin 15 tahun lepas. Huhuhu tua dah aku ni rupanya. . .
Lepas Asar, akad nikah dijalankan.
Besoknya kenduri kahwin sebelah pihak perempuan. Jadi sekali lagi kami berkumpul kat rumah Cik Chom sebelum bergerak berarak ke rumah pengantin perempuan.
Panas lit lit, dah tengahari ni kan. Cepat2 jalan sebab tak sabar nak cari tempat redup!!
Acara menyuap cendol hahaha!!
Ni cendol stail kemboja, cendol dia lain sikit campur dengan buah-buahan.
Dah selesai makan, kita bergambar dengan pengantin pula.
Selamat pengantin baru Azri dan isteri, selamat menempuh alam perkahwinan.
Semoga sentiasa berbahagia dan kekal hingga ke anak cucu. Amin
No comments:
Post a Comment