Showing posts with label Nuffnang. Show all posts
Showing posts with label Nuffnang. Show all posts

Thursday, February 18, 2016

Komisyen dari Nuffnang

Dulu pernah dengar, kalau dari blog pun boleh jana duit sendiri. Aku sangkakan mungkin bila kita buat jualan online confirm akan jana pendapatan kan hehe. Rupa2 nyer bukan, blog ni boleh kita dapatkan komisyen affiliate atau tapak pengiklanan. Jadi aku pun dapatkan tapak pengiklanan untuk blog aku yang tak seberapa ni T_T. Antaranya Sweet Muslimah dan Nuffnang. Tentang Busana Sweet Muslimah ada aku ceritakan di sini.

http://www.hasnyjalil.com/2015/06/komisyen-affiliate-sweet-muslimah.html

Untuk nuffnang, aku mula ambil pada hujung tahun 2014. Sebab aku rasa komuniti Nuffnang ni besar. Tapi mula2 rasa macam lemau sikit hahaha sebab naik dalam dua minggu cuma dapat 2 sen sahaja tau, bukan dua ringgit atau dua puluh sen T_T. Dalam hati biar betul?? Sendu betul.. Tapi lama kelamaan dia naik sikit demi sedikit. Rupanya BE (blog earning) ni bergantung pada traffic dan kerajinan kita update pasal blog kita ni. Jadi nak komisyen lebih, kena rajin lebih. Maksud aku rajin2 update blog lah..Tapi kalau malas nak update dan harapkan komisyen lebat hmm payahlah..  Sampai hujung tahun 2015, aku pun rasa baik keluarkan duit ada untuk simpan kat tempat lain.. dan arini bila aku tengok baki tinggal pun bertambah dalam sebulan sahaja.

Semalam balik dapat surat. Ada check dari Nuffnang. Komisyen setahun yang dari blog aku tak seberapa ni. Kalau blog yang hebat lagilah banyak yang mereka dapat kan kan kan..

Tujuan aku tulis pasal ni bukan nak menunjuk2, nak terangkan bahawa sebenarnya dengan tanpa modal pun kita pun jana pendapatan melalui blog. Kalau hobi kita menulis apakata buat blog. Sambil2 suka menulis dapat juga jana duit sampingan. Macam kita merayau2 jumpa duit syiling bersepah2 kita kutip sedikit demi sedikit, lama2 jadi bukit kan.. Tapi kena rajin update blog lah, baru banyak traffic. Ramai yang jenguk blog kita. Aku pun bukan ada follower, tau lah blog sendu ni siapa nak baca sangat miahahaha. 

P/s: Jangan lupa declare income ni dalam pengistiharan cukai yek 



Thursday, March 12, 2015

Iklan Nuffnang kembali 'mengganas'!!

Actually paling banyak blog aku pernah dapat BE dari Nuffnang adalah dlm 15-18 iklan dalam satu masa. Entah macammana bulan Februari aku tetiba gatal buat resume balik hehe maksud aku cuba update tentang profile blog aku dlm Nuffnang.

Pastu dua hari kemudian terus turun tinggal 2, 3 je iklan yang update di BE aku huhuhu.... T_T tapi aku pikir positif je, maybe admin Nuffnang kena tgk platform apa yang sesuai utk adtiviser dalam blog seseorang kan... Yang penting mesti ada sifat sabar banyak2.

Dan tak sangka arini tetiba je terus melompat jadi 25 BE dalam blog ni, ini paling banyak aku dapat setakat ni. Wah bagusnya ngeh ngeh ngeh!! Aku pernah baca ada iklan Nuffnang dalam blog lain mengganas dekat 30 ++.


Paling seronok bila ada advertiser yang berikan rm1.++. Itu pun dah cukup seronok kan... Sambil2 kita berblog dapat juga income sikit2 di situ kan, inshaAllah. 


Nanti hopefully uoalls rajin2 ler klik pada iklan kat blog aku yek hehehe :P


P/s: Kan best kalau Cidos kat politeknik pun boleh buat macam tu. Semangat sikit lecture dan student nak log in selalu kan kan kan!!

Kabai....



Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...