Aku kira2 adalah dalam 2 minggu lagi dah dekat due date. Husband pun dah tegur pagi tadi perut aku dah ke bawah. Macam dah dekat. Every night aku dah mula rasa contraction pon, sakit perut kadang2 mengeras tapi tak menentu sela masa. Sebab kalau contraction betul2 nak beranak sela masa kita kira akan sama macam 10 minit atau 5 minit selang masa rasa sakit. Ini asyik2 sakit... tapi setengah jam kemudian tak da rasa pulak hehehe. Kalau pergi hospital tak pasal2 nurse suruh balik rumah semula T_T.
Bila asyik duk fikirkan nak bersalin, aku pun kadang2 termimpi2 aku dah bersalin!! Bila terjaga tidur cepat2 pegang perut kot2 dah terberanak ke apa T_T. Kiranya sekarang ni tidur memang tak lena, kejap2 terjaga huhuhu. Salah satu sebab juga aku asyik memikirkan kerja2 kat opis ni yang perlu disiapkan.
Alhamdulilah kebanyakkan kelas aku dah diabiskan dengan sempurna cuma ada beberapa penilaian lagi belum disemak dan ujian belum dibuat. Sebab kena selaras dan tunggu pensyarah2 lain abiskan silibus mereka dahulu. Buat masa ni aku pulun marking assignment2 pelajar kelas Cad Cam dan Termodinamik. Subjek LK dah settle awal2 sebab aku memang nak amik kelas dari minggu pertama hingga minggu ke 10. Lepas tu aku serah markah dan kedatangan pelajar pada pensyarah kedua untuk diteruskan sampai final exam.
Senang citer, aku tak nak susahkan sesiapa pun. Tak mahu bagi kerja bertangguh2 kepada rakan2 pensyarah lain. Biarlah kerja aku disiapkan dan disempurnakan sebelum aku bercuti panjang. Diorang pun ada komitmen kelas2 lain. Lagipun nanti tak best bila attitude atau prestasi kita jadi rekod buruk, orang akan cerita2 di belakang kita. Kerja tak siap on time, tapi nak cuti atau sibuk buat perkara lain sahaja. Dan aku sedari ini adalah jawatan hakiki aku yang aku perlu jaga tanggungjawab dan amanahnya :)
Office mate aku, Kak Ina dah selamat bersalin minggu lepas. Dah bercuti panjang dah...
Aku menumpang bilik ni sejak bulan Jun lepas sebab dah tak larat nak panjat tangga ke opis aku kat tingkat tiga.
Alhamdulilah kebanyakkan kelas aku dah diabiskan dengan sempurna cuma ada beberapa penilaian lagi belum disemak dan ujian belum dibuat. Sebab kena selaras dan tunggu pensyarah2 lain abiskan silibus mereka dahulu. Buat masa ni aku pulun marking assignment2 pelajar kelas Cad Cam dan Termodinamik. Subjek LK dah settle awal2 sebab aku memang nak amik kelas dari minggu pertama hingga minggu ke 10. Lepas tu aku serah markah dan kedatangan pelajar pada pensyarah kedua untuk diteruskan sampai final exam.
Senang citer, aku tak nak susahkan sesiapa pun. Tak mahu bagi kerja bertangguh2 kepada rakan2 pensyarah lain. Biarlah kerja aku disiapkan dan disempurnakan sebelum aku bercuti panjang. Diorang pun ada komitmen kelas2 lain. Lagipun nanti tak best bila attitude atau prestasi kita jadi rekod buruk, orang akan cerita2 di belakang kita. Kerja tak siap on time, tapi nak cuti atau sibuk buat perkara lain sahaja. Dan aku sedari ini adalah jawatan hakiki aku yang aku perlu jaga tanggungjawab dan amanahnya :)
Naik lenguh nak marking semua paper pernilaian.
Semalam pun masih ada lagi berbaki pelajar menghantar tugasan2 yang lain... adoiii.
Hopefully semoga segala urusan aku dipermudahkan semuanya. Sekarang musim jerebu, jadi kena jaga kesihatan betul2. Jadi aku dan keluarga kena duduk dalam rumah sahaja sepanjang 3 minggu ni...
No comments:
Post a Comment