Friday, November 11, 2016

Buat Marketing Online Tupperware Lover Shop Di FaceBook

Kalau diikutkan aku dah mula berkecimpung dalam business Direct selling a.k.aTupperware ni tahun 2012 lagi. Hampir lima tahun jugalah aku 'setia' buat business part time tu. Hampir 80% aku buat secara offline dan selebihya melalui online iaitu melalui blog Tupperware Lover Shop.




Disebabkan kekangan masa kerana bekerja sepenuh masa,  perniagaan aku ni ada naik kejap2 turun kejap2 naik kejap turun eh... eh... berapa banyak dah naik turun daaa T_T . Tapi alhamdulilah masih lagi maintain.
Sistem TW BIZ NET untuk consultant memantau sales mereka. Mak aii drop jadi RM30k sahaja tahun ni hmmmm. 

Jadi aku kaji balik sepanjang tahun 2016 ni sales aku hanya sebanyak RM30k sahaja. Memang jatuh sungguh sebab selalunya sentiasa melebihi RM50k. Dan sudah hampir empat kali aku drop sales. Hahaha memang aku terleka kejap, tak amik kisah pasal business part time ni padahal Tupperware ni yang banyak membantu otak aku menjadi entrepreneur sebenarnya ewaah...(jangan muntah ye)

Dan nak dijadikan cerita, walaupun aku staf Jabatan Kejuruteraan tetapi aku dipertanggungjawabkan untuk mengajar subjek Keusahawanan (Entrepreneurship) khusus untuk pelajar2 semester akhir T_T. Ianya bermula tahun 2014 lagi disebabkan pensyarah Perdagangan tidak cukup nak cover mengajar subjek ni. . Kejap mengajar kejap tidak. Hmmm... jadi bila kau dah kena mengajar kelas Entrepreneurship sudah tentu ko kena tau serba banyak pasal marketing online kan, ada dalam silibus!! (lari ke tepi bucu katil dan nangis T_T). Nanti orang kata cakap tak serupa bikin. Kemain ajar pung pang pung pang dalam kelas, tapi kita tak buat pon kik kik kik!!

Sekarang musim exam poli dah abis, jadi aku mahu memantapkan lagi Tupperware sendu aku ni melalui online supaya naik kepada 50%. Kalau boleh tingkatkan jadi 60% -100% ker ahahaha. Ini disebabkan aku dah tak cukup masa nak keluar sana sini amik stok, hadir assembly di Klang Branch dan buat party tupperware lagipun Ilhan masih kecil lagi. Jalan pun tak pandai lagi..

Jadi aku pun amik inisitif mula buat page di facebook sebagai Page Tupperware Lover Shop. Boleh klik kat gambar bawah ni untuk melihat page fb Tupperware aku.


Page FB ' Tupperware Lover Shop". 

Bak kata Irfan Khairi, kalau nak betul2 banyakkan sales dalam online marketing, kita kena banyakkan askar2 kita untuk bekerja keras. Askar ni dia maksudkan ialah segala tool/ alatan sosial media yang boleh digerakkan untuk memasarkan produk kita seperti contohnya Facebook, blog, website atau instagram.

Setakat ni Alhamdulilah, ada respon tapi dari segi pembelian masih suam2 kuku, hanya banyak PM Pm Pm tapi tak beberapa closed sales. Adatlah berniaga online memang macam tu makan dia. Jadi kiraan Cost per Sales (CPS) tak beberapa mantap lagi.

Walaupun ada juga aku amik booster bayaran FB Advert hanya RM4 sehari (tu pun aku amik sehari jer tau!!) saja2 nak cuba test market kan. Jadi kena tambah usaha lagi. Kena mantapkan ilmu lagi. Dan aku nak jadikan business part time yg sendu ni sebagai Kajian Kes untuk Subjek Entrepreneurship bila aku kena ajar lagi next semester. Baru betul gila kuasa namanya kan kan kan!!

Ini buku setahun beli tapi tak baca lagi pun..... 

Buku Irfan Khairi - Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar pun aku masih tak dapat bongkar2 lagi ahahaha. Padahal buku tu dah setahun lebih aku beli masa cuti bersalin tapi tak terbaca2, Anak pun dah masuk umur setahun dah...teruknya ceh!!  Di mana ler masa aku nak curi baca dek noiii T_T. Adios!!

Please SUPPORT PAGE FB Tupperware Lover Shop yek!! Chaiyok! Chaiyok!!


No comments:

Post a Comment

Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...