Showing posts with label aktiviti harian. Show all posts
Showing posts with label aktiviti harian. Show all posts

Sunday, August 7, 2016

Hari berkebun di Rumah

Kalau hujung minggu memang kami lebih suka duduk di rumah, sebab banyak benda nak kena buat di rumah. Antaranya berkebun tanam pokok bunga sahaja. Ada pokok bunga yang dah mati sebab dah cukup masa nak kena ganti baru.  Ada nak kena tukar pasu sebab pasu kecik pokok dah makin membesar dah... Sebulan puasa dan raya lepas memang tak berkesempatan nak bel;ek2 pokok di luar rumah.

Dah beli baja dan pasu baru, kena tukar ganti kepada tanah dan pasu baru. 

Umar tolong tanam pokok bunga lavender, yang atuk dia bagi kat Batu Pahat. Bela tanam banyak2 sebab senang nak jaga. Panas ke hujan je berbunga je sepanjang masa. 

Husband tanam anak pokok yang baru. Pokok yang dah ada ni penuh akar dia, jadi kena tukar pasu. Leraikan anak2 pokok dan tanam dalam pasu baru. Pokok ni memang senang nak jaga. Pokok2 orkid pun juga nak tukar2 ke pasu baru sebab dah penuh sangat akar2 dia. 

 Sambil2 tu Qaireen membebel citer pasal pokok yang di tanam ahahaha Qaireen kena paksa keluar rumah, dari pagi tadi asyik hadap tv je kat dalam. Sekali sekala riadah sikit buat kerja di luar rumah ni nak oiii. Ilhan takde sebab lena tidur dalam buaian. 

Wah.. dah siap tanam, bos tengah memantau pokok dia ok ker tak hahaha!!


 Harap2 pokok lavender ni boleh membesar dan membiak cepat. Aritu dah tanam tapi sebab tinggal seminggu balik kampung terus layu mati sebab tak bersiram.

 Hasil yang ditanam oleh Umar Shafiy. Oklah jugak. 




Wednesday, October 7, 2015

Set bersalin NR (Nona Roguy) dah sampai!!

Aku jenis old school hehehe, tak pandai makan vitamin atau supplement masa pantang. Aku lebih selesa pantang cara tradisional macam orang2 dulu. Pakai dan makan benda2 panas dan berherba macam jamu tradisional. Jadi pantang confirm berbengkung, berparam dan berpilis sampai 44 hari.

Dulu masa bersalin anak pertama aku pakai produk Sendayu Tinggi. Mak dah belikan siap2. Tapi sebab permakanan dia ikut minggu2 aku tak berapa disiplin nak makan. Ada yang tertinggal sebab tak teringat nak makan. Lepas tu krim barut dia aku tak boleh pakai sebab alergik. Gatal2 abis naik ruam kat kulit perut. Orang yang mengurut aku (dia dah arwah) pesan jangan pakai sebab aku tak serasi.

Bila anak kedua aku tukar produk NR, beli kat online dengan ejen NR. Ni pun sebab baca testimoni pengguna NR kata memang superb. Tapi terus terang aku cakap memang NR produk yg bagus :) aku beli masa tu harga dia RM300++ .Tak ingat sebab masa tu 2010. Dan dia bagi free gift, 1 helai bengkung tradisional NR. Tapi guna sampai abis berat badan aku kembali pada berat asal malah lagi kurang lagi :))) Dan paling bagus badan rasa panas, berpeluh juga kadang2 tak de rasa sejuk, masuk angin dalam badan.

Bila untuk bakal anak ke 3 ni aku tetap teruskan guna produk NR. Bila check dalam websiteNR di sini, wow ada offer pulak. Harga hanya RM300 sahaja, dan free postage. Siap ada free bengkung lagi!! Tapi kena pre order 2 minggu. Jadi kena sabar sikit nak tunggu. Kalau boleh korang beli awal sebulan takut2 dah bersalin awal, barang tak sampai lagi.


Akhirnya pagi tadi barang order aku dah sampai, fuh lega!!

Yeah! Dah sampai barang order. Seminggu lebih juga menunggu.

Resit dia. Aku tambah beli 1 botol serbuk herbanika barut RM50.00. Jadi total semua RM350.00

Barang yang dapat....


Set bersalin NR ada di dalam kotak. Ada enam item dalam tu..

Ada Akar herbanika ( untuk minum), uncang cuci herbanika, herbanika lulur, krim barut, phytonatal dan minyak urut herbanika. 


Aku tambah serbuk herbanika barut, sebab yang krim barut dalam set bersalin tu sikit sangat... 2 minggu pakai sapu kat perut dah abis. Jadi beli serbuk banyak sikit. Cuma kena campur air asam jawa bila bançuh guna serbuk ni sebelum sapu kat perut.





Monday, December 29, 2014

Aktiviti kami di rumah


Sekarang cuti sekolah, Qaireen rajin baca buku walaupun cuti. Rindu sekolah lah tu... Tapi time sekolah tak rajin nak bukak buku hehehehe




Yeah, umar biasalah. Kerja nak main jek... Main mainan, pastu main sama2 kakak dia pastu bergaduh... pastu bercakar. Pastu menangis. Hari2 dia menangis adoiiii




Abiskan masa tengok tv sebelum tidur. Ni aksi boring ler tu. Husband whatassap gambar masa aku kursus seminggu kat Shah Alam :)




Kalau malam2 sebelum tidur tetiba jer lapar, anak2 nak makan pulak. Hmm standby siap2 roti dan biskut. Kadang2 kek untuk alas perut. Nugget dan kentang goreng pun bagus in case diorang nak makan lagi. Budak2 nak membesar kan hahaha





Mak aiii, kemain lagi dia makan ayam goreng..



Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...