Kira dah genap lebih tiga tahun kami guna kereta Mazda 3 ni. Ada aku cerita dalam blog ni, tahun 2019 sebelum covid melanda negara kita. . .
https://hasnyabduljalil.blogspot.com/2019/03/kisah-beli-kereta-kedua-part-4.html
Diam tak diam, lebih tiga tahun berlalu anak-anak semakin besar dan tinggi. Jadi aku mula nampak masalah besar bila mereka naik kereta Mazda ini. Bila duduk kat belakang asyik bergaduh sahaja tiga beradik ni. Sebab sempit, tak cukup ruang . . padahal muat sahaja. Tapi kita faham ruang terhad, jadi Ilhan selalu nak naik avanza bila kita nak ke mana-mana. masing-masing semakin tinggi dan membesar, Qaireen tak payah cakap lah, kasut sukan aku pun dia dah boleh pakai..
Kereta Mazda, dah fully settlement dengan bank.
Dapat rebet dalam RM10k ++
Jadi aku dan husband bincang nak tukar kereta sedan yang besar sedikit macam Toyota Altis atau Camry (dah macam apek tua pulak pakai kete ni kui kui) tapi kami bajet dalam 30k++ sahaja. Sebab plan lepas tu nak tukar avanza ke MPV yang baru sedikit, besar dan selesa. Sesuai untuk anak2 makin membesar.. Kena keluar modal juga. Bajet yang ni pulak dalam 50k sahaja. Yang ni Nissan Serena dalam kepala, husband nak Hyundai Starex mak aiii. Bang, anak kita tiga orang aje, dah macam bas pulak bawak Starex ni??!!
Jadi hari Sabtu, aku dan husband keluar ke Kajang tengok kedai used car yang aku beli Mazda sebelum ni. Sebab kami pun dah pusing area Seremban. Dekat Selangor banyak, tempat aku pergi ni berlambak yang ada Estima, alphard dan velfire. . Merencik!!! Harga RM100k-200k mengigil lutut tengok harga dia. Kot2 ada ke kereta toyota altis ke camry harga RM30k jadilah huhuhu. Takde nampaknya. . .susah nak dapat, cepat dijual dah. Kereta baru bukan pilihan sebab kami tak mampu nak bayar loan berbulan-bulan. Tak sanggup rasanya nak guna loan kereta.
Jalan-jalan lagi ke satu kedai ke satu kedai, akhirnya singgahlah satu kedai ni. Sebabkan spesifiksi kereta sedan dicari2 tak dapat, tanyalah kereta MPV yang ada. Dia cakap ada Nissan Serena baru masuk dua minggu lepas. Harga dia RM68k, tahun 2014. .
Sekali tengok terus jatuh hati hmmmm. . .
Check sana sini, siap test drive pusing-pusing kat jalan Kajang. Risau juga takut dapat kereta banjir ke kan. Lama aku tunggu supaya kereta banjir kurang di pasaran. Rasa puas hati juga. Kitorang pernah test drive kereta Serena kat Nissan Dealer di Seremban. Memang terbaik, tapi harga dia menakutkan hehehe lebih RM100 ribu kan. Tak sanggup nak bayar setiap bulan RM1600++. Aku nak bayar 1 ribu pun tak sanggup lagilah nilai lebih dari tu!!
Alamak bajet lebih ni huhuhu. Nampaknya gaya kita trade in Mazda tukar ke Serena lah jawabnya. Ingat nak trade avanza tapi tak jadi. Dealer pun nilai Mazda, adalah dapat dalam 54k sahaja. Kami cuba juga tanya Carsome pulak kot. Saja nak cuba nasib kot-kot dapat price tinggi lagi ke. . .
Carsome buat inspection, depa bagi RM49k sahaja ko!!
Hmmm lupakan jelah.
Akhirnya setelah bincang-bincang kita setuju trade kereta di kedai tu sahaja. Kena top up juga lah duit huhu menangislah poket ni.. . .Nak buat tinted lagi grrrr... Dah setuju bayar booking, so dealer dia Jayden tolong buatkan proses tukar hak mili. Dia hantar polish, tukar tayar dan repair apa yang kami mintak.
Ambil masa dalam seminggu juga sebab kami nak selesaikan insurans dan geran. Jadi selepas seminggu hari Sabtu lepas, 13 Ogos kami bawa anak-anak sekali naik Mazda ke Kajang untuk tukar kereta. Umar macam dah agak dah kita nak tukar kereta lain tapi dia tak tahu jenis apa?? Kot Alphard ke Velfire ke, huh banyaklah duit mak bapak kau ni huargggHHH!!
Datang office dia, buat proses tukar milik. Bagi kunci kereta mazda, geran kereta dan resit pembayaran.
Bye-bye Mazda,
terima kasih khidmat bakti kamu 2019-2022. . .
Welcome Serena to our family. . .
Umar nak ambil gambar kenangan dengan Mazda.
Kereta ni dia suka betul tapi sorry tak memenuhi objektif family kita lagi dah.
Bukan sebab kami ni kacang lupakan kulit ya. . .
Tahun 2019, Umar masih kecik lagi.
Sekarang dah besar panjang. Sempit dah. .
Ni dealer yang uruskan pembelian kereta , Jayden.
Seminggu sahaja aku dan husband berurusan memang Allah permudahkan segala urusan.
Alhamdulilah.
Ambil gambar satu keluarga pulak, tengoklah besar dan makin tinggi anak2.
Alhamdulilah, dapat capai satu target. Mission accomplish.
Lepas ni selesa sikit nak bawa atuk dan wan jalan-jalan sekali.
Next target nak cari kereta kecik sahaja, dalam RM15k, maybe Proton Saga atau Perodua Axia. Tengoklah mana yang berbaloi dengan harga dan bajet yang ada sekarang ni. Semoga dipermudahkan. Amin. . .
No comments:
Post a Comment