Monday, May 22, 2017

Perang nafsu!!

Ada lagi lima hari untuk kita masuk ke Ramadhan 1438H. Masa untuk berperang nafsu. Itu nafsu menahan makan dan minum, perkara2 yang membatalkan puasa. Macamana kalau nafsu nak ke arah membelanjakan wang pulak.

Kalau diikutkan citer dulu bila aku dah lupus semua hutang (citer dalam blog sini) ingatkan hati ini dah bertambah tenang. Rupanya masih bergolak juga! Ya jiwa kita bergolak2, sebab berperang!! Bukan perang dengan senjata... Kita berperang dengan nafsu!! Betul kata orang tua dulu2 "jika ikut hati kita binasa. Jika ikut nafsu kita jadi lesu...."

Cita-cita lepas settle hutang harap nak menyimpan duit dengan lebih lagi, tapi goyah. Ada jer halangan di dalam jiwa dan perasaan. Ada godaaaan. Nafsu nak membeli, nak mengunakan duit tu tetap ada. Bukan mudah nak menyimpan. Godaan dan  nafsu yang seakan2 nak tarik, nak dorong kita untuk menghabiskan wang yang ada. Dan aku faham kenapa ramai mengeluh gagal menyimpan wang.

Bayangkan bila kawan2 beli tudung jenama baru, ko ketap bibir. Bila kawan2 beli baju atau kain cadar baru ke, ko pejam mata. Ketika time2 macam ni mulalah bisikan dalam hati (bisikan setan kot ahaha) "eh kan ko dah tak ada hutang, nah inilah masanya! Sekarang duit ni kau layak untuk belanjakan. Abis tu kau simpan pun buat apa? Tak tau ke nak raikan hidup" T_T

Dah ler sebelum ni ikat perut nak tahan belanja, nak lupus hutang. Sekarang bebas hutang pun nak ikat perut, tahan nafsu lagi ke nak ber"shopping2" ni... Maka ketika inilah bermulanya perang PSIKOLOGI...

Perang psikologi tak mudah, berbaur perasaan masa tu. Boleh jadi kau akan rasa terhina, kadang2 rasa geram, kadang2 sedih sebab tak mampu nak beli itu dan ini. Bukan sebab kau tak berduit. Sebab mental ko dah block, dah halang tak boleh beli apa2. Sedih, bengkek rasa hati... Sangat2.. Tapi itulah namanya konsisten dan fokus. Selagi belum tercapai objektif maka kau tak boleh buat apa2. Nothing!

Aku mengaku sejujurnya adalah dua minggu lepas aku duduk hadap komputer usha2, tinjau2 dalam laman web CarList, Paultan.org, CarBase atau website2 kereta dalam Malaysia. Saja sebuk2 nak cari MPV ke SUV terpakai yang paling ok dan luas. Berangan kan percuma. Kononnyer nak tambah satu kete yang ok untuk family aku yang dah bertambah besar, senang nak berjalan jauh... Hajat di hati nak kumpul duit, nak simpan dan beli cash. Jadi nak set matlamat nak capai simpanan tu kena tengoklah harga kereta kan!

Check harga semasa kuda hijou ni ahaks!! 
Dulu beli RM74++k. Sekarang nilai dia RM28k T_T

Tapi check2 banyak kete secondhand/recond pun harga dia mak aii &@$%^#^&!! Sakit jiwa kalau nak kumpul duit banyak tu!! Sudahlah tu kereta ni ada susut nilai. Kalau tahun ni kau beli RM80k dan bayar cash, tahun depan nilai kete tu dah jatuh jadi RM70k. Hilang RM10k macam tu jer erk....>_<     Kalau guna pembiayaan bank lagilah sadis. Aku tak mampu....

Check price Toyota Estima recond dalam ww.oto.my. Harga dia erk!!

Lepas tu survey pulak smartphone baru. Dalam dua minggu lepas juga gatal2 jugaklah nak cari smartphone baru. Jadi merata aku survey kat Lazada. Singgah kat kiosk smartphone dalam shopping mall, dekat Maxis center ker Celcom atau Digi. Habis semua tempat aku pusing ahaha. Usha2 tengok rate harga smartphone baru. Plan baru. Jenama baru. Compare sana sini.. Kemain lagi. Mungkin sebab handphone yang ada pada aku ni dah tahap kritikal (since 2012 hingga kini setia handphone tu servis sampai tak boleh nak padam2 skrin tu, menyala jer ke sudah).

Ada harga murah tapi hati macam tak tergerak nak beli huhuhu. 

Nafsu nak beli smartphone baru. Last2 tak jadi pun nak beli.... Pakai je smarphone lama, selagi boleh pakai gunakan jelah. Ianya cuma satu keperluan, bukan kemahuan lagi.

Bak kata Tuan Meor Zaidee, kalau tuan nak beli smartphone cuba derma dulu jumlah wang tu sama dgn harga smartphone. Lepas tu barulah beli. Anda mampu berbuat begitu maka anda mampu beli smartphone tersebut. InshaAllah.

Rupanya berperang dengan nafsu ni agak hebat dugaan dia. Bukan meletihkan fizikal, tapi minda kita, hati dan perasaan.
Sabar dan bertabah... Bertahan selagi boleh. Itu je motto aku setakat ni...
Bulan Ramadhan dah nak tiba, pohon ampun dan kemaafan. Semoga bertambah amal kebajikan.
Harapan semoga ada sinar menanti di hujung hari, ewahh...

www.pinterest.com







Tuesday, May 16, 2017

Email Berhantu....

Kalau bukak jer email ni aku rasa berlambak pulak email yang subscribe. Semua jenis website pembelian online atau tempahan online. Yang email penting2 selalunya tertimbus dalam email2 yang subscribe ni, memanjang je penuh. Rasa semak pula kat mata aku ni. >_<



Email2 berhantu, yang saja nak perangkap duit korang kan! Lazada, Zalora, Shopee dan yang sewaktu dengannya huhuhu. 

Aku tak de rajin shopping dalam talian pun. Paling terbaru ni adalah beli ink printer HP sebab pergi kat kedai2 aksesori komputer dah tak jual ink jenis tu. Kalau nak kena order tunggu lagi seminggu. Mak aiii. Last2 beli kat Lazada jer, dua hari dah sampai. Mudah memang mudah!!

Tapi bila dah membeli banyak pulak email2 subscribe yang masuk. Dah ler jenuh menghadap. Last2 aku unsubscribe jer lah. nanti bila beli lagi muncul balik email2 ni... 


Lepas tu jenuh nak cari button UNSUBSCRIBE dia. Halus benor. Bila dah klik unsubscribe, dia survey tanya macam2 kenape nak unsubscribe hahaha!! 

 I no longer want to receive email berlambak2 tu, semak weii.......







Wednesday, May 10, 2017

Cara Mengawal Kemarahan Diri

Semalam aku terpilih pergi kursus kawal kemarahan hahaha agaknya nak para lecturer poli ni dapat kawal marah kat student dan orang atasan agaknya. Mana tau boleh kurangkan stress kerja kot. Penceramah glamer pernah keluar beberapa kali kat TV pun, Haji Hushim bin Haji Salleh.

Mukadimah kursus- mengenali dan memahami kemarahan....

Kalau marah, semua orang akan marah. Semua pernah rasa marah. Kalau tak pernah memang mustahil sebab kita bukan malaikat. Jadi apakah caranya nak mengawal kemarahan jika berlaku pada diri kita??

1. Jangan marah kecuali kerana Allah SWT

Kau marahkan diri jika kau tinggalkan solat atau posa dengan sengaja. Kau marahkan diri kau sebab suka membazir pada perkara2 yang tak perlu. Marahlah sungguh jika kau asyik tuang masa kat tempat kerja. Buat benda2 yang lagha kan! Hah, marah tu  dibolehkan atas faktor kelalaian kita dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai hamba Allah di dunia ini. Selain tu kalau tengok orang kurang ajar ker macam potong barisan, mengumpat pasal kita atau nak provoke bagi kita marah, jawapan dia- cuba elakkan kemarahan tu. SABAR! SABAR!

2. Mengingati dan mengagumi kebesaran kuasa ALLAH Taala

Mengenangkan kebesaran Allah lebih baik dari mengingati perkara2 yang menyesakkan dan mengundang kemarahan kita. Bak lagu Sheila Majid..

Lihatlah sekitar alam, dunia luas terbentang.  
Langit tinggi kebiruan, pohon2 kehijauan. 
Hembusan bayu yang menyegarkan..... 
Dengarkan di sana sini, beburung riang menyanyi,
Bebunga aneka warna, sumber kedamaian jiwa,
Ku syukuri nikmat Maha Esa.... 

3. Menahan dan pendam ketika tengah marah.  

Yang ni aku kurang setuju sikit. Sebab boleh mendatangkan kesan dalaman pada tubuh badan. Dulu aku tengok sitkom Malcom In the Middle, Malcom ni tahan jer marah bila mak ayah dia membebel. Cikgu marah, adik beradik, kawan2 buli dia. Dia diam jer. Last2 beberapa hari tahan,  Malcom terus muntah darah hahaha. Doktor check up cakap sebab dia pendam marah dan effect pada tubuh badan dia. Takutnyer... Jadikan alihkan kemarahan tu dalam bentuk lain macam pergi basuh pinggan ker (kak Rosliza punya stail), kemas rumah ker (itu aku ler), atau cuci longkang ker. Lagi bagus macam tu. 

4. Berlindung kepada Allah SWT ketika marah

 Beristigfar banyak2 dan ucaplah A'uudzu billah (aku berlindung kepada Allah SWT). InshaAllah akan hilang dan reda kemarahan tersebut. 

5. Diam 

Jangan bercakap bila marah. Berdiam lebih baik. Aku suka bila Che Ta kata tak nak komen bila marah bila wartawan tanya reaksi dia pasal sesuatu perkara atau isu yang provoke diri dia. "Berdiam tu lebih baik lah... Sebab bila kita bercakap dalam keadaan marah ianya akan menyebabkan kita keluaqkankan perkataan yang tak elok nah...".

6. Mengubah posisi ketika marah.

Rasullullah SAW besabda" Jika salah seorang kalian marah ketika berdiri, maka hendaklah dia duduk. Apabila marahnya tidak hilang hendaklah dia berbaring. (HR Ahmad). Kalau sesetengah orang bila dia marah, dia terus baring dan tidur. Well aku nampak kat anak lelaki aku, Umar amalkan macam tu. Bila marah atau protes dia masuk bilik, baring atas katil tau2 dah tertidur. Bangun tidur dia elok jer pastu.


7. Berwudhu atau mandi

Marah umpama api yang dapat mendidihkan darah dan membakar urat saraf. Berwudhu merupakan cara terbaik untuk meredakan api kemarahan. Jika belum reda, maka mandilah inshaAllah akan padam kemarahan tersebut.


8. Memberikan maaf dan bersabar.

Orang yang marah itu selayaknya memberikan maaf kepada orang yang menyebabkan kemarahannya. Cuma aku paham memaafkan memang boleh tapi melupakan memang agak mustahil sebab dalam realiti, dari segi psikologi manusia amat terkesan jika ianya melibatkan emosi dan perasaan. Umpama luka pada fizikal atau tubuh badan. Luka akan sembuh tetapi parutnya akan kelihatan. Jadi kenalah makan banyak2 vitamin E untuk cantikkan balik kulit tu yee!


Ok itulah sedikit sebanyak yang aku boleh share sepanjang sehari duduk berkursus di situ. Rasa lenguh pinggang duduk jer dengar ceramah kan.. >_<

Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...