Showing posts with label bakar lemang. Show all posts
Showing posts with label bakar lemang. Show all posts

Friday, April 26, 2024

Ramadhan 1445 Tahun 2024

Seminggu sebelum puasa bermula, anak2 balik ke Johor stay sana seminggu. 

Balik ke Seremban, just naik bas sahaja kami datang ambil kat Terminal Seremban. 

Baru lepas ambil di Terminal Bas Seremban. 

Before balik Seremban emak ambil gambar cucu-cucu keluarga Abdul Jalil dan Rubiah. 

Sehari lepas naik sekolah, maka bulan puasa pun bermula. Maka sekolah bermula dengan ibadah berpuasalah. Seminggu lepas tu macam biasa bermula aktiviti untuk masak bubur lambuk di setiap jabatan di Politeknik. Apalagi kita rewang gotong royong memasak. 

Ni bubur lambuk versi Pantai Timur. Tak guna daging, protien daripada ikan sahaja. Dicampurkan dengan daun2 ulam. 

Bau dia macam laksa, yalah sebab guna ikan. 
Memang menarik resipi ini sebab lain dari yang lain kan. 

Lagi seminggu nak raya kami balik ke Johor untuk berbuka puasa kat sana. Tahun ni beraya di Perak jadi balik Johor dulu sebab raya ni tak dapat raya di sini. Masa agak suntuk untuk ke tempat2 lain pulak. 

Berbuka kat Muar sebab dah azan maghrib masa sampai kat sini. Mujur dah dekat Tanjung Agas. 

Apalagi kita perkena murtabak Singapore di Muar. Makanan favourite aku masa kecik2 dulu. 

Sampai kat Johor, MashaAllah banyak giler makanan sebab minggu tu ramai yang buat munjung. 
Penuh atas meja makanan yang sedara mara, jiran2 mak ayah hantar. Kami pulak sampai lambat jadi tak sempat nak buka makan makanan diorang bagi ni. 

Beberapa hari sebelum balik Perak, lepaskan gian main mercun dan bunga api. 




Kami balik perak 3 haris ebelum raya. Sehari sebelum raya kita buat preparation untuk lemang 40 batang. Banyak giler. Kelapa dah kopek, nak kena parut. JAdi tumpang kat rumah abang ipar sebab dia ada mesin parut tu. Kalau nak kukur manual memang tak ler hahaha. Tak kuasa. 

Lemang in making. . .

rasa dekat 50 biji abang ipar parut hari tu. 
Kalau kami parut sampai ke petang ler jawabnya. 


Perah santan rasanya macam sikit jer walaupun dah banyak kelapa dah parut huhuhu. 


Setup api untuk bakar lemang.

Selesaikan bakar sebelum gelap tapi memang dah gelap pun... 
Suluh pakai handphone jer hahaha!!
Tapi orang dah terer memang takde masalah punya. Lemang masak elok jer. 


MAlam tu cari songkok kat Taiping. Meriah Bazar sebab malam tu last utk diorang berniaga. Kalu datang lambat lagi confirm memang murah2 diorang lelong!!




Makan jap sebelum balik. 

Sate ayam dan daging. 

Kueh tiew goreng...

Yeah besok dah raya!!!




Monday, August 3, 2015

Hari Raya 2015 (1436 Hijrah)

Huhuhu dah masuk hari ke 20 Syawal ko, baru nak update pasal hari raya T_T
Macam aku citer entry lepas, raya tahun ni sambut ala kadar sahaja. Alhamdulilah kita tetap berhari raya kan. Raya pertama kami sekeluarga beraya di Perak. Raya kedua kami beraya di rumah sendiri di Bandar Sri Sendayan hehehe. Raya ketiga baru beraya di Johor.

Cari buluh lemang untuk hari raya, lokasi di Changkat Jering, Taiping.

Sehari sebelum raya, pakat2 bakar lemang. Dengan adik beradik husband. 


 Nie tengah turunkan ilmu kepakaran membakar lemang kat anak pulak. Umar dok leka tengok ayah dia bakar lemang.

Tema tahun ni still lagi warna hijou hehehe
Baju raya tahun lepas lah, Elok lagi muat gitew walaupun kandungan aku dah nak masuk 29 minggu tau!!

Itu je gambar hari raya yang aku ada, ni pun dari hp husband. Aku tak sempat nak snap gambar sebab tak sempat charge HP dan Tab huhuhu. 

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin yek.



Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...