Kalau ikutkan hari cuti kebanyakkan masa kami dihabiskan di rumah sahaja. Terutama husband, sentiasa jaga rumput2 yang hidup di laman rumah kami. Terus terang aku bagitau, rumput yang ada adalah rumput yang ditanam oleh pemaju sebelum kami pindah. Jenis 'cow grass'. Takde lah kami nak beli atau upah orang tanam rumput baru. Rumput yang ada nilah kami jaga sebaik2nya.
Potong rumput dah panjang...
Mula2 lepas pindah setiap petang aku dan husband cabut pokok kemuncup kat laman ni, sambil2 tu kutip paku2 karat yang bertaburan. Banyak juga!! Segengam kami dapat, ni paku dari Ah Kong punya pekerja lah masa diorang buat renovation sebelum kami masuk dulu, ceh. Lepas tu kami ratakan tanah sebab rasa berbonggol2. Lepas tu tabur baja bila hari hujan. tapi kalu hujan lebat, baja berkumpul pulak dalam lopak air T_T
Pokok bunga yang popular sekarang, senang betul nak tanam. Kerat batang dan cucuk atas tanah.
Baru je kemaskan bahagian ni minggu lepas. Pokok orkid tu mak aku bagi dari Batu Pahat. Bagus orkid ni, bunga dia boleh bertahan 3 minggu..
Kat depan ni banyak pokok hiasan yang beli kat pasar tani. Kami takdelah nak upah consultant nak tanam buat taman bagai. Cuma jaga je apa yang ada supaya tidak semak dan senang mata memandang. Dah nak rumah bertanah sangat kan, jadi pandai2 ler jaga jangan jadi 'semak'un
Kat bahagian belakang, ada sikit pokok buah macam delima dan mangga. Pokok serai dan pokok kari pun ada. Kalau tanam sayur memng tak hidup sebab tanah tak sesuai. Kena ada kotak untuk tanam sayur, tapi sampai sekarang tak cari2 kotak tu miahahaha.
Budak2 ni macam biasa, kalau pagi tak sekolah sibuk nak main basikal kat luar.. hmmm itulah citer serba sedikit pasal laman rumah kami yang tak seberapa ni. Sekian...kbai
Cantik laman anda !
ReplyDelete