Showing posts with label PTPTN. Show all posts
Showing posts with label PTPTN. Show all posts

Thursday, September 10, 2015

Menabung untuk pendidikan, bukan dengan PINJAMAN

Kecoh minggu lepas bila PTPTN datang 'mula menyerang" penjawat awam yang tidak membayar lagi pinjaman pendidikan mereka. Wah, sekarang diorang dah atttack kat pekerja gomen yek melalui pengarah Institusi masing2. Nak dilaksanakan pemotongan gaji. Senang cerita, PTPTN dah jadi macam taboo... menakutkan jer...



Alhamdulilah, minggu ni kami sudah selesai menguruskan tabungan pendidikan untuk anak-anak melalui dana pendidikan I-Iqra Takaful Great Eastern. Sebelum ini aku dan suami menyimpan melalui akaun mereka di Tabung Haji dan pelan Pru My Chid (Prudential). Tapi disebabkan pelan Pru My Child adalah pelan konvensional (kami sepakat untuk mengambil bahagian islamik sahaja selepas ini) maka kami nak tukar kepada pelan takaful. Tapi pihak Prudential tidak galakkan kerana ianya akan mendatang kesan negatif pada ejen terutama prestasi dan komisyen mereka. Gitu...

Abis yang kitorang bayar ni diorang tak fikir pulak??



Akhirnya kami pilih surrender sahajalah dan tukar kepada pelan pendidikan Takaful Great Eastern. Bagusnya dana ini, jangan harap ko nak keluarkan duit tu atau usik itu sampai tempoh matang. Jadi selamat ler duit tu duduk diam2 sahaja sampai umur anak lepas 18 tahun!

Tujuan buat tabungan ini aku tak nak anak2 mengambil pinjaman pendidikan yang ditawarkan oleh mana2 pihak yang akhirnya akan menjerut dan cekik diri sendiri nanti. Hidup lebih mudah dan tenang untuk diuruskan apabila tiada beban pinjaman pendidikan. Sebab aku memang tiada hutang pinjaman pendidikan, dapat biasiswa KPM masa belajar diploma di IPTA.

Pengalaman aku, aku target sambung belajar peringkat degree selepas sah jawatan. Jadi tahun 2005 aku mula posting bekerja di utara tanahair dengan bayaran duit gaji RM1250 sebulan. Mula RM100 sehingga meningkat RM500 simpan di ASB, lagi RM350 bagi pada mak ayah, dan bakinya aku jimat2 belanja untuk makan dan minum.

Utuk berjimat, aku pilih tinggal di kuartes bersama housemates. Cukup bulan bila gaji kami akan contribute RM50 seorang untuk tabung utiliti dan tabung makan malam. Duit itu setiap minggu kami akan borong barang di pasar malam sekitar pekan dan bandar Kulim (memang dah macam Nepal dan Bangla, tangan penuh beg plastik bila borong sayur, ikan dan ayam untuk stok seminggu). Balik kerja lepas magrib kami terus masak (masak ringkas2 sahaja) bersama2 melainkan jika kami ada aktiviti luar atau penat/malas nak masak hehehe. Kakak kat opis selalu puji kami rajin memasak (hehehe poyo jer) tapi percayalah dengan cara ini memang menjimatkan wang.

Kemudian lepas aku dapat peluang melanjutkan pelajaran ke ijazah 2005-2008 (selepas 3 tahun bekerja) aku hanya bergantung pada tabung simpanan dan gaji separuh yang diberikan oleh majikan. Cukuplah untuk sekadar hidup2. Tiga tahun habislah duit simpanan ASB aku untuk bayar yuran dan belanja beli buku...

Mujur aku tak amik PTPTN. MUJUR!! Padahal aku dah isi dah borang PTPTN tu nak antar dah perjanjian tu. Risau beb takut tak cukup belanja. Last2 minute aku batalkan hasrat, tawakal jelah gunakan duit yang mana ada untuk survive hidup seorang student T_T

ASB yang disimpan hampir RM13k habis sebelum nak graduate (aku simpan untuk beli rumah sebenarnya tapi tak jadi sebab tak cukup nak sara hidup). Alhamdulilah dapat dah degree.... T_T Sebab aku pun dah kahwin sebelum tamat belajar, (cerita di sini) memang duit ngam2 je belanja untuk hidup selepas itu... Tak boleh bayangkan jika aku amik PTPTN sudah tentu hingga ke hari ini aku masih membayar lagi pinjaman tersebut, gulp!! Nasib baik....

Kalau boleh elakkan ler anak2 dari berhuntang dengan pinjaman pendidikan. Kesian mereka...


Why student loans are STUPID!








Thursday, May 16, 2013

THROWBACK: BAJET SEBELUM HARI BAHAGIA 2007

Pagi-pagi ni dekat opis, ada taklimat daripada KJ tentang penilaian prestasi kerja. Lepas taklimat, kami dikehendaki hantar SKT (sasaran kerja tahunan) pada hari ini juga!

Wah, kelam kabut cari balik mana ler letak SKT yang lepas. Nak taip balik mana ada masa, lagipun SKT tahun ni pun sama jek dengan tahun-tahun sudah. Huh tak berkembang langsung! hehehe.

So godek-godek kat komputer, hard disk tak jumpa-jumpa. Isk isk, mana pergi? bukak laptop pulak. Bukak ler folder BACKUP! yes! Jumpa ler satu fail SKT dan satu fail BAJETKU? Lega dah dapat balik SKT lepas. BAJETKU? Apa dia folder BAJET ni, bukak2...




Hahaha! Tergelak depan laptop tengok folder tu, bajet ku tujuh tahun dulu! Rasanya plan bajet dua bulan sebelum berkahwin tahun 2007. Selesai isi SKT dan hantar, saya tengok imbas balik tujuh tahun lepas. Uhuk uhuk uhuk.

Biasalah semua orang nak kahwin mesti pening kepala fikir bajet nak kahwin dan selepas kahwin kan. So disebabkan ada ler ingat sikit-sikit ilmu Prinsip Akaun zaman SPM dulu, saya buat ler bajet. Masa tu ASB dah makin susut ada lagi balance RM1k. Dan saya tengah belajar, masih berbaki lagi setahun di UTHM dengan bergaji separuh... Dua bulan tu belajar pun tak dapat masuk kepala pasal fikirkan bajet lol! Check ler gajiku time tu huhu.

Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) diberikan pada penjawat awam kakitangan sokongan untuk menyambung pelajaran sepenuh masa di peringkat ijazah. Mimpilah kalau nak menyimpan duit masa tu!

Gambar masa 2002, di Polimas. Lecturer praktikal. Empat bulan selepas tu mula bekerja di Politeknik Kulim(2002-2005). Umur saya 21 tahun ketika ini ♥


Saya tidak ambil pinjaman. Dengan gaji separuh tu dan ASB (hasil simpan kerja tiga tahun di Kedah) saya berjimat -tersangat ler jimat nak uruskan hidup belajar tiga tahun kat UTHM huhuhu. Tak nak dihantui oleh PTPTN. Kalau gaji naik selepas habis belajar degree dan sudahnya sama saja kena bayar balik hutang PTPTN.

sebab tu, SAYA MENYOKONG PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK RAKYAT hehehe!

Mujur ada KWSP, sebab mohon bersara pencen. Duit ni simpan sampai betul-betul saya perlukannya. Memang sungguh membantu sedikit banyak untuk urusan kenduri kahwin dan yuran pengajian saya. Mak ayah nak bantu pun saya bagi sponsor khemah sahaja. Sebab prinsip saya, selagi mampu saya akan berusaha,ewah2. Saya tak nak mereka bayarkan apa-apa satu bahagian pun.

Duit hantaran! Debit hantaran, kredit di advanza. Wah. Habis ku bayar duit muka kereta Avanza, pengganti kepada Kelisa yang banyak problem. Bayar kelisa bulan-bulan pun RM350. Saya jual kat Parit Raja pada seorang wak ni dapat tunai RM8k. Campurkan duit hantaran dan terus beli MPV. Orang pelik- pasal saya belum berkahwin tapi dah beli avanza kik kik kik. Sebab malas tukar kereta lagi selepas ni. Senang bawak satu family... Masa tu belum ada grand livina, exora, alza lagi. Kira avanza pioneer MPV market masa tu. Leceh nak tukar kereta besar lagi-menambahkan liabiliti dalam poket saya. Itu pun dah bernilai hampir RM70k termasuk cukai dan insurans.

SAYA SOKONG HARGA KERETA TURUN DAN LEBIH MUNASABAH!

Duit pelamin, meja makan, baju nikah, kad kahwin dan upah gambar dalam RM1500 isk isk.. Bayar lagi dua insurans GE (masa tu memang nak stop insurans jek tapi fikir-fikir tak jadi). Sebab sayang dah ambil insurans dari 2002 lagi. Lepas tu bayar yuran untuk short semester pulak RM380, ambil 3 subjek jek pun ish ish. Kalau yuran penuh satu semester RM880 - RM1000. Belum masuk beli buku-buku lagi. Hmmmm

Minyak! Masa tu RM1.92 seliter. Bajet RM100, cukup lah nak ulang alik UTHM dgn umah sewa dan balik kampung.. Itu pon tong-tong dengan member rumah. Bayar sewa rumah untuk dua bulan dan ada bajet lebih pasang sebijik aircond rumah mak ayah.  (Tahun 2008, minyak memecut naik RM2.70, terasa sungguh kesan dia!). Banyaklah puasa sunat, ikat perut sementara nak tunggu abis belajar dan graduate.

SAYA SOKONG HARGA MINYAK DITURUNKAN, SEBAB MINYAK NAIK SEMUA BARANGAN NAIK, darurat betul masa tu.

Dan paling bersyukur sekali, duit kenduri saya betul-betul CUKUP!  Bajet kenduri masa tu dekat RM10k kalau masak beriyani untuk 1000 jemputan. Tukang masak pun kawan ayah, En Md Shah. Member price hehehe. Betapa ramai jemputan yang hadir. Dan bilangan yang datang sungguh luar biasa. Siap ada ramai2 yang naik bas dari kampung sebelah dan Muar. Alhamdulilah.

Habis kenduri ada lah sedikit surplus dalam akaun bajet, nasib baik bukan deficit. Fuh... agak-agak korang tengok dalam akaun bajet tu mesti perasan hanya satu-satunya aset yang saya beli dan simpan sekarang ialah barang kemas huhuhu. Tapi sekurang-kurangnya beli kuda hijau ku ini berbaloi sebab banyak berjasa sebelum majlis kenduri sampai lah ke hari ni.








Dan syukurlah tak perlu sampai berhutang untuk perbelanjaan kenduri kahwin dan pendidikan saya. Dengan gaji separuh masa tu mengajar saya untuk lebih berhati2 mengendalikan kewangan huhu. Dan sampai sekarang pun masih belajar untuk tingkatkan pendidikan kewangan saya dengan lebih baik lagi. Harapan lepas ni boleh tambahkan aset dan lebihkan pendapatan, kurangkan liabiliti serta perbelanjaan. InshaAllah. Amin.

Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...