Monday, January 19, 2015

Promosi Produk Marine Essence Combo 2015!!


Hai!

Secara rasmi telah diumumkan di semua stokis, produk Marine Essence akan mengalami kenaikan harga 10-12% pada Februari 2015.

Ini disebabkan kejatuhan mata wang ringgit Malaysia sejak akhir2 ini membuatkan HQ dengan berat hati terpaksa menaikkan harga produk, 


Jangan bersedih atau terkejut.
kami menawarkan pakej istimewa sebelum harga kenaikan secara rasmi pada Februari ini!!

Promosi COMBO produk Marine Essence 

yang mengandungi :-

1. Marine Essence Beauty Bar (1 kotak = 3 ketul sabun)
+
+



Set combo produk kecantikan Marine Essence


Harga istimewa sempena Pakej combo ini bernilai RM171.00 hanya RM155.00!!

Hanya RM155!!??

YA!

Dan

POS adalah PERCUMA!!!



Wou!!

Dan tawaran ini hanya sehingga

31 Januari 2015!!

atau 

 selagi stok masih ada!!

Bermula Februari 2015, harga ini tidak akan terpakai lagi. harap maklum..

(Jika anda memilih untuk membeli pada Februari 2015, harga akan menjadi RM196.00!!

Beza harga RM41.00!)


Testimoni produk Marine Essence





Cepat!! Segera bertindak pantas!!


Sms/ Whatassap / Viber

"SAYA NAK ME COMBO!"

KE 

012 7597929

013 6036630

HASNY
SENIOR SALES MANAGER
EJEN DAFTAR: 619518
SEREMBAN, N. SEMBILAN

Thursday, January 15, 2015

Aktiviti Lepas Kerja

Kalau sudah amik anak2 dari sekolah sampai di rumah je, diorang bekejaran nak ke playground. Tak pun Umar sibuk tengok pokok bunga dan sayur kat halaman rumah.





Aku macam biasa, menyinsing lengan baju memasak. Kalau nak cepat dan simple, menu anak suka ialah pizza jek, takpun pasta dan spagetti.

Dah siap makan malam, sibuk mengacau ayah dia nak balut tupperware nak pos ke customer.



balut kemas2 jangan terburai :P

Eh tengok jam, pukul berapa. Pergi masuk tidur!!!

Hahaha, gelakkan aku pulak. 

last2 aku yang tertidur dulu T_T




Wednesday, January 14, 2015

Operasi mencari mesin basuh baru di Seremban

Akhirnya, sampai sudah hayat mesin basuh cap Samsung 7.0kg ni. Husband beli since 2006 masa dia bujang dan menetap di Kuching lagi. Banyak sungguh bakti kau kepada keluarga kami. Hahaha basuh segala2nya. Basuh toto, selimut, cadar dan lampin anak2termasuk ler karpet rumah pun sumbat dalam washing machine. Hamik ko, mana ler tak rosak dikerjakan sungguh2 ;p.


Mesin ni merajuk since hari Ahad lepas. Tak boleh buang air basuhan dan keringkan baju.. Jadi terpaksa ler husband timba air dan perah dengan tangan jek  T_T

Last2 mana tahan, kena cari jugak mesin baru segera sebab kain berlambak nak memdobi. Sayang kat mesin basuh ni, husband tak letak kat luar rumah sebab tak nak berkarat dan warna lusuh. Malam sebelum tu kami dah pusing tengok kat SenHeng dan Tesco tapi biasalah harga fix. Tak best sebab tak dapat tawar menawar ;p

Lokasi kedai kali bukan Tyhe Hin yang pernah aku citer dulu kat sini.. Kali ni kami pergi Rahang pulak. Rahang ni memang ada juga kedai2 elektrik. Tapi kena explore mencari. 


Nilah kedai elektrik tu. Kedai Hoong Bee &Co. 


Terletak di no. 48, Jalan Zaaba, Seremban. Kedai ni dah beroperasi hampir 30 tahun dah...


Ni pandangan dari dalam kedai tu. Di sekeliling kedai tu ada kedai perabot, bengkel kereta dan tinted. Nak parking payah sikit, mujur ler hari ni cuti umum sempena Keputeraan. N. Sembilan.


So target sebelum keluar, fokus cari mesin basuh sahaja yek. Jangan sesibuk belek barang lain pulak yek! Dan harga belian 1kg=RM100.
Hehehe


Macam2 jenama ada, Panasonic of course wajib ada! Samsung, Midea, Toshiba, Sharp dan Sanyo. 


Toshiba 10kg. RM1K++

Paling leceh bagi husband bila mesin basuh banyak panel button. Dia tak nak panel controller byk2. Complicated sangat, nanti rosak lagi leceh nak buat maintenence.


Toshiba 9kg, boleh kurang sampai RM1050
Hadoii, banyak benor button dia. 


Wou, Samsung ni bentuk ovul, menarik juga lain dari lain.
7.5kg sama dengan RM750 hehe yang memenuhi syarat husband juga ni.
Tapi dia tak mau guna Samsung lagi. Nak beralih jenama lain pulak.

Panasonic 7kg, RM780. Harga2 ni boleh ditawar lagi kalau korang nak beli sangat.


Sharp yang ni memang best. Kapasiti 11kg, dia bagi less RM1150 - Huiyooo!!
Tapi besar sangat, sempit pulak ruang yang kami dah buatkan utk mesin basuh nanti. Lagipun kami anak beranak cukup sekadar7-8kg jek..



Sharp 8.0kg
Akhirnya model nilah jadi pilihan 
setelah belek punya belek, angkat penutup tengok segala bagai semua tube mesin kat kedai tuh.
Sharp ni paling latest, baru sampai. Harga pun dia tak tampal lagi.


Panel controller dia simple saje.. yang itu jek.

So target husband sekilo sama dengan RM100.
8 kg jadilah RM800.
Punyalah lama dia menawar kat uncle tu mintak kurang dari harga asal, siap kata tak payah hantar kami bawak balik sendiri jek T_T


Dah setuju, apalagi bayarlah. 
Tulah tauke dia, dia kata tak apa nanti orang dia hantar pukul 2 ptg. Hmm  oklah. Takde lah penuh avanza nanti nak pikul mesin tu balik...


Kad business dia, 
korang boleh berkunjung dan beli dengan harga kaw2 punya yek



Pukul 1.30 ptg dah sampai dah, hantar terus ke belakang. Pasang dan test.
Dah puas ati, apalagi start operasi mendobi!!


Pastu dapat free gift lagi dari kedai, kita mintak, jangan tak mintak hehe

So Samsung lama tu nak buat apa yek. Of course aku simpan dulu, nak repair. Lepas ni cari tukang repair pulak.  Kalau dapat RM250 ke bawah, canteeeks!! Boleh hantar ke rumah sewa nanti. Hopefully :)

Ok, kbai!!


Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...