Wednesday, October 28, 2015

Selamat bersalin....

Ikutkan due date aku bersalin 18hb Oktober 2015. Tapi tunggu2 tak de tanda pape pun. Jadi 19 hb aku di mana hehehe. Masih bekerejo lagi kita yop...


Yup, masih kerja macam biasa T_T
Cuaca masih jerebu, IPU bacaan 120-150 di PD

Masih dapat minum air sirap lagi....


Dan masih boleh menikmati nasi goreng kampung lagi di Telok Kemang T_T

Tapi part ni ni paling boring. Husband gelakkan aku je muka terpaksa check di klink setiap hari! Disebabkan dan overdue maka kena check up setiap hari selama 6 hari jika belum bersalin. Adoi bosannyer..

Tapi hari Selasa 20hb, kebetulan pagi tu kat office aku tetiba sakit pinggang. Kejap2 sakit kejap2 hilang tak konsisten. Bila petang check up di klinik, misi syak aku dah dekat nk bersalin sbb tengok muka aku berpeluh2 dan perut aku asyik mengeras. Terus suruh aku pergi hospital. Dengan berat hati aku pun pergilah ke Hospital Tunku Jaafar (HTJ). Aku tak rasa nk bersalin lagi sbb yelah anak dah nk ketiga kita tau sakit bersalin tu macamana.

Jadi masuk HTJ, terus check bp, pengerakan, jantung baby. Check pintu baru 1cm, jadi aku request utk balik rumah. Tak perlu admit wad lg. Bagi aku baik terus bersalin dari ditahan bermalam di wad. Doktor kena bincang dengan dengan pakar dulu baru bagi balik. Bila scan check air ketuban, keadaan baby akhirnya diorg setuju bagi balik. Fuh.. lega..

Besoknya 21hb aku cuti, malas nk gi office. Klinik pun aku tak pergi hehe. Sebab dah penat menunggu dan check up kat HTJ. Jadi ke mana ye? Hah pagi tu selepas sarap pergi Pasar Besar Serembanlah. Cari ketam lagi hehehe nk masak lemak cili padi. Paling terkejut bila ada seekor ikan haruan dalam kotak tu melompat keluar depan aku. Nasib baik tak terpijak!

22hb. Pagi dalam pukul 5 pagi terjaga sebab perut asyik memulas. Maka kerap lah aku ke toilet, buang air sampailah ke subuh. Selepas sembahyang subuh, aku pun baringlah sebelum siap pergi kerja macam biasa. Anak2 tidur lagi sebab sekolah tutup kerana jerebu. Jam 7 pg, selang 5 minit, contraction mula datang! Hah ni baru betul rasa nk bersalin, bagi tau husband. Tak jadi pergi kerja. Kejutkan anak2 mandi dan siap2 ke HTJ. Bagitau mak kat Johor yang aku dah nak masuk spital.

Dalam kereta aku dah mula rasa sakit. Mujur ada bekalan kurma. Dapat makan 3,4 biji sebab tak sempat sarapan atau nak makan apa2. Sela masa contraction konsisten. 8.17 am, 8.22 am, 8.27am, 8.32am.... sah sakit dah nak bersalin... paling best sampai ke pintu depan wad bersalin, contraction datang dan aku tak boleh bangun keluar dari kereta huhuhu. Kena papah naik wheel chair pulak. 


Sampai dewan bersalin bersalin buat check up dalam bilik dia. Dah bukak 3cm. Jadi doktor suruh masuk wad dulu. Aku pun dibawa ke wad untuk tunggu tapi malangnya katil penuh. Jadi diorg suruh baring dalam bilik checkup semntara tunggu katil kosong. Sambil2 nurse isikan borang dan beri penerangan tgk2 aku dah mengeliat2 tahan sakit. "Emh macam dah dekat je.. macam nak bersalin je..." aku just senyum dan angguk2 kepala. Jadi terus nurse mintak aku tukar baju dan panggil MO. Check dah bukak 6cm.

Terus kelam kabut. Baru je 15 minit naik ke wad. "Jangan teran dulu, tahan dulu yek.." pesan doktor. Ya aku bertahan, tak kan nk bersalin dalam wad. Patut diorang tak payah antar masuk wad ni, terus je masuk labour room, bebel doktor. Jadi nurse2 pun berlari menolak troli aku turun ke bawah semula. Paling lucu, nurse di bawah suruh husband dan anak2 naik atas antar bakul baju tapi kat wad atas nurse kata aku dah turun bawah untuk bersalin. Confuse husband T_T

Sampai labour room, sakit makin kerap. Bila dah sedia semua peralatan, doc pecahkan air ketuban. Sakit makin menjadi2. Nurse siap ajar mcm mana nak control pernafasan dan meneran. Bila dah betul2 ready kita boleh mula push, pesan nurse. Ok nurse, saya dah ready! Memang dah rasa nak beranak sangat!!

Aku berbekalkan tenaga hanya makan kurma tu dpt ler nk push dalam 3 kali, akhirnya selamat lahir anak lelaki. Baby sado, nurse cakap T_T. Berat 3.43 kg. Lahir secara normal. Berlumuran dgn warna coklat huhuhu baby rupanya dah berak sebelum keluar. Oklah masuk HTJ jam 9 pagi, pukul 11 pagi selamat bersalin.... takdelah tunggu lama sangat. 


Assalamualaikum dunia, 
Baby boy. 3 hours after delivery.

Tidur, Baru lepas penat menangis...


Dah kena start berpantang dah T_T

Bila pukul 1 petang baru dapat masuk wad sebab katil dah ada kosong... rupanya wad penuh sebab bnyak ibu2 kena induce. Masalah kesihatan spt darah tinggi dan diabetes. Jadi kena tunggu 2,3 hari nak bersalin..  Kat wad, bila aku dah buang air kecil dan berjalan kira oklah, kena tunggu baby berak dan kencing. Petang tu doktor round tanya baby dah berak kencing? Kalau dah boleh balik malam ni. Aik cepatnyer. Memang wad dah penuh, jadi siapa dah ok boleh discharge awal. Pukul 8.30mlm, husband dtg untuk uruskan discharge wad.

 Settle semua, Alhamdulilah boleh balik lah ke rumah kami. Mak ayah dah sampai petang tu dari johor, jadi Qaireen dan Umar tunggu di rumah. Syukur sangat2, sebelum bersalin aku sentiasa berdoa dipermudahkan proses bersalin. Jangan kena induce atau emergency operation. Kira masuk kul 9 pagi dan discharge 9mlm pun dah cukup ok. Tak payah husband berulang alik ke hospital bnyak kali. :)))




No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...