Showing posts with label check defect. Show all posts
Showing posts with label check defect. Show all posts

Wednesday, January 6, 2021

Renovate rumah di Tiara Sendayan

Selepas dua minggu terima kunci kami buat check defect. Check defect buat sendiri sahaja, takde upah2 orang. Lagipun aku dah belajar check defect ni tahun 2013, jadi kena praktikkan bila dapat unit baru. Kalau nak buat macam mana boleh tengok link kat bawah ni. 

http://www.hasnyjalil.com/2013/10/kelas-hands-on-check-defect.html

Bawak anak2 tolong check defect. 

Sampai tertiarap2 nak tengok dan check betul2 semua tiles dan frame pintu. 

So kalau ada defect boleh buat mark. 
Nasib anak2 dah besar sikit. Boleh tolong ibu dan ayah. Cepat sikit siap. 

Lepas hantar borang kat Matrix Customer Service, dalam minggu tu pulak Seremban kena PKPB sebab dan jadi Red Zone, kes Covid makin meningkat. Jadi dekat dua bulan juga ler kami tunggu untuk settle masalah defect ni. 

Selesai Matrix call dan pass kunci balik, kira selesai dah betulkan defect yang dilaporkan, barulah kami panggil kontraktor untuk langkah seterusnya. Korang jangan terus renovate jer nanti apa2 berlaku pada binaan rumah kemudian Matrix memang tak ambil port sebab dah diubahsuai. 

Panggil Anuwar untuk quote harga ubahsuai, husband memang mintak harga murah kaw2 punya..
Kena pandai negolah. ..

Banyak sebenarnya kontraktor lalu lalang depan rumah singgah bagi quotation harga tapi diorang semua level "kayangan punya harga". Aku ni rakyat marhaen je pun. Nak jimat banyak sebab bajet so ciput. So dah deal, bayar deposit dan Anuwar boleh start kerja besok. 

Hari minggu aku beli barang2 kat kedai Thye Hyin, kedai perkakas eletrik yang popular kat Seremban ni. 

Dari rumah kami duduk first dulu pun beli barang semua kat sini. Kipas bayu 3, hob dan hud jenama milux jer. Toaster bread tu terselit sekali beli, sebab kat rumah dah burn out hahaha. 


Lepas tu aku hantar ke rumah, tengok2 diorang dah buat kerja palster ceiling. Fuhhh laju baru dua hari bagi deposit. Baguslah sebab aku target hujung tahun 2020 siap semuanya. 



Buat table top untuk kitchen kabinet. 


Belakang dah pasang porch, senang nak sidai baju. 


So dalam dua minggu tu kami datang sekali sekala check progress rumah, kekadang Anuwar call suruh datang pilih corak ker warna ker untuk kabinet. Dia ni tak pandai nak guna Whatassap adoooi, jadi dia lebih senang 'datang sini tengok sendirilah'. Mujur ler rumah tak jauh boleh datang selalu huhuhu. 

Lepas dua minggu, siap dah plaster ceilling dan pasang semua kipas dan lampu.

Dalam bilik semua dah pasang grill, lampu dan kipas. 


Bila dah siap pasang semua, kami pula mula part kami, cat dan deko simple2 jer. 



Siap cat dan last finishing. 


Cat kai pilih brand Jotun, tapi bukan jenis Majestic sebab nak murah jer. Tapi cat dia ok juga


Kabinet ni tak berkenan pun tengok wayar terjuntai macam tu. Adoooi.

Anuwar ni kalau tak bagitau confirm dia tak buat. So minta ler dia buat ler wiring bagi elok sikit. Buat ler console dalam dinding bagi kemas dan guna suis on/off terus. Pastu dia minta tambah upah wiring pulak, nyesal tak suruh buat awal2. 

Besoknya kami datang nak basuh rumah, tengok eh dah siap!! 
Bila dia buat aku tak tau. Cepat pulak dia buat kerja. Nak duit kan hahaha. 


Dah cuci dan mop bagi kering. Macam biasa kerah anak2 tolong ibu dan ayah. Seluar Ilhan pun basah dah, main air. Pakai baju jer dah ni. 

Pasang langsir, beli kain dan upah jahit kat Nilai 3. Yela Nilai 3 kan dekat jer dengan Sendayan pun. 20 minit ker ikut Labu. 



Pastu en somi pasang frame gambar, ni beli kat Kaison AEON Nilai. Ni jer frame yg hado, yang menarik takde pulak stok. 


Hm oklah, bolehlah. 


Lampu ni menarik sebab masa beli pun ikut bajet. Bila pasang Anuwar kata boleh pasang lagu ooooo.
Boleh connect bluetooth dan pasang lagu dari spotify atau youtube. 

Oklah dah siap pun, Alhamdulilah hampir sebulan siap semuannya. Dan paling lega sebab bajet bawah RM20k. Syukur sebab tak lebih dari tu. Tapi dapat semua yg kami plan. Alhamdulilah. 





Sunday, March 6, 2016

Renovation kecil di Garden Plaza.

Actually aku dapat unit ni memang dah lengkap sekali dengan perabot, barang eletrik termasuk lampu dan dinding partition. Bila unit studio seluas 450sft buat partition jadi 3 bilik memang nampak comel dan menarik.

Asalnya partition di bilik2 ini terbuka sedikit di atas lebih kurang setengah kaki. Sebab nak bagi aircond circulation dalam semua ruang unit tersebut. Kalau korang tengok sebijik macam Lodging Mak Limah (hahaha ala filem Allahyarham P Ramlee, Masam Masam Manis tuuu) Tapi disebabkan ramai tenant yang mahukan bilik yang tertutup supaya lebih privacy (maybe takut orang sebelah boleh panjat terjengul kat atas partition tu, ni kes macam Allahyarham P Ramlee nak marah kat jiran bilik sebelah).

Jadi aku pun survey cari kontraktor. Dapat je quotation harga dalam 5k, dia pun start buat untuk pasang partition sampai ceiling, pasang 2 aircond 1 hp, reinstalled aircond yang sedia ada ke bilik tengah dan pasang door grill. Ini termasuk cat dan upah cleaner bersihkan selepas kerja renovate.

Hasil selepas 2minggu, semua bilik tertutup. Dah sealed partition sampai siling. 

Aircond asal di ruang tengah ditukar dan dipasang ke bilik tidur yang kedua. 

Tempat piping aircond lama dia dah sealed dan tutup untuk bawa ke bilik tengah.

Aircond baru 1 hp type Daikin dah siap pasang kat bilik 1 dan bilik 3. Cuma bilik 1 piping dia tersumbat, kena report JMB untuk dibaiki sebab ada defect. Aiseh macam kena hack juga dinding tu. Nasib belum ada orang duduk lagi. 

Semua bilik dah bertutup kemas. 

Aku salute juga kontraktor Lim buat kerja dengan kemas. Kedai dia dekat Dengkil tapi banyak buat projek area Cyberjaya. 


Dah siap cat balik. Cuma pintu grill sahaja belum siap pasang.

Sebenarnya hari tu aku dan husband datang sini nak buat report defect pada management dan pada masa sama ejen nak bawa prospek tenant view unit ni. Tengahari aku keluar siap angkut anak2 sekali lepas diorang balik sekolah hehehe. Tenant pulak dari Sierra Leone, berabuk ler aku speaking London. Bila tanya diorang student ke bekerja? Rupa2nya diorang student di Pusat Bahasa, belajar bahasa melayu seh. Bila aku tanya boleh cakap melayu, jawab diorang "boleh, sikit2...."  T_T. Ceh.... sabor jelah. Abis je diorang view dan bincang, kitorang berambat balik ke Johor pulak sebab ada kenduri kahwin sepupu kat sana. 







Monday, January 11, 2016

Ambil kunci dan check defect di GP Cyberjaya

Alhamdulilah setelah buat appointment untuk amik kunci, hari sabtu lepas kami ke Garden Plaza untuk amik kunci dan settlekan sekali gus check defect dgn staf MahSing. Aku set appointment pukul 10 pagi, tapi biasalah ada anak2 kecik, baby kecik nak kena uruskan dulu, sarapan last2 sampai kat Cyberjaya pukul 11 pagi.

First time masuk GP. Sebelum ni tinjau kat luar sahaja.

Dah ramai datang, diorang dah buat appointment amik kunci.



Bila sampai tanya supervisor dia , "Puan janji pukul 10 pagi tapi sekarang dah pukul berapa, nanti staf kami tak sempat nak layan sebab diorang ikut jadual" huhuhu. Aku pun mintak maaf banyak2 sebab dari Seremban jauh sikit nak sampai sini. Tapi supervisor dia ok, mintak aku tunggu sekejap nanti staf mana yg free akan layan aku. hmmmm padan lah muka aku sapa suruh lewat T_T


Tengah melangut tunggu staf diorg layan wei.... tengah2 tunggu supervisor ckp "tunggu sekejap ye puan" aku kata takpe2 saya boleh tunggu... hehe. 

Kemudian baru seorang staf melayu datang kat aku, isi borang dan terus dibawa naik ke blok terletaknya unit kami. Sambil2 naik tu dia terus cakap terangkan tentang fasiliti, security dan access kereta. Sampai kat unit terus kami sama2 check semua kelengkapn yang ada. Sambil2 tu on semua suis berfungsi atau tak. Walaupun keluasan dia takdelah luas sangat tapi dilengkapi perabot dan kabinet build in, ada peralatan elektrik jadi amik masa jugak kena check detail satu persatu. Kalau nak tau camne nak checkmdefect boleh baca link di bawah ini..


http://www.hasnyjalil.com/2013/10/kelas-hands-on-check-defect.html

http://www.hasnyjalil.com/2014/02/check-defect.html



Water heater

Fridge


Toilet and bathroom

Budak2 kepanasan rimas nak menunggu, aircond baru je bukak nak bagi sejuk...

Bedroom. Langsir tak provided. 

Aku sempat tempah langsir untuk pasang siap minggu ni. Semua nak cepat tak mau buang masa lagi. Ada lagi kelengkapan nak kena beli dan letak dalam ni secepat mungkin. Tengah survey2 mana yang lebih murah dan berkualiti. 

Dah check semua, isi borang dan ajar macamana tulis report kemudian staf MahSing bawak ke parking base untuk check tempat parking. Kemudian dia tawarkan untuk bawa check fasiliti tapi kami bagitau kami boleh tengok sendiri. Lagipun dah tengahari, dah banyak orang menunggu kat office dia.

Masa ni husband tengah amik access card  dari security. 

Time nak amik access card, tetiba jadi kecoh dalam opis ni, ada mamat tu datang tak buat appointment main redah jer... lepas boleh marah2 pulak, tengking staf sebab orang tak nak layan dia ish ish. Muka tak bersalah langsung, ingat staf ni kuli dia ke! Ceh, aku yg dah buat appointment tapi lambat datang pun rasa bersalah. 

Qaireen minum sebab kepenatan dan haus.

Budak baik, Ilhan tak meragam tengok jer apa ibu dan ayah buat kerja.

Lepas amik access card baru kami pergi view fasiliti dia. Swimming pool terletak di pintu masuk blok. Sayang takde pool untuk kanak2 jadi kalau budak2 nak mandi kena ada pengawasan.

Sibuk dah nak main air, budak2 ajak mandi tapi sorry arini tak sempat yek. Banyak benda lagi nak kena buat huhuhu. Kita datang lagi pasni bawa baju...

Gyminasium. 

Hati2 nanti terlepas dumbell tu hempap kaki!!



Sempat lagi anak beranak main playground, Ilhan dalam stroller tengok jer kakak dan abg lari sana sini main..

Ada dewan serbaguna di tingkat bawah untuk kegunaan komuniti.

Luas dan panjang juga dewan ni.. 

Banyak lagi kami tak check, jadi mggu depan kena datang untuk check betul2 sebelum start untuk disewakan. Sejak aku iklankan bulan lepas dah ada beberapa orang tanya nak view tapi aku sendiri pon belum dpt kunci camne nak pergi tengok T_T. Sebab tu kena siapkan cepat2 unit.. Semoga kerja kami dipermudahkan Allah. Amin...




Monday, March 3, 2014

Susulan selepas check defect..

Alhamdulilah, setelah hantar laporan check defect yang aku tulis di sini, akhir lima hari kemudian pemaju telah menghantar kontraktor untuk membaiki kerosakan yang dilaporkan.

Samapi depan rumah, ada barang2 kontraktor dan bongkahan tiles yang rosak.


Sebenarnya hari Sabtu lepas mak dan ayah datang sini,  jadi bawalah diorang tengok rumah baru kami. Sampai je depan rumah ada beberapa kontraktor sedang buat kerja masing2. Diorang bagitau tugas diorang baiki tiles yang tosak, nanti ada kontraktor lain datang untuk baiki kerosakan yang lain.

Tiles kat tangga dah dibuka semula.

Dalam bilik pun sama, bagus juga buat pelan dan label. Senang kerja diorang.






Hehe berhabuk balik rumah, tak mau kacau. Biar ler diorang siapkan kerja elok2. 

Jadi ada jiran2 ingat kami dah start buat renovation rumah hehehe. So fast!! Padahal kontraktor yang baiki kerosakan. Pemaju dah bagitau kalu hantar report awal2 diorang akan buat awal2. Sebab ada 400 lebih unit telah diserahkan kunci, jadi bayangkan berapa lama nanti nak tunggu kan. Baik buat cepat2!! Jadi nanti selesai kerja2 pembaikan, boleh start renovate dan pasang kabinet. Kontraktor kami pun dah datang ukur dan hantar barang. Semoga dipermudahkan, amin...


Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...