Showing posts with label kfc. Show all posts
Showing posts with label kfc. Show all posts

Thursday, February 1, 2024

Makanan Kegemaran Ilhan Wafiq.

 Ilhan Wafiq, suka makan ayam goreng KFC. Atau Marry Brown. Set lunch tu dia boleh abiskan seorang kecuali coleslaw sebab aku yang makan kan hahaha. . .  




Yang ni masa KFC keluarkan BBQ spice up. 


Bapak pedas giler. Terbeliak mata Ilhan masa mula2 makan hahaha. 

Meleleh air mata dia masa makan, last2 tak boleh abiskan. Bila aku makan, terbatuk sebab memang pedas giler. So KFC boleh banned resipi tu.. Tak payah keluarkan lagi memang seksa nak makan ayam BBQ spice tu!! Pedas dan panas perut dibuatnya!!




Makanan kegermaran dia seterusnya adalah ramen!! Maggi pun iya. . .

Memang kalau datang Nippon Sushi atau restaurant Japan cuisine, dia memang akan request ramen smoke duck fuuuu.. ..


Makan sampai licin kuah dia. . .


Dan makan favourite dia seterusnya ialah kek!
Memang suka makan kek. . .

HArijadi dia sahaja kami beli kek, khas untuk dia.

Sebab yang lain tak makan kek, tak berahi sangat. Muak, kalau makan sepotong share ramai2. Ilhan sorang je boleh abiskan whole kek tapi bukan sekali gus, berulang dari masa ke semasa lah. 


Wednesday, June 26, 2019

Selamat Hari Jadi Umar ke 9

HAri jadi Umar jatuh 18 Jun 2019 yang lepas. Memandangkan hari tu di bulan posa Ramadhan jadi kita celebrate malam jela lepas berbuka dan budak2 abis kelas mengaji. Nk makan?? Dia request pizza atau KFC. Tapi sebab KFC dekat lagi dgn rumah dia setuju jer. Sbb nak chezzy wedges punya pasal. Giler kentang :))).

Saya dah 9 tahun tau!! 
Hm yela.... 

Best kan Qaireen pun boleh tumpang KFC sekali hehehe. 4 kali hari jadi, 4 kali juga kita boleh makan KFC bahahaha.

Nak amik gambar pun malu2 aiiiiii...

Muka ibu dan anak ahaha. 

Kan, first sekali dia hadap dan makan ialah chezzy wedges. Sekotak tu khas utk dia sahajaaa.
Lepas tu tak sentuh makan ayam dah kenyang, sabor jela. 

Qaireen macam biasa ayam dan kentang memang favourite dia. 

Ilhan suka makan kentang putar. Kesimpulannya anak2 dengan KFC memang tak boleh dipisahkan yeee





Sunday, June 26, 2016

Selamat hari lahir ke 6 tahun Umar Shafiy

Ikutkan harijadi dia dah lepas, 18 Jun. Aku lambat update. Takde nak buat sambut apa2 pun, cuma tanya kat Umar nk request makan apa2 ker untuk berbuka nanti.



Umar request nak KFC Kari-kari Ranggup tu ahaha. Dari aritu dia mintak..

Ceh, muka Umar buat2 suprise pulak tgk kfc atas meja ahaha.

Haippp, puasa tak boleh makan lagilah, Qaireen jerit.. tggu azan magrib wei...

Hm aku rasa kfc tu takde lah best sgt. Macam boleh buat sendiri je, ala ayam tu goreng tabur lepastu serbuk kari baba's T_T






Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...