Sumber gambar dari Google.
Saya penguna tegar kad kredit Maybank. Jangan salah sangka, saya hanya guna for business purpose only. Saya tak gunakan untuk shopping atau berjoli. Andai kata saya gunakan untuk shopping, saya mungkin tak dapat keluarkan cash sebab mesin atm jahanam (hahaha) jadi bila selesai urusan beli barang saya akan terus transfer bayar bil tersebut.
Saya berpegang pada kata2 mentor saya, Dr. Shah Razali jangan gunakan kad kredit untuk pembelian barangan harian atau runcit. Seelok2nya gunakan cash.
Bagaimana saya boleh disiplin mengunakan kad kredit tanpa terbabas? Saya membuat rekod setiap kali pembelian barangan perniagaan saya. Saya akan simpan semua resit, tulis bil dan senarai barang-barang jualan dalam buku lejar. Kemudian saya rekodkan siapa pembeli saya dan jumlah duit yang diterima. Dan dapat duit hasil jualan saya tak kan sesekali gunakan untuk perbelanjaan harian. Hutang tetap hutang, saya akan bayar segera dengan duit pelanggan yang diterima.
Jadi kenapa pilih kad kredit? Sebab pertama, saya dapat kumpul point dan redeem mana2 produk yang saya suka dalam redemption catalogue. Memang bayar cash saya dapat barang. Tapi guna kad kredit, saya dapat barang dan points!! Kemudian tebus mana2 yang anda mahukan untuk Treats Points. Anda boleh jadi penguna bijak jika tahu kelebihan kad kredit dan cara mengunakannya. Dia tak akan jadi liabiliti tetapi bertukar jadi untung kepada anda sebagai pemegang kad kredit.
Hampir 2 tahun rekod pengunaan kad kredit saya cecah RM81K=81000 POINTS. Jadi hujung 2013 sebahagian saya tebus untuk dptkan voucher Tesc, dapat 21 keping. Bolehlah beli susu anak2 dgn percuma nanti!
Dan keduanya, tiada charge tersembunyi. Tiada tax sebab saya ambil pakej terbaik tawaran Maybank. Points terkumpul boleh bertahan selama 3 tahun. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh ke Maybank cawangan terdekat anda. (pss Maybank patut bagi komisyen sebab saya promosi produk dia hehe).
Paling bagus saya dapat clearkan bil sebelum masuk tarikh bil baru. So NO INTEREST! Dapat barang jualan saya akan segera clearkan dan hantar serta kutip duit customer. Angka berlegar dalam kepala. Jumlah masuk, keluar. Jumlah debit dan kredit. Time managment is very,very important to me! Sebab itu saya lebih fokus dan gembira berurusan dengan serious buyer.
Tapi sebenarnya bukan kad kredit sahaja direkodkan, saya dan husband memang akan rekod semua perbelanjaan tunai kami. Setiap kali keluar duit belanja dapur, makan, susu, minyak kereta dan hatta sebungkus roti pun kami akan rekod!! Semua resit akan mintak dan simpan. Setiap malam rutin tulis dlm lejar (siang rekod dlm hp jek) dan cukup bulan kira semua jumlah perbelanjaan dan komitmen. Contoh pengunaan minyak kereta bulan November meningkat 30% berbanding bulan2 sebelum ini maka kami akan tengok balik tarikh2 kami isi minyak. Ke mana perjalanan yang telah kami pergi dan tujuannya. Sebenarnya di situ kita dapat tahu ke arah mana wang pendapatan kita telah dileburkan dan dilaburkan. .
Walau satu sen duitku dan husband akan tetap dihitung :)
Apa2 pun anda boleh pilih yang mana terbaik dan sesuai dengan diri anda. Aturlah kewangan anda dan jadilah penguna yang GENIUS di tahun 2014!! InshaAllah.
SELAMAT MENYAMBUT 2014
AZAM BARU, SEMANGAT BARU
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
ReplyDeleteOo sy pun baru tau baru2 ni dlm majalah online. Thanks. Senang kerja guna expense manager.by the way sorry sy ter'remove content tuan pula.. Maaf
DeleteGuna kad kredit memang kena berdisiplin dan bayar dalam tempohnya. Kalau tak lagi tunggang terbalik kewangan kita.. :)
ReplyDeleteNak tanya, kenapa tak guna kad kredit untuk beli barang runcit ye? Tak bagus ke
saya tak guna CC utk beli barangan harian. Guna hanya utk beli stok barang sbb sy buat bisnes jualan langsung. dan juga utk bayaran barang renovate rumah/ pembelian pukal yg besar melibatkan cash yg banyak. Harap puan faham
DeleteBoleh guna CC beli barang runcit jika displin, cuma sy tak suka hutang dalam pembelian harian rumah terutama bab makanan.
Delete