Monday, October 12, 2015

Hari berkebun!

Sebab jerebu dah makin berkurang maka boleh lah duduk di luar untuk berkebun, kalau tak sepanjang 2 minggu lepas asyik berkurung sahaja walaupun cuti.  Pokok2 yang ditanam dalam pasu dah tak boleh nak membesar sebab saiz pasu kecik je. jadi kena tukar pasu atau tanam dalam tanah terus...

Husband korek pokok dalam pasu. 

Pasu yang dah korek, pokoknya kami tanam depan rumah jer... Nak cabut pokok dari pasu pon, mashaAllah memang ler payah. Aku mampu tengok dan amik gambar jer hehehe. 

Umar ni memang suka aktiviti tanam pokok. kalau kakak dia Qaireen lebih suka duduk dalam rumah sahaja. Tak nak berjemur tengah panas..

Pokok besar yang dah tanam depan rumah...

Ada 4 anak pokok, jadi husband gigih cangkul gali lubang tanam semua pokok depan rumah. Cangkul pun dah uzur, goyang nak tercabut...
Tanam depan rumah, boleh jadi trademark rumah nanti bahaha. 

Poko kemboja ni nak membesar lagi, abis pasu dia dah merekah sebab akar dah penuh. 

 Umar kena kerah tenaga angkat tanah baja bahaha. 

Kalau tak larat angkat, seret sahaja beg tanah tu" jerit aku :))) Aku pun tak larat nak angkut. 


Kerja aku dah tanam anak2 pokok, tabur baja tahi ayam. Lepas tu cabut rumput2 liar. Itupun tak larat duk tertonggeng2 lama2. Pinggang dah lenguh sebab perut dah besar T_T


Pokok paling mudah nak tanam dan hidup. Tapi bunga dia kembang waktu pagi jeeerr..


Antara anak2 pokok yang dah semai. Nanti dah besar sikit alih tempat pulak, tanam dalam tanah lagi senang. Tak payah nak siram2 kalau tinggal lama. Semua buat sendiri, takde upah2 orang. Rumput pun kami bela dan jaga. Potong sendiri. Jimat kan...


Budak gigih tolong ayah dia tanam pokok!! 

No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...