Wednesday, January 6, 2016

Jejalan tengok rumah di Suriaman, BSS

Kebetulan lepas check susulan Ilhan 2 bulan di klinik Sendayan, kami lalu di hadapan showhouse Suriaman. Anak2 memang suka pusing2 tengok showhouse hahaha sama je ngan aku! Saja2.. Nak tengok2 deco rumah tu. Amik feeling org kata orang hahaha. Ada 2 bijik rumah jadi 2 stylo design untuk cuci mata. Rumah teres 2 tingkat super link. 22x 80 keluasannya. Price RM500k++

Dari depan...

Buka2 je pintu, terus nmpak ruang rehat dan makan. Gambar ni amik dari pintu depan.

Wah ruang makan ala2 Inggeris style

Kita bersantai dulu yek :p

Dapur dia, luas dan simple. Nampak kemas kan..

Bedroom 2.
Amik ilham bilik tidur ni. Boleh cari idea untuk setup bilik anak2 bujang. Tapi tak perlu semewah ni. Nak intai macaman diorg susun perabot dalam bilik. 

Aku perasan tangga dia memang luas. Lapang nak naik ke atas beramai2 

Bilik stor ni diorg bukak jadikan ruang santai. Dahsyat interior designer Matrix ni. Macam2 diorg reka dan bikin. Tu yg suka tgk showhouse BSS. Beli rumah tu takde lah.. lagiler nak deco2 mewah macam ni eiii...

Laman dia luas untuk lot tepi. 

Ruang rehat di atas pun luas, Umar boleh berlari2 gitew.. kalau rumah unit intermediate pun luas juga.

Bedroom 1. Wadrobe dan study table build in sekali. Nmpak kemas dan organised. Idea2!
Master bedroom dia.. 


Kalau ikutkan range harga untuk buat ID ni mau abis dekat 200k... itu yg aku tengok dan dengar kat rumah2 jiran. Jujurnya kalau umah aku sendiri pun takde pon deco2 camni hahaha. Semuanya basic sahaja, kerusi meja sofa pun dari awal kahwin kami beli di Sarawak pakailah sampailah sekarang. Selagi boleh tahan, pakailahler sampai lunyai :))).



No comments:

Post a Comment

Ramadhan 1445 Tahun 2024