Showing posts with label bajet. Show all posts
Showing posts with label bajet. Show all posts

Thursday, January 7, 2016

Throwback bajet perbelanjaan mula sekolah dan jagaan anak 2016

Dah hampir seminggu persekolahan. Jadi aku kira dah selesai segala pembayaran dan perbelanjaan untuk permulaan sekolah tahun 2016 ini. Banyak dah duit keluar sepanjang 2 minggu lepas. Kanchig! Kanchig!

Memang aku dan husband dah tulis segala belanja yang dikeluarkan. Semoga manfaat jika ini boleh digunakan untuk kiraan bajet pada masa akan datang bagi anda di luar sana.


Perbelanjaan baju sekolah Qaireen (kami amik 3 pasang memandangkan dia seorang budak yg lasak, bukan jenis ayu2 hahaha)


Baju sekolah yang beli pakai online jer, sebab kat kedai termasuk Mydin dan TESCO saiz dia dah abis. Harga di kedai sama dgn online cuma perlu saiz dia yg betul.




Baju kurung putih RM26.50x3 =RM79.50
Kain biru RM30.90x3=RM92.70
Tudung putih RM7.80x3 =RM23.40
Anak tudung RM3.65 x 3 =RM10.96
Kain hijau KAFA RM30.90x2 =RM61.80
Kasut putih 2 pasang RM33.90x2=RM67.80
Stokin 2 pasang RM10.90
Beg sekolah takde , pakai yg lama sebab elok lagi.
Kaching* Kaching*


Perbelanjaan baju pra sekolah Umar
T shirt putih 2 pasang.
Seluar track biru tua 2 pasang
kasut sepasang (kat kelas kena buka kasut jadi tak de ler kotor sgt)
Total pakaian Umar ialah RM165.20

Beg sekolah baru RM39.90 .
(Dulu beg lama beli just RM15 dah lupus sebab dah koyak rabak pakai kat PASTI dlm 2 tahun T_T)
Kaching* Kaching*

Total semua sekali pakaian mereka RM542.86

CDC menawarkan tempat yang terhad untuk jagaan kanak2.


Perbelanjaan transit dan day care di CDC politeknik (khas utk staf politeknik)
Qaireen-transit RM90 sebulan.
Umar-after school RM150.00 sebulan
Ilhan-nursery RM280 sebulan
Daftar yuran adalah RM100 X 3=RM300 semua sekali sebab diorang duduk tempat yg sama.

Total adalah RM820.00. Tapi Ilhan start dijaga pada Februari ni, jadi deduct RM280 jadi berbaki RM540.00. (Selamat.....)

Kaching* Kaching*

Yuran sekolah 
Sekolah Qaireen (termasuk baju sukan,PIBG, lencana dll) yuran RM134.5.
Termasuk buku kerja RM24.30
Yuran KAFA RM55.00

Pra sekolah Umar Rm185

Kelas mengaji dan buku iqra' RM100.00

Kaching! Kaching!

OK, jadi semua total belanja yang dikeluarkan ialah RM498.80

Dan keseluruhan bajet perbelanjaan permulaan sekolah dan jagaan anak adalah RM542.86+ RM540.00 +RM398.80 =RM1581.66

Jadi peruntukan sekurangnya dalam 1.5k. Aku pun kadang2 terfikir juga bagaimana mereka yang ada 4 atau 5 anak yang bersekolah, lagi bnyak peruntukan untuk perbelanjaan permulaan sekolah.

Apa-apa pun kita perlu sentiasa beringat anak adalah amanah Allah. Merekalah harta kami dunia dan akhirat. Warisan kekeluargaan kami. Menjadi tanggungjawab kami. Sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Al-Anfal: ayat 28 :"Dan ketahuilah harta benda kamu dan anak-anak kamu itulah hanyalah ujian dan sesungguhnya di sisi Allah jugalah pahala yang besar". Maka berbesar hatilah kita bila dapat berkorban dan menunaikan tanggungjawab menjaga amanah  Allah ini. Semoga anak2 ini akan menjadi anak soleh dan mendoakan kami dunia dan akhirat . Amin...T_T









Thursday, August 15, 2013

Pandai Buat Duit tapi Pandaikah Guna Duit???

Dah seminggu lebih Hari Raya Berlalu.. Jadi bermula episod kerja macam biasa hehehe
Alhamdulilah, beberapa hari sebelum menjelang Aidilfitri, komisyen perniagaan yang saya buat pun masuk. Satu dari Tupperware dan satu lagi dari Hai-O Marketing.

Tupperware mudah sebab sistem dia secara on line, kita boleh check kat www.twbiznet.my. Cuma Hai -O Marketing sampai ke hari ni tak sempat2 lagi nak register, kena tunggu comisyen statement letter baru tau berapa kita dapat. Saya pakai sistem bank in, tak terima cek bank. Bila periksa tau-tau duit masuk akaun tapi kita pun tak tahu sama ada dari pelanggan atau company..


Boleh check Tupperware online seperti jumlah jualan atau komisyen.

Komisyen Hai-O Marketing masuk, Alhamdulilah dalam RM500 lebih. Kalau dicampurkan bonus gomen RM500 kakitangan kerajaan saya dapat duit raya dalam RM2k bulan ni. Termasuk lagi pengerakan gaji dua bulan yang diberikan. Tapi semua duit itu kita pindahkan macam biasa kat satu akaun khas untuk surplus gaji atau side income yang kita dapat. Cuma saya ada gunakan RM1500 lebih daripada gaji saya untuk pembayaran kos stamp duty loan untuk urusan pembelian hartanah di Cyberjaya. Perbelanjaan raya hanya sedikit sahaja, baju raya yang dibeli cuma saya dan anak lelaki, Umar. Suami dan anak perempuan, Qaireen kekal baju raya yang lepas. Sebab saya akan gunakan untuk pakaian harian kerja saya sedangkan mereka bertiga hanya pakai setahun sekali dua sahaja.

Berniaga perlu ada ilmu! Sebelum ni saya pernah hadir kelas yang dianjurkan oleh satu kumpulan mengajar macamana nak membuat pemasaran dan menjanakan keuntungan perniagaan banyak. Tapi jadi kurang seronok bila  mereka juga mengajar cara hidup yang menghabiskan duit yang banyak. Perkara ini tidak memotivasikan saya. Kesannya, saya malas hadir ke kelas tersebut dan mula mencari seminar di luar yang lebih sesuai dengan jiwa dan hati saya. Antaranya seminar tersebut ada saya ceritakan di sini. Ada juga company anjurkan program yang bagus seperti saya ceritakan dahulu di sini. Banyak pengajaran saya dapat selepas menghadirkan diri banyak seminar kewangan dan perniagaan. Saya lebih jelas dan faham matlamat yang saya nak capai.



Bila ada pembaca blog menyatakan rasa ingin tahu dan berminat berniaga setelah melihat cara saya mencari side income, sejujur-jujurnya saya boleh menunjukkan caranya tetapi adakah seseorang tu boleh bersungguh-sungguh melakukannya.Adakan mereka suka dan gembira untuk berniaga. Buat jika anda suka, jika tidak atau terpaksa, lebih baik anda tinggalkan. Mahukah jualan anda ditolak jika penat menjual atau mempromosikan sesuatu produk. Saya kurang berminat nak follow up orang atau bersungguh-sungguh mengejar dan membimbing jika orang yang ingin berniaga tidak menunjukkan usaha mereka untuk berniaga atau maju dalam berniaga.

Ada pengajaran yang saya dapat ketika berniaga 'part time' ni. Kesilapan besar saya ialah apabila saya merasakan semua orang boleh buat seperti yang saya buat. Itu adalah kurang benar. Sebenarnya hanya orang itu sendiri yang boleh tetapkan apa yang dia mahu bukannya saya. Saya tiada kuasa itu untuk memberikan kejayaan pada sesiapa. Itulah pengajaran yang paling jelas saya dapat pada tahun ini,

Dan sudah tentu saya melarang keras mereka melakukan pinjaman bila memulakan perniagaan, walaupun keuntungan boleh dapat ribuan. Puncanya, perkara ini hanya akan membelengu diri dan kewangan mereka. KOMITMENT ANDA AKAN JADI TINGGI. Jadi gunakan modal serendah yang mungkin. Bayar jadi ahli pun jadilah, dan kemudian jadilah ejen yang rajin. Tiada jalan senang untuk jadi senang.

Dan jika kita pandai cari duit, pandai buat side income pastikan kita pandai bagaimana nak menjadikan hasil duit atau pendapatan kita menjanakan lagi kewangan kita. Bukan untuk menghabiskan duit kepada perkara sia-sia. Dan apabila saya melihat orang yang berjaya dan kaya tetapi cara perbelanjaan sederhana dan berjimat menyebabkan saya rasa kagum dan gembira kerana saya mahu menjadi seperti mereka. 

Rancanglah perbelanjaan kita, catatkan setiap hari apa perbelanjaan yang kita lakukan supaya kita tahu di mana duit kita telah dilaburkan atau dileburkan.



Saya bukan kedekut tapi jenis berjimat. Penjimatan tersebut banyak membantu saya ketika menghadapi waktu-waktu sukar dan ianya banyak beri pengajaran kepada saya. Mohon maaf jika ada ketidakpuasan hati pembaca pada blog ini.Kelemahan itu adalah daripada saya tetapi kelebihan dan kebaikan itu adalah daripada Allah Taala.

Thursday, May 16, 2013

THROWBACK: BAJET SEBELUM HARI BAHAGIA 2007

Pagi-pagi ni dekat opis, ada taklimat daripada KJ tentang penilaian prestasi kerja. Lepas taklimat, kami dikehendaki hantar SKT (sasaran kerja tahunan) pada hari ini juga!

Wah, kelam kabut cari balik mana ler letak SKT yang lepas. Nak taip balik mana ada masa, lagipun SKT tahun ni pun sama jek dengan tahun-tahun sudah. Huh tak berkembang langsung! hehehe.

So godek-godek kat komputer, hard disk tak jumpa-jumpa. Isk isk, mana pergi? bukak laptop pulak. Bukak ler folder BACKUP! yes! Jumpa ler satu fail SKT dan satu fail BAJETKU? Lega dah dapat balik SKT lepas. BAJETKU? Apa dia folder BAJET ni, bukak2...




Hahaha! Tergelak depan laptop tengok folder tu, bajet ku tujuh tahun dulu! Rasanya plan bajet dua bulan sebelum berkahwin tahun 2007. Selesai isi SKT dan hantar, saya tengok imbas balik tujuh tahun lepas. Uhuk uhuk uhuk.

Biasalah semua orang nak kahwin mesti pening kepala fikir bajet nak kahwin dan selepas kahwin kan. So disebabkan ada ler ingat sikit-sikit ilmu Prinsip Akaun zaman SPM dulu, saya buat ler bajet. Masa tu ASB dah makin susut ada lagi balance RM1k. Dan saya tengah belajar, masih berbaki lagi setahun di UTHM dengan bergaji separuh... Dua bulan tu belajar pun tak dapat masuk kepala pasal fikirkan bajet lol! Check ler gajiku time tu huhu.

Cuti Belajar Separuh Gaji (CBSG) diberikan pada penjawat awam kakitangan sokongan untuk menyambung pelajaran sepenuh masa di peringkat ijazah. Mimpilah kalau nak menyimpan duit masa tu!

Gambar masa 2002, di Polimas. Lecturer praktikal. Empat bulan selepas tu mula bekerja di Politeknik Kulim(2002-2005). Umur saya 21 tahun ketika ini ♥


Saya tidak ambil pinjaman. Dengan gaji separuh tu dan ASB (hasil simpan kerja tiga tahun di Kedah) saya berjimat -tersangat ler jimat nak uruskan hidup belajar tiga tahun kat UTHM huhuhu. Tak nak dihantui oleh PTPTN. Kalau gaji naik selepas habis belajar degree dan sudahnya sama saja kena bayar balik hutang PTPTN.

sebab tu, SAYA MENYOKONG PENDIDIKAN PERCUMA UNTUK RAKYAT hehehe!

Mujur ada KWSP, sebab mohon bersara pencen. Duit ni simpan sampai betul-betul saya perlukannya. Memang sungguh membantu sedikit banyak untuk urusan kenduri kahwin dan yuran pengajian saya. Mak ayah nak bantu pun saya bagi sponsor khemah sahaja. Sebab prinsip saya, selagi mampu saya akan berusaha,ewah2. Saya tak nak mereka bayarkan apa-apa satu bahagian pun.

Duit hantaran! Debit hantaran, kredit di advanza. Wah. Habis ku bayar duit muka kereta Avanza, pengganti kepada Kelisa yang banyak problem. Bayar kelisa bulan-bulan pun RM350. Saya jual kat Parit Raja pada seorang wak ni dapat tunai RM8k. Campurkan duit hantaran dan terus beli MPV. Orang pelik- pasal saya belum berkahwin tapi dah beli avanza kik kik kik. Sebab malas tukar kereta lagi selepas ni. Senang bawak satu family... Masa tu belum ada grand livina, exora, alza lagi. Kira avanza pioneer MPV market masa tu. Leceh nak tukar kereta besar lagi-menambahkan liabiliti dalam poket saya. Itu pun dah bernilai hampir RM70k termasuk cukai dan insurans.

SAYA SOKONG HARGA KERETA TURUN DAN LEBIH MUNASABAH!

Duit pelamin, meja makan, baju nikah, kad kahwin dan upah gambar dalam RM1500 isk isk.. Bayar lagi dua insurans GE (masa tu memang nak stop insurans jek tapi fikir-fikir tak jadi). Sebab sayang dah ambil insurans dari 2002 lagi. Lepas tu bayar yuran untuk short semester pulak RM380, ambil 3 subjek jek pun ish ish. Kalau yuran penuh satu semester RM880 - RM1000. Belum masuk beli buku-buku lagi. Hmmmm

Minyak! Masa tu RM1.92 seliter. Bajet RM100, cukup lah nak ulang alik UTHM dgn umah sewa dan balik kampung.. Itu pon tong-tong dengan member rumah. Bayar sewa rumah untuk dua bulan dan ada bajet lebih pasang sebijik aircond rumah mak ayah.  (Tahun 2008, minyak memecut naik RM2.70, terasa sungguh kesan dia!). Banyaklah puasa sunat, ikat perut sementara nak tunggu abis belajar dan graduate.

SAYA SOKONG HARGA MINYAK DITURUNKAN, SEBAB MINYAK NAIK SEMUA BARANGAN NAIK, darurat betul masa tu.

Dan paling bersyukur sekali, duit kenduri saya betul-betul CUKUP!  Bajet kenduri masa tu dekat RM10k kalau masak beriyani untuk 1000 jemputan. Tukang masak pun kawan ayah, En Md Shah. Member price hehehe. Betapa ramai jemputan yang hadir. Dan bilangan yang datang sungguh luar biasa. Siap ada ramai2 yang naik bas dari kampung sebelah dan Muar. Alhamdulilah.

Habis kenduri ada lah sedikit surplus dalam akaun bajet, nasib baik bukan deficit. Fuh... agak-agak korang tengok dalam akaun bajet tu mesti perasan hanya satu-satunya aset yang saya beli dan simpan sekarang ialah barang kemas huhuhu. Tapi sekurang-kurangnya beli kuda hijau ku ini berbaloi sebab banyak berjasa sebelum majlis kenduri sampai lah ke hari ni.








Dan syukurlah tak perlu sampai berhutang untuk perbelanjaan kenduri kahwin dan pendidikan saya. Dengan gaji separuh masa tu mengajar saya untuk lebih berhati2 mengendalikan kewangan huhu. Dan sampai sekarang pun masih belajar untuk tingkatkan pendidikan kewangan saya dengan lebih baik lagi. Harapan lepas ni boleh tambahkan aset dan lebihkan pendapatan, kurangkan liabiliti serta perbelanjaan. InshaAllah. Amin.

Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...