Showing posts with label darjah 1. Show all posts
Showing posts with label darjah 1. Show all posts

Monday, January 2, 2017

Umar dah Darjah 1

Kejap jer Umar dah masuk darjah 1, macam aritu baru jer hantar dia masuk pra-sekolah. Semangat nak pakai tali leher sekolah ahaha. PAgi2 bangun macam biasa, sebab ibu dan ayah pun kerja masa cuti sekolah jadi diorang pun bangun pagi dan bersiap ke CDC macam biasa. Jadi tak de masalah nak bangun awal dan mandi pagi.

Selamat pagi. Semangat baru. First day ke sekolah. 

Ibu bapa pun dah ada menunggu kat luar kelas anak masing2. 

Umar masuk kelas 1 UKM. Terus tarik kerusi dan duduk. Nampak macam belum ramai lagi budak yang sampai sebab pagi ni hujan lebat juga. 

Umar nampak ok dan tenang. Cikgu dia dah ada dalam kelas, uruskan pendaftaran pelajar yang belum selesai lagi. OK, aku pun nak gi hantar Ilhan ke taska pulak. Cakap dengan Umar nanti waktu rehat ibu datang lagi yek. Tak nak tunggu nanti ganggu tugas cikgu jer nak jalankan tugas dia. Budak ni just senyum dan angguk jer T_T....  si Qaireen dah hilang terus bila jumpa kawan2 kelas dia tadi. Tak ingat dah ibu dan adik dia ahahaha. 


Waktu rehat aku datang sekali lagi nak tengok Umar boleh beli makanan ker tak. Cikgu dia siap ajar macamana nak basuh tangan, beratur dan beli makanan. Bila Umar ternampak aku terus dia datang pegang tangan dan kain baju aku T_T... Alamak!! Muka dia cuak, macam nak nangis pun iya. Aku suruh dia beratur dan pilih makanan apa yang dia nak makan. Okaylah dia boleh buat sendiri. Bayar sendiri, aku perhati dari jauh je.. 




Qaireen pun datang sekali dengan best friend dia, aku suruh makan sebelah Umar sebab meja lain semua dah penuh. Berselera jugak budak2 ni makan. Habis makan, budak2 ni angkat pinggan dan cawan dan letak ke dalam bekas disediakan. Lepas basuh tangan Umar masuk balik ke dewan untusambung program orientasi dan Qaireen balik ke kelas. Nanti balik kita jumpa lagi. Kbai!!



Monday, November 7, 2016

Umar ada ujian Diagnostik Darjah 1

Tahun depan Umar Shafiy dah masuk darjah 1 dah. Kiranya ada lagi beberapa minggu pra sekolah akan tamat. Jadi sekolah dia, SKTK akan buat ujian diagnostik untuk semua bakal pelajar darjah 1 yang telah berdaftar dengan sekolah ini. Kebetulan ujian tu diadakan pada 5 November, time ni aku bertugas kat unit exam. Memang cantk sangat, pasal senang aku nak ke Politeknik dan hantar dia terus ke sekolah sekali.

Ujian ini pulak dibuat untuk memelihat kemampuan kanak2 dalam penguasaan asas (sahaja) untuk tindakan guru2 pemulihan khas. Jadi di sini mereka dapat menyaring dan memberikan kelas pemulihan jika pelajar sudah memasuki darjah 1.

Sampai sekolah, kena daftar dulu. Sebab nak tau kelas mana dia kena amik ujian tu...


 TU dia!! berderat mak bapak hantar anak pergi amik ujian. Nak bagi semangat punya pasal. Kalau SPM pun camni mesti gempak result anak masing2 kan hehehe!!


Beratur tunggu nama untuk dipanggil. Macam2 uniform tadika budak2 ni. Kebetulan Umar pulak pra sekolah kat SKTK jadi dia dah ok dengan susana sekolah ni, 

Dia kalut tengok ibu dia ghaib kejap ahahaha!!


Steady Umar!! Dia pun tak prepare apa2 malam tadi, ulangkaji pun tidak. Aku suruh tidur awal jer. Ayah dia yang siapkan kotak pensil yang lengkap untuk dia guna nanti. 

Lepas diagihkan ke kelas masing2 diorang pun bergerak masuk ke dalam untuk jawab ujian. Dari jam 9.00 sampai 10.30 pagi jer. Aku tau ada dua ujian kena jawab -bahasa English dan matematik. 


Tengah duduk dalam dewan sementara tunggu Umar habis menjawab ujian, tetiba je cikgu sekolah buat pengumuman. "DIMINTA IBU BAPA DI LUAR SILA MASUK KE DALAM DEWAN INI UNTUK SEDIKIT TAKLIMAT DARI WAKIL GURU BESAR" 😅😅😅
Aiseyman, terperangkap pulak duk dalam ni huhuhu terpaksa tadah telinga dengar huhuhu😥😥😥


Kena dengar bebelan cikgu2, berdenyut2 kepala sebab speaker kuat betul di selang seli suara lantang cikgu ahahaha!! Dah lama tak kena bebel dengan cikgu kan.... Pukul 10.30 pagi nampak kelibat Umar dah abis ujian, terus aku cuit dia "jom balik!" hehehe ibu ada kerja lagi kat politeknik. 


Umar dan Auni (anak staf JKM) layan youtube sementara mak2 diorang sibuk siapkan kerja kat Unit Peperiksaan huhuhu. 

Sambung balik kerja kat unit exam sampai pukul 2 petang. Dan selesai barulah gerak balik ke rumah. 

Wednesday, June 29, 2016

hari terbuka sekolah qaireen dan umar

Hari Selas, 28 Jun 2016 hari terbuka di sekolah budak2 ni. Dapat surat jemputan dari cikgu untuk hadir ke sekolah bermula jam 10.30 pagi sampai ler tengahari. Jadi dalam jam 11 pagi kami sampai di sekolah. Aku berpecah dengan husband, aku pergi ke kelas Qaireen dan husband pergi ke kelas pra sekolah Umar. Aku tengok kat kelas Umar ramai jugak ibu bapa sedang menunggu nak jumpa cikgu kelas.

Tak perasan ibu dia dah datang hmmm...

Sampai je aku masuk kelas 1 UM, tengok sekeliling kelas perhatikan Qaireen tengah khusyuk baca buku sekolah atas meja dia. Budak2 lain sibuk bermain. Dia tak perasan aku dah sampai dan duduk kat depan kelas. Kat sebelah dia, anak jiran kami. Fatin darjah 2, tapi dia rajin turun ke kelas Qaireen sebab adik lelaki dia Faiz pun sekelas dengan Qaireen. 

Rajin kakak rajin membaca..

Sekejap tu baru dia perasan aku dah kat depan beratur nak tunggu jumpa cikgu kelas dia. Terus jerit ibu!! wa kah kah! Dia lari ke dapan dan duduk sebelah aku, sambung baca buku lagi. 

Beratur daaa..

Time menunggu ada beberapa parents jer. Tak lama pun asalkan mak bapak tak banyak tanya confirm cepat ler hehehe. Purata seorang dalam 5 minit jer...Budak darjah 1 apa lah sangat nak tanya lelebih lainlah kalau budak darjah 6. Dalam 20 minit akhirnya sampai turn aku. So far Qaireen takde masalah apa2 pun dalam pelajaran. Kedudukan cemerlang. Cuma cikgu dia hairan pasal masa mengajar budak ni tak tengok cikgu, tak fokus sibuk buat benda lain. Bila cikgu panggil tanya soalan eh dia boleh jawab betul pulak ahahaha. Nasiblah cikgu, kami dah lali dengan Qaireen yang mana pernah fokus bila bercakap dengan dia T_T

Menunggu lagi... Husband masih tunggu turn dia kat kelas Umar. 

Lepas tu aku dan Qaireen pergi ke kelas Umar kat bawah. Ingatkan dah sudah rupanyer belum lagi! Wah dahsyat mak bapak budak pra sekolah mesti tanya macam2 ni kat cikgu kelas. 

Ceria kelas Umar, sebijik macam kelas Upin dan Ipin. Patutlah dia suka datang sekolah. 

Say peace, kita tunggu jelah Umar yek..

Akhirnya sampai turn Umar. Gambar ni husband yang snap. Cikgu bagi kertas penilaian Umar untuk kita check. 

Hmm so far, oklah. Semua jawapan aku tengok betul jer.. Cikgu cakap dia dah boleh masuk darjah 1 dah. Mana tak yer dah sekolah Pasti dari umur 4 tahun. Cikgu tanya kat rumah cakap English ker hahahah ke laut. Takde nyer, cakap melayu pun kadang2 Umar tak faham2 kan :P

Satu lagi cikgu tanya Umar ni manja ker??? Walah weii aku pun tak tau nak cakap. Husband jawab Umar dengan adik dia jarak jauh jadi dia manja sikit. So Umar, tolong kurangkan kemanjaan anda yek! huhuhu. 

Umar dapat hamper, pra sekolah bagi duit raya lagi. Bajet makan untuk bulan puasa ditukar kepada hamper makanan dan duit raya. Sukalah tu dapat makan jajan ye. 










Saturday, January 30, 2016

My little clumsy girl...!

Nama pun darjah 1 kan, apa lah budak umur tujuh tahun yang tahu dan pandai nak jaga ketrampilan diri. Nak jaga barang2 dia dari di ambil orang. Itulah anak kami Qaireen Shafiyyah... 

Kalau pagi sebelum ke sekolah mesti aku tolong siapkan dia, pakai baju, sikat rambut, bedakkan muka  dan betulkan tudung dia. Jadi pagi2 memang nampak kemas. Kasut bersih, putih. Baju pun bersih dan bergosok rapi. Tapi bila balik sekolah (ayah dia yang amik) confirm akan whatassap aku gambar macamana keadaan Qaireen dan Umar bila balik sekolah..

Wakaka biar betui!! Herot tudungnyer, mata pun tak nampak. Dah lah baju berminyak T_T

Alahai Qaireen Shafiyyah. . . Dah petang jadi lain rupanyer...


Time makan, ayah dia lipatkan baju atas2 sebab takut kena minyak. Kena berteman bila makan tengahri. Ada pernah sebelum ni waktu rehat dia tak dapat abiskan nasi lemak jadi dia simpan baki nasi lemak tu dalam kocek baju dia... T_T 

Yang ni pulak satu hari tu dia terjatuh dalam longkang masa rehat, adeh... abih basah kotor baju kain dan kasut. Balik jemput dia dari sekolah boleh asyik tepuk dahi tengok keadaan anak aku macam ni !!!

Kalau hari2 macam ni boleh semput kami dibuatnyer. Berbuih dah mulut bagi nasihat suruh jaga diri. Hai lah anak pompuan sorang ni. My little clumsy girl :)))

Organised the books!

Dulu aku ada citer pasal buku2 teks dan tulis anak pompuan yg darjah 1 ni kat sini. Memang banyak. Jadi setiap malam husband akan check dan cari buku dia untik kelas esok berdasarkan jadual kelas yang cikgu Qaireen bagi. Aku jadi rimas tengok buku2 tu becampur2 dan satu hal nak cari2 dan pilih buku yang mana patut bawak.

Boleh bengkok tulang belakang bawak buku banyak2 ni.


Lagi satu anak aku ni jenis clumsy sikit. Tak berapa pamdai jaga barang. Asal isi pencil box dengan alat tulis, balik2 sekolah dah kosong!! Pembaris ke mana, pemadam kemana pembaris lagi, ntah tak tau dia cakap T_T. Botol air pun dah hilang lesap kena amik orang.

Last2 tadi pagi aku beli fail2 ni kat Tesco. Nak buat fail buku2 dia, ni tertengok viral dlm FB kan. Bagus juga idea dalam FB ni.

Tengok fail ni teringat aku pakai zaman belajar kat Ittho dulu. Sekeping ni dah rm2.00 

Kerja2 penyusunan berlangsung. Setiap fail ada buku teks, buku latihan dan buku tulis.

Dah isi, labelkan pulak tajuk dan nama Qaireen. Ni kalau hilang tak tau lah nak kata apa T_T


Buku2 KAFA dia pun aku buatkan juga. 


Ok, harap2 pasni senang sikit nak kemaskan buku dia ikut jadual. Takde lah bercampur aduk, semua dah kemas dan tersusun. Kbai.....



Tuesday, January 19, 2016

Buku budak darjah 1

Dah complete cikgu Qaireen bagi buku teks, buku latihan dan buku tulis. Termasuk juga kitab dan buku latihan KAFA dia. Sekali longgok, mak aiii... mau patah bahu budak angkat beg tu T_T

Dah start ada kerja rumah. 

Buku2 ni longgok nak tulis nama dan balut. Kena buat organize senang nak pilih ikut jadual harian sekolah. Baru darjah 1 dah banyak macam ni!! 


Qaireen 'tenggelam' dalam timbunan buku2 sekolah

Nenek dia hadiahkan beg sekolah ada roda mcm troli. Senang nak tarik bawa buku huuhuhu. Terima kasih kat wan sebab 'payungkan' beli beg tu. 

Ilhan bulat mata tengok buku2 kakak dia. 
Time saya sekolah nanti banyak mana buku tu agaknyer. Ntah2 guna gajet je kot T_T





Sunday, January 3, 2016

Qaireen dah Darjah 1!!

Hari ini, 4 Januari 2016 bermulalah hari Qaireen sebagai pelajar Darjah 1 di Sek Keb. Telok Kemang... Huhuhu dah darjah dah anak sulung kami ni T_T Seawal 6.45 pagi dah gerak keluar rumah untuk sampai awal. 

Eh Qaireen, bangun!! dah sampai sekolah dah!!

O_O 
Ooo ni sekolah Qaireen ye bu....

Bagus dia, tak rasa takut atau risau ker, cool je kan!

Sampai2 dah start perhimpunan ruponyer ceh..
 lambat juga kami sampai pasai kereta berpusu2 nak masuk parking antar anak ke sekolah... 

Aikk si budak kecik ni pun ada jugak! Bagus Ilhan kecik2 lagi dah masuk sekolah huhuhu.
Nasib baik dia tak meragam, diam je rupo2 nyer tidur 

Duduk bersila sambil dengar cikgu besar bagi amaran erk silap bagi pesanan... hua hua hua!!
cikgu2 lain duduk di belakang

Ramai juga murid darjah 1, ada lima kelas tuuu.

Seorang demi seorang cikgu bagi ucapan, tak tau ler si Qaireen dengar ke atau masih 'dreaming' lagi..


Perhimpunan dah dekat setengah baru gerak masuk kelas.. Darjah 1 UM
Aku dok intai kat cermin tingkap. Lambai kat dia.
Qaireen! Qaireen! Qaireen!


Senyum sikit.. 

Ngehhh... Senyum dia (macam terpaksa je...)

hehehe tengok dia ok jek, lepas aku lambai tangan bagitau nak balik. Qaireen just angguk kepala. Nanti pukul 1 petang datang amik balik..Chill!! Uwaaa dah tujuh tahun dah Qaireen Shafiyyah T_T. Cepatnyer kamu membesar...


Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...