Showing posts with label Bengkung. Show all posts
Showing posts with label Bengkung. Show all posts

Wednesday, October 7, 2015

Set bersalin NR (Nona Roguy) dah sampai!!

Aku jenis old school hehehe, tak pandai makan vitamin atau supplement masa pantang. Aku lebih selesa pantang cara tradisional macam orang2 dulu. Pakai dan makan benda2 panas dan berherba macam jamu tradisional. Jadi pantang confirm berbengkung, berparam dan berpilis sampai 44 hari.

Dulu masa bersalin anak pertama aku pakai produk Sendayu Tinggi. Mak dah belikan siap2. Tapi sebab permakanan dia ikut minggu2 aku tak berapa disiplin nak makan. Ada yang tertinggal sebab tak teringat nak makan. Lepas tu krim barut dia aku tak boleh pakai sebab alergik. Gatal2 abis naik ruam kat kulit perut. Orang yang mengurut aku (dia dah arwah) pesan jangan pakai sebab aku tak serasi.

Bila anak kedua aku tukar produk NR, beli kat online dengan ejen NR. Ni pun sebab baca testimoni pengguna NR kata memang superb. Tapi terus terang aku cakap memang NR produk yg bagus :) aku beli masa tu harga dia RM300++ .Tak ingat sebab masa tu 2010. Dan dia bagi free gift, 1 helai bengkung tradisional NR. Tapi guna sampai abis berat badan aku kembali pada berat asal malah lagi kurang lagi :))) Dan paling bagus badan rasa panas, berpeluh juga kadang2 tak de rasa sejuk, masuk angin dalam badan.

Bila untuk bakal anak ke 3 ni aku tetap teruskan guna produk NR. Bila check dalam websiteNR di sini, wow ada offer pulak. Harga hanya RM300 sahaja, dan free postage. Siap ada free bengkung lagi!! Tapi kena pre order 2 minggu. Jadi kena sabar sikit nak tunggu. Kalau boleh korang beli awal sebulan takut2 dah bersalin awal, barang tak sampai lagi.


Akhirnya pagi tadi barang order aku dah sampai, fuh lega!!

Yeah! Dah sampai barang order. Seminggu lebih juga menunggu.

Resit dia. Aku tambah beli 1 botol serbuk herbanika barut RM50.00. Jadi total semua RM350.00

Barang yang dapat....


Set bersalin NR ada di dalam kotak. Ada enam item dalam tu..

Ada Akar herbanika ( untuk minum), uncang cuci herbanika, herbanika lulur, krim barut, phytonatal dan minyak urut herbanika. 


Aku tambah serbuk herbanika barut, sebab yang krim barut dalam set bersalin tu sikit sangat... 2 minggu pakai sapu kat perut dah abis. Jadi beli serbuk banyak sikit. Cuma kena campur air asam jawa bila bançuh guna serbuk ni sebelum sapu kat perut.





Tuesday, December 31, 2013

Penawar sakit pinggang atau back Pain?

Kalau anda problem back pain, mesti agak sukar untuk bergerak bila melakukan kerja. Lebih-lebih lagi bahagian pinggang. Nak duduk payah, nak berjalan payah, nak bangun atau solat pun sukar sebab masalah sakit pinggang atau tulang belakang.


Saya syorkan gunakan bengkung untuk memastikan bahagian pinggang dan abdomen anda disokong dan berasa kejap.

Bengkung Premium Beautiful aka Waist Nipper


Memang tahun 2014 mencabar dapat tugas yang lebih mencabar. Jadi memastikan kesihatan dan kecergasan anda konsisten, pakailah bengkung tak kira di mana anda bekerja. Di pejabat atau di rumah.


Saya mengalami sakit belakang kerana berdiri terlalu lama hampir 5 jam di bengkel. Bila pulang rumah, sakit menjadi-jadi. Nak solat, berjalan dan nk bangun dari duduk pun terasa sakit. Bila saya gunakan Waist Nipper Premium Beautiful, MasyaAllah sakit belakang beransur hilang, dan saya bebas bergerak kerana pinggang dan abdomen saya dibalut serta disokong oleh keluli2 di dalam bengkung tersebut. Tiada lagi rasa ngilu dan sakit. Memang menakjubkan dan saya berasa amat selesa. Terus cergas untuk buat sebarang kerja.


Harga bengkung ni bergantung pada saiz pemakai. Paling kecil nilai dia RM676 dan paling besar RM840. Ada life time warranty. Jika cangkuk tercabut, keluli patah atau fabrik koyak boleh dibaiki dengan percuma. Jadi memang berbaloi dengan nilainwangbyang anda keluarkan. Saya akan hantarkan ke stokis untuk dibaiki. 

Ini salah satu testimoni terbaik dari pelanggan saya.



Sms/call/whatassap 
Hasny 
012 7597929
013 6036630

Thursday, March 14, 2013

Kenali PELVIS anda!!

 Pelvis kita terdiri daripada ilium, ischium dan pubis.
 ( ketiga-tiga tulang ini bersambung dan dikenali sebagai tulang pinggul)




MENGAPA PELVIS PENTING UNTUK ANDA SEBAGAI WANITA?
1. Melahirkan anak
2. Melindungi organ pembiakan, pundi kencing dan rektrum.
3. Menyediakan sambungan untuk otot abdomen.
4. Mengekalkan pengerakan sendi daripada anggota belakang.


ADAKAH ANDA MENJAGA TULANG PELVIS ANDA?
atau  ANDA SUDAH MULA MENGALAMI MASALAH-MASALAH INI?


kembung atau buncit?

Back Pain


Lenguh badan


KENAPA PERLU MENJAGA PANTANG SELEPAS BERSALIN?

MENGAPA MEREKA YANG BERUSIA SENTIASA MENEKANKAN AMALAN BERBENGKUNG?

Emak dan mertua saya begitu menekankan pemakaian bengkung selepas saya bersalin. Bila saya melihat Mak Dara (founder of Jamu Mak Dara) saya teringat emak saya. SEBIJIK SUNGGUH!
Dan mak mertua saya - ibu kepada sebelas orang anak dan kini badan dia sihat walaupun sudah berusia (badan tidak dipam2 macam wanita sekarang).


KENAPA??




TAHUKAH ANDA KENAPA WANITA DAHULU BEGITU MENGAMALKAN PEMAKAIAN KORSET?





 Seniwati veteran Dato' Sarimah masih sihat dan segak (tidak bongkok) walaupun usia mencecah lebih separuh abad.





Tulang pelvis merupakan kawasan penyambungan untuk otot yang berhampiran kaki dan bahagian atas badan.



Jadi amatlah penting bagi tulang pelvis untuk dijajarkan semula kedudukan berkaitan bagi melancarkan peredaran darah, menguatkan otot dan menyahkan toksin serta melansingkan badan.


Oleh itu amatlah penting kita mengamalkan berbengkung walaupun selepas tamat tempoh berpantang kerana amalan ini perlu diteruskan sampai bila-bila demi kesihatan dan kecantikan wanita.




Saya berkongsi pengalaman saya mengunakan korset. Kali pertama memakainya adalah selepas melahirkan anak pertama dengan mengunakan bengkung tradisional. Sehari pun saya tidak terlepas memakai bengkung ketika proses berpantang. Selepas tamat tempoh bersalin saya membeli korset jenama Triumph bagi memudahkan pengerakan ketika bekerja. Saya teruskan memakai setahun sehingga saya mengandung anak kedua. Dan selepas habis berpantang saya gunakan korset yang sama tapi malangnya setahun sudah pakai mula tidak beberapa selesa, longgar dan kain meregang.

Saya kemudian membeli korset Premium Beautiful. Sebab apa? Ini kerana nilainya yang tinggi kerana teknologi, buatan yang halus dan mendapat jaminan seumur hidup - produk itu benar-benar berkualiti dan bermutu.
(Untuk pengetahuan anda, saya lulusan bidang kejuruteraan- saya adalah penganalisis, so I am not judging based from people comment, gossip and talk, but i will go through all the facts and analyze it before I decide to take it.) Senang cerita, prinsip saya- I don't want to buy a  PRODUCT, I want to buy a VALUE.


Premium Beautiful Lingerie

I truely like it. Sebagai pemakai korset tegar saya betul-betul sukakannya. Itu pengalaman saya yang sebenarnya sebagai pemakai korset. Saya menjadi seorang ibu yang sihat dan cergas.

Sebab itu saya memilih untuk menjadi agent PREMIUM BEAUTIFUL kerana saya mahu berkongsi kenapa wanita perlu memakai korset demi kesihatan mereka.

BECAUSE
I DON'T SELL A PRODUCT
I SELL A VALUE.


If you want to know about Premium Beautiful
or want for free trial and consultation
do contact me.
I will feel pleasure to help you 
xoxo

HASNY
call@sms@whatsaap
-012 7597929
-013 6036630

Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...