Friday, August 12, 2016

Hobi aku membaca.

Hobi aku membaca. Dari kecik aku memang suka membaca. Tak kiralah apa buku yang ada kat situ confirm aku akan amik dan baca. Kalau aku tidur kat rumah mak sedara, segala buku yang ada dalam bilik bacaan dia aku akan baca dan baca sampai abis ahaha. Jadi sebab kegilaan membaca, mak aku dan makcik2 aku terutama Mak Lang selalu beli dan hadiahkan aku buku dan majalah. Banyaaak... kisah nabi2, buku English dan buku2 cerita.. Pergh asal makan pun nak buka buku dan baca. Sebab tu buku2 aku tu ada capuk2 sebab kena kuah nasi ke kuah maggi huhuhu.

Sebab kat rumah mak ayah ada rak, aku ler yang rajin susun dan kemaskan ikut saiz dan ketebalan. Penuh buku atas rak tu, confirm bacanya semestinya aku, bukan abang atau adik aku (sekadar gambar hiasan)

Bila dah mula kerja di Kulim, dah ada duit sendiri aku belilah buku2 di kedai Popular atau MPH. Siap daftar jadi ahli lagi nak dapatkan diskaun. Yang aku beli banyaknya buku novel T_T. Berderet buku novel dalam rak bilik kat kuarters aku. Mula2 oklah baca tapi lama kelamaan lepas dua tahun membeli dan baca, aku rasa membazir pulak. Sebab biasalah imiginasi penulis kadang2 kita tak boleh layan sangat, mengarut aje jalan cerita dia ahaha!! Terus stop. Sebab tu jarang layan drama TV yang confirm trend sekarang ikut buku novel huh!! (menyesal beli buku2 yang takda mendatang 'dividen' dan ilmiah ni..)

Masa tu aku kumpul komik juga. Satu je jenis komik tu, komik Jepun-Slam Dunk wah kah kah!! Asal member2 pergi jalan2 Penang je aku kirim mintak belikan. Ikutlah no episod dia berapa. Best woo baca komik ni, baru tau bukan senang nak main game dalam pasukan T_T. Memang terhibur kalau baca komik ni...
Ni ler koleksi komik Slam Dunk yang aku kumpul. Sekarang semua ni tinggal kat rumah mak aku kat Batu Pahat, sebabnya aku pindah ke Sarawak malas nak angkut dalam kotak. 
Tak tau ler mak simpan lagi dalam stor, ke dah buang dalam laut... huhuhu


Kalau baca komik ni seolah2 kita pun ada sekali kat dalam gelangang tu. Berdebar2 betul bila time pasukan Shohuku ni dalam keadaan genting T_T. Komik ni banyak dan sarat pengajaran - berjuang habis2an sehingga wisel tamat berbunyi!!πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

Itu cerita hampir sedekad yang dulu. Bila aku pindah ke Sarawak tetiba aku jadi malas membaca. Sungguh, tak beli buku! Bukan apa, sebab takde masa...  Anak2 kecil lagi jadi tak da ruang masa dan tempat nak baca. Kalau pun membaca confirm hanya di internet sahaja kat opis. Tu pun baca Berita Harian Online ahahaha! Adalah juga beli buku2 karya Faisal Tehrani dah hujung2 waktu sebelum berpindah ke semenanjung.  


Antara buku2 FT yang aku beli. Buku karya FT memang penulisan berat. Jadi isu dia tulis berat. Gaya penulisan dia- memang patutlah dia menang award Anugerah Sastera Negara! πŸ˜™


Bila pindah sini, barulah aku start beli buku berdikit2. Sebab anak2 dah besar dan mula bersekolah. Kebanyakkan aku beli hanya guna online jer.. Senang!! Pilih je mana buku yang kita nak, lepas klik2 bayar dan pos terus pada kita. Senang tak payah cari2 kat kedai tau. Lepas ni harap stastitik rakyat Malaysia membaca meningkat sebab mudah nak beli buku miahaha!!



Diam tak diam, banyak juga buku yang aku kumpul. Cuma sejak berpindah di sini beberapa tahun lepas aku membaca lebih kepada arah pelaburan, pengurusan kewangan dan keagamaan. 

Koleksi yang ada kat pejabat. kat rumah ada juga.

Tapi nak abiskan membaca memang ambil berapa hari. Errr pun kadang2 berbulan-bulan juga T_T. Genre dia berat, isu berat. Jadi kena berfikir, banyak terma yang perlu difahamkan. Sebab tu bila baca dua tiga perenggan aku pun tertidur....😴😴😴😴😴 Tapi sikit2 lama2 abis juga ler membacanyaπŸ˜†πŸ˜† 

Sekarang yang warisi minat membaca ni anak aku yang sulung, Qaireen Shafiyyah. Suka benar membaca sampai nak makan pun sibuk nak membaca. Ayah dia asyik bising time makan sibuk nak baca, aku pun sama gak. Tapi bila pikir balik aku time kecik pun camtu jugak πŸ˜‚πŸ˜‚

Nak makan pun sibuk baca kertas atas meja, lambat ler dia suap nasi πŸ˜…πŸ˜…



Itulah serba sedikit citer tang kisah hobi aku. Hobi korang apa pulak? 




Sunday, August 7, 2016

Hari berkebun di Rumah

Kalau hujung minggu memang kami lebih suka duduk di rumah, sebab banyak benda nak kena buat di rumah. Antaranya berkebun tanam pokok bunga sahaja. Ada pokok bunga yang dah mati sebab dah cukup masa nak kena ganti baru.  Ada nak kena tukar pasu sebab pasu kecik pokok dah makin membesar dah... Sebulan puasa dan raya lepas memang tak berkesempatan nak bel;ek2 pokok di luar rumah.

Dah beli baja dan pasu baru, kena tukar ganti kepada tanah dan pasu baru. 

Umar tolong tanam pokok bunga lavender, yang atuk dia bagi kat Batu Pahat. Bela tanam banyak2 sebab senang nak jaga. Panas ke hujan je berbunga je sepanjang masa. 

Husband tanam anak pokok yang baru. Pokok yang dah ada ni penuh akar dia, jadi kena tukar pasu. Leraikan anak2 pokok dan tanam dalam pasu baru. Pokok ni memang senang nak jaga. Pokok2 orkid pun juga nak tukar2 ke pasu baru sebab dah penuh sangat akar2 dia. 

 Sambil2 tu Qaireen membebel citer pasal pokok yang di tanam ahahaha Qaireen kena paksa keluar rumah, dari pagi tadi asyik hadap tv je kat dalam. Sekali sekala riadah sikit buat kerja di luar rumah ni nak oiii. Ilhan takde sebab lena tidur dalam buaian. 

Wah.. dah siap tanam, bos tengah memantau pokok dia ok ker tak hahaha!!


 Harap2 pokok lavender ni boleh membesar dan membiak cepat. Aritu dah tanam tapi sebab tinggal seminggu balik kampung terus layu mati sebab tak bersiram.

 Hasil yang ditanam oleh Umar Shafiy. Oklah jugak. 




Tuesday, August 2, 2016

PUPUK MINAT MEMBACA

Qaireen suka membaca, kira dia mewarisi hobi aku yang memang suka membaca dari kecil lagi ahahaha!! Tiap kali dia membaca mesti adik2 dia nak tengok dan dengar apa lah yang kakak dia baca tu???

Buku apa pun yang dia baca bukan dia kira pun, buku aku pun dia amik baca. Agaknyer suka sebab ada ilustrasi kartun dalam buku tu. 

 Kemudian dia akan citer kat Umar dan Ilhan pasal topik yang dia baca wah hahaha! Dah ler buku tu pasal topik berat. Buat2 faham udah ler..

Si kenit ni sibuk nak amik buku tu, geram nak gigit buku. Tengah gatal gusi sibuk nak gigit semua benda. 

Rajin adik rajin, rajinlah membaca. Bila besar nanti, jadilah orang berguna... InshaAllah, amin...



Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...