Showing posts with label labu. Show all posts
Showing posts with label labu. Show all posts

Sunday, February 12, 2023

Key Handover di Nada Bidara

Setelah dua tahun lebih dengan keadaan PKP on off on off, akhirnya pada 17 Disember 2022 husband terima kunci rumah di Tunas Residensi. Kisah membeli unit ni ada aku share dalam blog ni. 


Kami datang dalam pukul 10.00 mengikut jadual yang diberikan. Kiranya hari ni adalah untuk kumpulan pembeli Blok B yang datang ambil kunci. Ramai tapi tidaklah bersesak-sesak sangat. Semua mengikut flow. 

Sampai2 jer, dah ada standby kontraktor bagi no contact dan risalah kerja-kerja renovasi. 

Ada sarapan disediakan dekat booth yang berdekat. Kuih muih dan air. Kami pun dah sarapan awal sebelum datang sini. Perasaan tu, tidaklah berdebar. Biasa sahaja, cuma lega sebab dah dapat kunci rumah setelah ditunggu2. Bayaran rumah dah start potong awal tahun 2022 lagi. 


Kita tunggu jelah ya, nombor dipanggil. 

Ok selesai terima segugus kunci untuk rumah cuma terkejut sikit. Alahai Sri Pajam ni, tak kan takde beg kunci kot kui kui kui. 

Developer pun nama besar kan. Just bagi segugus macam tu sahaja lepas tu letak dalam beg kertas dia. Hmmm. Sebelum ni kami dapat masa handout kunci dari developer yang lain (IJM, Matrix, Mah Sing) dalam booklet kunci, siap tag nama bilik dan tandas. Kemas dan rasa secure sikit. Ni bagi sejambak macam tu hahaha!!! Hopefully syarikat boleh memperkenaskan lagi masa handout keys pada pembeli rumah mereka ya. 

Ok dapat kunci kita pun masuk check semua dalam unit ini. 



Qaireen ditugaskan untuk check semua point-point suis dalam rumah, hidup ke tak. 
Umar dan Ilhan check paip air dan flush tandas. Berfungsi ke tak. 

Kat bahagian yard, kena ada bidai untuk cover supaya yang di atas tak nampak di bahagian dapur. 

Kira2 berapa point lampu dan kipas nak kena pasang.

Tengok macam banyak jugak point yang kena pasang dalam bilik dan dapur huhuhu. 

Ada quotation kontraktor berikan masa kami check rumah. Tengok harga dia, ok juga.
Barang kami belikan, tinggal bagi dia pasang sahaja. 

Husband aku call kontraktor kami selalu deal. Mr Anuwar. Tapi bila kira-kira macam boleh burst bajet je ni huhuhu. Buat kabinet dapur pun dia minta dalam 8k (untuk atas dan bawah). Belum masuk upah pasang lampu, kipas dan aircond. 

Bila dia balik, aku dan husband bincang kali ni bajet mesti ngam-ngam RM10k sahaja dan semua dapat hahaha!! Angan2 tu tinggi, takpe aku usaha nanti kira semua bajet dan cari tempat yang paling ok sesuai dengan harga kita nak. Tak nak buang duit banyak2 untuk renovasi kan. 

 
SO malam tu bukak laptop. Misi mencari perabot, kelengkapan yang dapat memenuhi bajet yang ditetapkan. 

Hah kira-kira, tengok dalam website. dalam shopee, Lazada. Mana harga yang paling ok. 
Kira-kira supaya semua lepas dan dalam bajet yang ditetapkan. 

Ok nanti sambung ke part seterusnya pulak. 






Wednesday, January 6, 2021

Renovate rumah di Tiara Sendayan

Selepas dua minggu terima kunci kami buat check defect. Check defect buat sendiri sahaja, takde upah2 orang. Lagipun aku dah belajar check defect ni tahun 2013, jadi kena praktikkan bila dapat unit baru. Kalau nak buat macam mana boleh tengok link kat bawah ni. 

http://www.hasnyjalil.com/2013/10/kelas-hands-on-check-defect.html

Bawak anak2 tolong check defect. 

Sampai tertiarap2 nak tengok dan check betul2 semua tiles dan frame pintu. 

So kalau ada defect boleh buat mark. 
Nasib anak2 dah besar sikit. Boleh tolong ibu dan ayah. Cepat sikit siap. 

Lepas hantar borang kat Matrix Customer Service, dalam minggu tu pulak Seremban kena PKPB sebab dan jadi Red Zone, kes Covid makin meningkat. Jadi dekat dua bulan juga ler kami tunggu untuk settle masalah defect ni. 

Selesai Matrix call dan pass kunci balik, kira selesai dah betulkan defect yang dilaporkan, barulah kami panggil kontraktor untuk langkah seterusnya. Korang jangan terus renovate jer nanti apa2 berlaku pada binaan rumah kemudian Matrix memang tak ambil port sebab dah diubahsuai. 

Panggil Anuwar untuk quote harga ubahsuai, husband memang mintak harga murah kaw2 punya..
Kena pandai negolah. ..

Banyak sebenarnya kontraktor lalu lalang depan rumah singgah bagi quotation harga tapi diorang semua level "kayangan punya harga". Aku ni rakyat marhaen je pun. Nak jimat banyak sebab bajet so ciput. So dah deal, bayar deposit dan Anuwar boleh start kerja besok. 

Hari minggu aku beli barang2 kat kedai Thye Hyin, kedai perkakas eletrik yang popular kat Seremban ni. 

Dari rumah kami duduk first dulu pun beli barang semua kat sini. Kipas bayu 3, hob dan hud jenama milux jer. Toaster bread tu terselit sekali beli, sebab kat rumah dah burn out hahaha. 


Lepas tu aku hantar ke rumah, tengok2 diorang dah buat kerja palster ceiling. Fuhhh laju baru dua hari bagi deposit. Baguslah sebab aku target hujung tahun 2020 siap semuanya. 



Buat table top untuk kitchen kabinet. 


Belakang dah pasang porch, senang nak sidai baju. 


So dalam dua minggu tu kami datang sekali sekala check progress rumah, kekadang Anuwar call suruh datang pilih corak ker warna ker untuk kabinet. Dia ni tak pandai nak guna Whatassap adoooi, jadi dia lebih senang 'datang sini tengok sendirilah'. Mujur ler rumah tak jauh boleh datang selalu huhuhu. 

Lepas dua minggu, siap dah plaster ceilling dan pasang semua kipas dan lampu.

Dalam bilik semua dah pasang grill, lampu dan kipas. 


Bila dah siap pasang semua, kami pula mula part kami, cat dan deko simple2 jer. 



Siap cat dan last finishing. 


Cat kai pilih brand Jotun, tapi bukan jenis Majestic sebab nak murah jer. Tapi cat dia ok juga


Kabinet ni tak berkenan pun tengok wayar terjuntai macam tu. Adoooi.

Anuwar ni kalau tak bagitau confirm dia tak buat. So minta ler dia buat ler wiring bagi elok sikit. Buat ler console dalam dinding bagi kemas dan guna suis on/off terus. Pastu dia minta tambah upah wiring pulak, nyesal tak suruh buat awal2. 

Besoknya kami datang nak basuh rumah, tengok eh dah siap!! 
Bila dia buat aku tak tau. Cepat pulak dia buat kerja. Nak duit kan hahaha. 


Dah cuci dan mop bagi kering. Macam biasa kerah anak2 tolong ibu dan ayah. Seluar Ilhan pun basah dah, main air. Pakai baju jer dah ni. 

Pasang langsir, beli kain dan upah jahit kat Nilai 3. Yela Nilai 3 kan dekat jer dengan Sendayan pun. 20 minit ker ikut Labu. 



Pastu en somi pasang frame gambar, ni beli kat Kaison AEON Nilai. Ni jer frame yg hado, yang menarik takde pulak stok. 


Hm oklah, bolehlah. 


Lampu ni menarik sebab masa beli pun ikut bajet. Bila pasang Anuwar kata boleh pasang lagu ooooo.
Boleh connect bluetooth dan pasang lagu dari spotify atau youtube. 

Oklah dah siap pun, Alhamdulilah hampir sebulan siap semuannya. Dan paling lega sebab bajet bawah RM20k. Syukur sebab tak lebih dari tu. Tapi dapat semua yg kami plan. Alhamdulilah. 





Wednesday, January 15, 2020

Nada Bidara - Projek baru Seri Pajam

Baru-baru ni Seri Pajam telah lancarkan projek baru, Nada Bidara yang sangat berhampiran dengan Bandar Seri Sendayan. Aku pernah pergi projek Seri Pajam, Bayu Indera di Lukut tapi cuma melawat jelah. Tak book apa2 unit kat sana. Saja jalan2 tengok pembangunan disekitar Port Dickson ni.

Nada Bidara ni aku tak pernah tahu menahu pun sebab jarang lalu jalan Labu Sendayan ni. Maklumlah sejak lokasi kedai pasar ikan kami selalu beli dah tukar tempat memang tak lalu pun tempat tu lagi. Sekali rupanya diorang dah tolak tanah untuk pembangunan projek kat situ. Memang dekat dengan sangat Tiara Sendayan.

Lokasi Nada Bidara. 
Bersebelahan dengan Tiara Sendayan. 


Dalam future development akan ada sekolah, masjid, comercial lot (hopefully hypermarket).  

Besar dan luas projek Nada Bidara. 92.5 acres. 


Yang paling depan ni adalah pejabat dan sales gallery. 
Sungguhlah sepanjang aku duduk sendayan tak perasan pun pembinaan sales gallery Seri Pajam ni. Tup tup dah siap dan lancarkan jualan unit. 


Untuk fasa pertama ni dah dilancarkan jualan unit di blok A dan B. 

Unit ada keluasan 930sft dan 1000sft. 

Susun atur layout dalam unit 930sqft. 

930 sqft

Unit 1000 sqft
Ada showing unit kat dalam tu, tapi aku tak amik gambar. Korang datang ler tengok sendiri, feel sendiri hahahah... 

Ayah dan anak tengah spot rumah kita kat mana hehehe.. 
Kalau projek High Speed Rail dilaksanakan maknanya Nada Bidara memang dekat dengan stesen dia. 

Malaysia Vision Valley 2.0.
Terima kasih Tok Mat. Harapan aku agar kerajaan baru ni teruskan apa yang sudah dirancangkan huhuhu. 

Untungnya anak2 dijamukan dengan KFC oleh staf Seri Pajam. 

Kebetulan kami sampai jam 6 petang, singgah kat galeri. Mujur staf layan kami walaupun aku rasa kitorang yang paling akhir kat situ kui kuik kui. Diorang pulak baru makan KFC sebab bos diorang belanja. Jadi langkah kanan anak2 dapat makan KFC. 

Sambil2 tu dengar penerangan staf citer pasal development dan unit available di Nada Bidara kan...
Terima kasih di atas layanan anda semua.ye.


Kalau ada pertanyaan boleh contact Cik  Diyanah ye. 
0 12-670 0793



Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...