Showing posts with label financial. Show all posts
Showing posts with label financial. Show all posts

Saturday, March 21, 2015

Redeem lagi Treats Points from Maybank Card

Alhamdulilah, setelah mengunakan kad ini dalam setahun 2 bulan aku dah kumpul hampir 85k points. Last time aku tebus points tahun 2013, ada aku citer kat sini. Time tu aku tebus untuk baucer Tesco. Tapi awal tahun ni aku tukar angin pulak, tebus kepada voucher Aeon Jusco pulak.

Kira2 dalam Rm300 ringgit baucer dapat ditebuskan. 

Lepas apply dalam web dia bulan februari, tak sampai 2 minggu baucer2 pun sampai.....RM20 sebanyak 15 keping..

Time macam ni lah berguna juga baucer untuk beli susu anak2, makanan basah dan makanan kering :)

Total shopping barang RM 308.75. Kira aku kena bayar hanya RM8.75 sahaja. Jadi korang tengok berapa banyak cash aku dapat jimat di situ T_T

Sebenarnya pengunaan kad mestilah disiplin tinggi dan berhemah. Kad aku limit cuma 8k sahaja... Dan jumlah pengunaan setahun lebih (hujung 2013-2014) aku swap cecah 85k! Mak aii.. Tapi rekod CCRIS aku memang bersih. Tiada tunggakan. 

Masa aku pergi kursus montly speending di politeknik, speaker seminar macam tak galakkan aku guna kad kredit bila membeli. Tapi aku hanya katakan yang aku tak guna untuk beli keperluan sendiri, guna untuk bisnes atau konsep OPM. Maksudnya bukan aku bayar tapi orang lain bayar. Yang ni kalu korang gi seminar kewangan inshaAllah korang akan faham. Lagipun ada wujud case seorang graduan dapat selesaikan pinjaman pendidikan 60k dengan masa singkat dengan manipulate pengunaan CC. Faizul Ridzuan pun beli hartanah guna konsep CC. Apa yang penting kita mesti tau kenapa dan tujuan kita pakai kad tersebut ;)

Kabai.....


Tuesday, December 31, 2013

Redeem point kad kredit Maybank

Sumber gambar dari Google.

Saya penguna tegar kad kredit Maybank. Jangan salah sangka, saya hanya guna for business purpose only. Saya tak gunakan untuk shopping atau berjoli. Andai kata saya gunakan untuk shopping, saya mungkin tak dapat keluarkan cash sebab mesin atm jahanam (hahaha) jadi bila selesai urusan beli barang saya akan terus transfer bayar bil tersebut.

Saya berpegang pada kata2 mentor saya, Dr. Shah Razali jangan gunakan kad kredit untuk pembelian barangan harian atau runcit. Seelok2nya gunakan cash.


Bagaimana saya boleh disiplin mengunakan kad kredit tanpa terbabas? Saya membuat rekod setiap kali pembelian barangan perniagaan saya. Saya akan simpan semua resit, tulis bil dan senarai barang-barang jualan dalam buku lejar. Kemudian saya rekodkan siapa pembeli saya dan jumlah duit yang diterima. Dan dapat duit hasil jualan saya tak kan sesekali gunakan untuk perbelanjaan harian. Hutang tetap hutang, saya akan bayar segera dengan duit pelanggan yang diterima.



Jadi kenapa pilih kad kredit? Sebab pertama, saya dapat kumpul point dan redeem mana2 produk yang saya suka dalam redemption catalogue. Memang bayar cash saya dapat barang. Tapi guna kad kredit, saya dapat barang dan points!! Kemudian tebus mana2 yang anda mahukan untuk Treats Points. Anda boleh jadi penguna bijak jika tahu kelebihan kad kredit dan cara mengunakannya. Dia tak akan jadi liabiliti tetapi bertukar jadi untung kepada anda sebagai pemegang kad kredit.


Hampir 2 tahun rekod pengunaan kad kredit saya cecah RM81K=81000 POINTS. Jadi hujung 2013 sebahagian saya tebus untuk dptkan voucher Tesc, dapat 21 keping. Bolehlah beli susu anak2 dgn percuma nanti!

Dan keduanya, tiada charge tersembunyi. Tiada tax sebab saya ambil pakej terbaik tawaran Maybank. Points terkumpul boleh bertahan selama 3 tahun. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh ke Maybank cawangan terdekat anda. (pss Maybank patut bagi komisyen sebab saya promosi produk dia hehe).

Paling bagus saya dapat clearkan bil sebelum masuk tarikh bil baru. So NO INTEREST! Dapat barang jualan saya akan segera clearkan dan hantar serta kutip duit customer. Angka berlegar dalam kepala. Jumlah masuk, keluar. Jumlah debit dan kredit. Time managment is very,very important to me! Sebab itu saya lebih fokus dan gembira berurusan dengan serious buyer.



Tapi sebenarnya bukan kad kredit sahaja direkodkan, saya dan husband memang akan rekod semua perbelanjaan tunai kami. Setiap kali keluar duit belanja dapur, makan, susu, minyak kereta dan hatta sebungkus roti pun kami akan rekod!! Semua resit akan mintak dan simpan. Setiap malam rutin tulis dlm lejar (siang rekod dlm hp jek) dan cukup bulan kira semua jumlah perbelanjaan dan komitmen. Contoh pengunaan minyak kereta bulan November meningkat 30% berbanding bulan2 sebelum ini  maka kami akan tengok balik tarikh2 kami isi minyak. Ke mana perjalanan yang telah kami pergi dan tujuannya. Sebenarnya di situ kita dapat tahu ke arah mana wang pendapatan kita telah dileburkan dan dilaburkan. .


Walau satu sen duitku dan husband akan tetap dihitung :)


Apa2 pun anda boleh pilih yang mana terbaik dan sesuai dengan diri anda. Aturlah kewangan anda dan jadilah penguna yang GENIUS di tahun 2014!! InshaAllah.


SELAMAT MENYAMBUT 2014
AZAM BARU, SEMANGAT BARU





Friday, November 1, 2013

SEMINAR WANG DAN HARTANAH

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Minggu lepas merupakan minggu yang sibuk sebab tiada waktu free masa weekend..... Pagi-pagi dah keluar rumah ke Cyberjaya. Hari Sabtu dan Ahad (26 dan 27 Oktober 2013) saya telah mengikuti Seminar Taiko Rumah Lelong dan Seminar Wang dan Hartanah anjuran sifu Cik Rohaniah Noor dari PropertyWaltz.com.

Tempatnya di CBD Perdana 1, Cyberjaya bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. So hari pertama, Pn Siti Farazilah Ratu Hartanah Lelong (ok ker gelaran ni hehehe) yang bagi speech tentang tatacara dan flow untuk pembelian rumah lelong. Yela jarang golongan wanita terlibat dalam pembelian rumah lelong kan. Kebetulan kakak ipar berminat tentang pembelian rumah lelong jadi saya hasut dia datang sekali hehehe. Jadi Pn Siti berkongsi banyak ilmu dan pengalaman yang beliau lalui untuk pembelian rumah-rumah lelongnya sebelum ini. Blog beliau banyak berkaitan tentang hartanah lelong, boleh lihatlah di sini.





Petang pula giliran En Shafie Bustan- blogger pie2020.com (yang ni Raja Lelong hah) bagi talk tentang hartanah lelong untuk flip. Jadi terpulang pada kita sama ada untuk membeli rumah lelong untuk keep atau flip. Bergantung pada objektif dan profit kita mahukan. Cuma untuk flip kurang best sebab penangan bajet 2014, RPGT meningkat sekali ganda dari 15% ke 30% untuk jualan rumah yang kurang dari 3 tahun. Maak aiii....Banyak juga tu, yang untung pun kerajaan juga hmmm.



Dan paling best sebab kami dapat buku karya terbaru beliau (yang "hot" baru keluar dari oven katakan) untuk dijual selepas seminar. Kata Cik Rohaniah baru jer tiga hari diterbitkan, kira kami adalah orang pertama yang dapat buku dan autograph dari Pie (wah macam retis, glamour gitew hahaha).


Hari kedua, Cik Rohaniah (blogger PropertyWaltz.com) yang jadi speaker untuk Seminar wang dan Hartanah. Di sini penentuan bagi komitmen-komitmen dan pendapatan yang perlu diketahui bagi menentukan jodoh hartanah kita sebenarnya... Apa yang penting, ialah kedudukan kewangan kita- FINANCIAL. Jadi ini juga ditekankan oleh DSR dalam seminar-seminar beliau sebelum ini. Sebut nama DSR, teringat saya masih berhutang untuk hantar personal profile untuk disemak pada staf beliau. Alamak! Huhuhuhu.


Sekarang ni adalah masa saya untuk meningkatkan tangki saya sebelum bermula untuk investment. Bak kata Abang Abu, pastikan tank-tank itu cukup supaya anda boleh melabur dengan selamat dan bijak. Cukup dulu hartanah yang ada buat masa ini, nak pilih pun bukan mudah nak cari kena bersungguh-sungguh tapi yang penting financial kena kukuh. Hehehe.

Tahun depan kalau ada rezeki lebih, dapatlah pulak satu hartanah yang cukup cantik dan cun profit bolehlah beli lagi. Apa-apa pun sekarang plan saya merancakkan lagi side income dan kurangkan komitmen. Lepas ni nak daftar nama syarikat-Enterprise supaya akaun perniagaan side income boleh dikira sebagai income tambahan. Selain itu, saya dan husband akan buang semua pakej Astro yang dilanggan dan ambil yang basic sahaja. Semua tahukan Astro akan naikkan bil pada bulan hadapan. Kami memang tak ambil pakej Beyond, terasa membazir pula sebab memang tak de masa nak tengok TV. Saya cuma cakap pada husband kalau Chelsea menang Liga Perdana English pun ianya tak datangkan keuntungan apa-apa pada kita (tak de effect side income pun kecuali terlibat dalam judi, nauzubillah dijauhkan)

Jadi apa langkah anda untuk tingkatkan income dan kurangkan komitmen?? Nanti boleh kita share sama-sama.

Wasalam....

Wednesday, October 2, 2013

GARAJ WANG ABANG ABU 3.3.3


Teringat masa kecil, sekitar tahun 1991 Mak Dak telah menghadiahkan kami 1 kotak game Monopoly. Dia sekeluarga baru kembali dari UK setelah menetap beberapa tahun di sana. Rasa best dapat kotak berwarna merah tu, yang buatan oversea, cantik dan kemas cuma dia berbahasa 'omputeh'......Ada duit buatan, replika rumah merah (hotel) dan rumah hijau, buah dadu dan papan mainan dia yang memang berkualiti. Yela kami duduk di kampung dan main permainan kampung jadi bila dapat permainan yang diimport macam tu memang rasa teruja sangat.


Bila kami main, kalau tak faham mesti tanya mak dan ayah apa yang dimaksudkan ayat-ayat dalam kad tersebut. Ketika itu saya darjah empat dan abang saya darjah lima. Kadang-kadang kami bermain dengan sepupu-sepupu yang lain. Salah seorang pemain mesti menjadi banker, untuk uruskan duit pembayaran gaji, tax atau penalti yang dikenakan pada setiap pemain.

Main game ni kadang-kadang boleh sampai bergaduh kecil. Terutama bila abang saya jadi banker, dia kadang-kadang amik duit bank untuk jadikan duit sendiri ( kira kes gelapkan duit ler ni). Lagi hebat kalau dia tak jadi banker tapi tangan dia panjang hehe senyap-senyap ambil duit bank masa sepupu jadi banker.


Dan baru-baru ni saya main game tu sekali lagi. Bukan dengan kanak-kanak tetapi dengan semua orang dewasa. Saya pernah tulis perihal saya dan suami ke Seminar Advance Power di bawah kelolaan Dr Azizan. Program itu ada saya ceritakan di sini. Jadi selepas seminar berakhir ada lagi satu perjumpaan untuk adek- beradek Abang Abu di dalam bengkel Garaj Wang selama 1 hari.


Saya pergi sendiri kali ini. Bertempat di PKNS Biz Point Shah Alam, tiket garaj yang ini memang sold out. Tempat penuh!. Dalam garaj wang kita akan bermain game Cash Flow (Rat Race) keluaran dari RICH DAD-Robert Kiyosaki, macam main Monopoly atau Saidina. Cuma game ini lebih berkait dengan 'financial education' kita, lebih hampir kepada realiti hidup yang sebenar..




Dalam game ini, kumpulan kami diberikan kad pekerjaan berserta gaji dan perbelanjaan.  Ada yang dapat kerja doktor, peguam, juruterbang, cikgu dan lain-lain. Saya dapat pekerjaan cleaner-pembersih! Gulp! Aku rasa macam nak tukar kerja je! tapi fikir balik Abang Abu kata orang yang gaji kecil pun boleh jadi kaya, saya sahut cabaran. Yup gaji saya hanya 1000 dollar/month jadi perbelanjaan sangat sedikit jika dibandingkan peserta lain dalam kumpulan kami. Diorang walaupun pekerjaan hebat gaji hebat tapi pebelanjaan pun hebat juga hehe. Jadi misi kami perlu keluar dari 'RAT RACE'. 




Macam biasa bila main mula-mula mesti keadaan tenang dan santai. Tapi bila tiba minit-minit akhir masing-masing tak senang duduk! Semua berdiri sudah tunggu nak baling dadu secepat mungkin hahaha! Akhirnya hanya seorang saja kakak ni berjaya keluar dari Rat Race dan menikmati 'Financial Freedom'! Tapi tak best pulak bila last minute dadu dia baling terkena pula pada perceraian dan kehilangan semua cash! Aduh, nauzubillah. Saya snap gambar mula-mula saja, bila main tak  ingat langsung dah, fokus giler!

Sayang.... sikit lagi saya nak keluar dari Rat Race, tapi ada sebab yang saya nampak akan diri saya. Saya kurang berminat pada perkara yang berisiko. Bila dapat kad offer beli saham dengan harga murah, saya beli kuantiti sedikit huhuhu. Jadi bila saham naik, saya jual dapat untung sedikit. Menyesal tak beli banyak-banyak. Sedangkan itu peluang untuk saya tambah pendaptan portfolio saya.

Rata-rata ahli kumpulan lain pun mengharapkan pada hartanah, jadi nasib kat akak itu memang asyik dapat kad untuk beli banyak hartanah. Saya banyak dapat kad beli saham. Jadi tauke saham, cuma saya tak berapa mahir tentang saham beli sikit jer. Last-last fasilitator Abang Abu (seorang ustazah) tegur, BELI BANYAK2!!! Ish rugi awak beli sikit tu... kemudian dia ajar macamana nak beli jual saham. Oo baru saya faham permainan saham ni. Ruginya tak tahu awal-awal!

Kesimpulan yang saya dapat, kita perlu tahu tentang banyak perkara yang boleh tambah pendapatan sampingan seperti saham, bon dan aset. Terlalu fokus pada hartanah pun kadang-kadang nasib tak kena, jadi macam rakan-rakan yang lain asyik balik dadu pusing-pusing dalam tu juga. Ada pula sampai lupa nak kutip gaji hehe terlalu fokus nak kejar nak tambah income tapi tak tahu kat mana.

Barulah rasa seksa, lemas dan rimas bila terkurung dalam Rat Race. Tapi itulah yang kita lalui dalam kehidupan hari-hari. Asyik-asyik kerja, bayar bil dan perbelanjaan saja. Duit pun harapkan pada gaji, tiada side income atau pasif income. Dan siapa kata cleaner tak mampu jadi jutawan. Bacalah di sini yek, memang ada!

 

So dah habis main, Abang Abu pesan cuba praktik dalam kehidupan sebenar yek. Baru berjalan simulasi tu. Kata fasi, sepatutnya perlu bermain sekurang-kurangnya 5 atau 6 kali, baru game ni dapat simulasi diri kita. Jadi bila kita berada dalam realiti, kita tahu apa yang kita perlu buat dan jadi lebih peka untuk bertindak. That true! saya nampak kekurangan pada diri sendiri dan saya rasa macam tak puas lak main satu kali sahaja hehe. 1 kotak game tu harga RM 500. Boleh beli pada Abang Abu sebab dia dilantik jadi duta Cash Flow Game dari Rich Dad Company. Amacam, berminat tak?? :)

Monday, August 5, 2013

Seminar Advanced Wang Power.

Dulu saya ada ceritakan yang saya pergi ke Seminar Combo Dr Azizan di Shah Alam DI SINI. Saya bukan peminat Dr Azizan, sebelum ni tak terfikir nak ke seminar dia. Cuma yang buat saya tertarik nak pergi sebab adanya slot program untuk speaker Abang Abu, jutawan Singapore yang memang arif bab kewangan atau financial.

Beliau jadi speaker sesi petang dan saya memang mengikuti beliau sejak saya bekerja di Sarawak. Dalam seminar tu, saya tertarik dengan penerangan beliau (anda boleh baca dalam blog saya sebelum ini). Bila dia offer seminar advance berkaitan pengurusan kewangan untuk 7-9 haribulan Jun, saya memang nekad untuk mengambilnya. 

Ada dua jenis pakej yang ditawarkan, Vvip dan Diamond. Untuk VVIP, ianya hanyalah basic sahaja dan berharga RM 997. Seminar 3 hari dan diberikan 'tool'atau peralatan seperti kompas wang, enjin wang dan 'Highway wang'.

Bagi program Diamond bernilai hampir 3k, sama seperti Vvip tapi ada grouping dan personal coaching dari Abang Abu. Ada perjumpaan dengan network Abang Abu yang diadakan di Singapura (memang bagus untuk orang berniaga tambah network atau cari marketing di sana). Kemudian disusuli dengan Garaj Wang, bermain game Cashflow untuk memantapkan ilmu financial.

Saya lebih berminat yang VVIP pakej, dan saya mahu suami ikut serta. Lagipun tak salah kita mencari ilmu untuk memantapkan pengurusan diri. Supaya kami dapat merancang lebih baik kewangan sebelum melangkah lebih jauh dalam perniagaan dan pelaburan. Jadi saya swipe kad kredit jumlah hampir 2k selepas berbincang dengan husband dan isi borang. Pihak RichWorks akan contact kami lokasi seminar Advanced Wang Power tersebut.


Jadi hari yang ditunggu pun tiba, saya dimaklumkan oleh admin Richworks seminar berlangsung di Hotel Federal, Bukit Bintang. Mak aiii....Betul2 terletak di tengah2 KL.

Kami booking Hotel Sungei Wang dalam internat dan mohon cuti selama sehari.
Hari pendaftaran saya datang awal sebab takut sesat hehe, almaklum lah tengah-tengah bandar KL tersasar mana2 jalan.  Bila daftar saya check lebih kurang ada 120 peserta dalam Program AWP ni, yang banyak ambil Diamond pakej. Saya rasa Vvip adalah dalam 4-5 meja bulat.



Jadi bermulalah seminar yang begitu penuh pengisiannya. Haha ada masa kami dikenakan cukup2 oleh Abang Abu. Tapi memang banyak yang kami belajar selama tiga hari tersebut.

Masa ni Abang Abu bagi semua peserta seorang seringgit sebagai modal mula berniaga. Target boleh dapat jana keuntungan rm60 selama tiga hari. Aduii. Ni lah segmen Minda Magnet Rezeki.

Kemudian ada game, kami diberi peluang untuk membuat pelaburan pada mana2 bahagian yang kami suka. Di sini ianya menguji kita untuk melihat sejauh mana kita mengendalikan emosi dan kebijaksanaan dalam membuat sesuatu pelaburan. Pelaburan adalah berisiko jika kita tiada ilmu tentangnya.

Game pelaburan. Berebut2 beratur sebab  kami diberikan maSa 30 minit untuk membuat pelaburan. Saya nak beli property tapi mak aiiii dia punyai beratur punya ler panjaaaaangg. Last2 saya beratur kat kaunter emas dan perak. Husband beratur di kaunter saham. Memang kelam kabut. Moralnya jika kita melabur, bertindaklah secara berkumpulan, elakkan secara individu. Kalau dalam hartanah dipanggil bulk purchase. Dan jangan sesekali dipengaruhi oleh emosi you hehehe.

 
Abang Abu juga mengajar apabila kita menghasilkan duit yang banyak,  pastikan ianya berkat dan tidak membazir . Teknik menjanakan wang, cara mengunakan wang, apa yang dikatakan wang jadi penting, untung, bocor dan sampah. Hah, menarik kan!


Duit rekaan umtuk kami gunakan dalam game pelaburan hehe kami diberikan RM10k untuk 'dileburkan',  kalau duit ni boleh pakai kat luar sana mesti best kan!


Paling best bila last day, sempat ber'posing' ambil gambar. Apa-apa pun memang BEST! BEST! BEST!

Balik dari seminar, terus praktikkan apa yang telah diajar oleh Abang Abu. Yela kalau ilmu yang diajar tidak dipraktik memang jadi tak guna. Dah lah bayar mahal2 lol. Tapi saya akui sejujurnya selepas seminar, rezeki memang bertambah murah, pengurusan kewangan jadi lebih teratur. Fokus menjadi jelas, tidak sekadar main2 sahaja.


Paling penting bila ada pendapatan aktif, pasif dan side income, saya sudah tahu ke mana duit atau wang saya  untuk janakan lagi keuntungan. Bukan menghala bocor atau sampah seperti saya lalui sebelum ini.  Paling syok tak de makan nasi kandar dah selama 3 hari berturut2 lol, pengsan mak!! Tu jela yang ok nak dimakan masa break after seminar huhuhu.


Nasi kandar! Nasi Kandar! Nasi KAndar!




Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...