Showing posts with label BLOGGER. Show all posts
Showing posts with label BLOGGER. Show all posts

Friday, November 11, 2016

Buat Marketing Online Tupperware Lover Shop Di FaceBook

Kalau diikutkan aku dah mula berkecimpung dalam business Direct selling a.k.aTupperware ni tahun 2012 lagi. Hampir lima tahun jugalah aku 'setia' buat business part time tu. Hampir 80% aku buat secara offline dan selebihya melalui online iaitu melalui blog Tupperware Lover Shop.




Disebabkan kekangan masa kerana bekerja sepenuh masa,  perniagaan aku ni ada naik kejap2 turun kejap2 naik kejap turun eh... eh... berapa banyak dah naik turun daaa T_T . Tapi alhamdulilah masih lagi maintain.
Sistem TW BIZ NET untuk consultant memantau sales mereka. Mak aii drop jadi RM30k sahaja tahun ni hmmmm. 

Jadi aku kaji balik sepanjang tahun 2016 ni sales aku hanya sebanyak RM30k sahaja. Memang jatuh sungguh sebab selalunya sentiasa melebihi RM50k. Dan sudah hampir empat kali aku drop sales. Hahaha memang aku terleka kejap, tak amik kisah pasal business part time ni padahal Tupperware ni yang banyak membantu otak aku menjadi entrepreneur sebenarnya ewaah...(jangan muntah ye)

Dan nak dijadikan cerita, walaupun aku staf Jabatan Kejuruteraan tetapi aku dipertanggungjawabkan untuk mengajar subjek Keusahawanan (Entrepreneurship) khusus untuk pelajar2 semester akhir T_T. Ianya bermula tahun 2014 lagi disebabkan pensyarah Perdagangan tidak cukup nak cover mengajar subjek ni. . Kejap mengajar kejap tidak. Hmmm... jadi bila kau dah kena mengajar kelas Entrepreneurship sudah tentu ko kena tau serba banyak pasal marketing online kan, ada dalam silibus!! (lari ke tepi bucu katil dan nangis T_T). Nanti orang kata cakap tak serupa bikin. Kemain ajar pung pang pung pang dalam kelas, tapi kita tak buat pon kik kik kik!!

Sekarang musim exam poli dah abis, jadi aku mahu memantapkan lagi Tupperware sendu aku ni melalui online supaya naik kepada 50%. Kalau boleh tingkatkan jadi 60% -100% ker ahahaha. Ini disebabkan aku dah tak cukup masa nak keluar sana sini amik stok, hadir assembly di Klang Branch dan buat party tupperware lagipun Ilhan masih kecil lagi. Jalan pun tak pandai lagi..

Jadi aku pun amik inisitif mula buat page di facebook sebagai Page Tupperware Lover Shop. Boleh klik kat gambar bawah ni untuk melihat page fb Tupperware aku.


Page FB ' Tupperware Lover Shop". 

Bak kata Irfan Khairi, kalau nak betul2 banyakkan sales dalam online marketing, kita kena banyakkan askar2 kita untuk bekerja keras. Askar ni dia maksudkan ialah segala tool/ alatan sosial media yang boleh digerakkan untuk memasarkan produk kita seperti contohnya Facebook, blog, website atau instagram.

Setakat ni Alhamdulilah, ada respon tapi dari segi pembelian masih suam2 kuku, hanya banyak PM Pm Pm tapi tak beberapa closed sales. Adatlah berniaga online memang macam tu makan dia. Jadi kiraan Cost per Sales (CPS) tak beberapa mantap lagi.

Walaupun ada juga aku amik booster bayaran FB Advert hanya RM4 sehari (tu pun aku amik sehari jer tau!!) saja2 nak cuba test market kan. Jadi kena tambah usaha lagi. Kena mantapkan ilmu lagi. Dan aku nak jadikan business part time yg sendu ni sebagai Kajian Kes untuk Subjek Entrepreneurship bila aku kena ajar lagi next semester. Baru betul gila kuasa namanya kan kan kan!!

Ini buku setahun beli tapi tak baca lagi pun..... 

Buku Irfan Khairi - Rahsia Jutawan-jutawan Internet Terbongkar pun aku masih tak dapat bongkar2 lagi ahahaha. Padahal buku tu dah setahun lebih aku beli masa cuti bersalin tapi tak terbaca2, Anak pun dah masuk umur setahun dah...teruknya ceh!!  Di mana ler masa aku nak curi baca dek noiii T_T. Adios!!

Please SUPPORT PAGE FB Tupperware Lover Shop yek!! Chaiyok! Chaiyok!!


Tuesday, April 29, 2014

Murahnya rezeki!!

Tak sangka tak sampai dalam seminggu aku dah jual 8 set BVSM aka Bio Velocity Sleep Mate. Laju juga, dan jualan bulan ni dah cecah 11 k. Alhamdulilah, InshaAllah nampaknya boleh capai sasaran untuk tahun ni jadikan husband sebagai Sales Manager (SM). Amin...


Rasa bersyukur sebab jualan2 datang daripada kenalan dan blog. Terima kasih banyak2 kerana menyokong blog aku yang tak seberapa ni. Tapi perniagaan online ni mampu memberikan pendapatan sampingan di samping kerja makan gaji. Aku tetap berpegang teguh pada kerja dan amanah aku selain sekadar mencari sesuap nasi tambahan untuk masa depan keluarga.

Terima kasih banyak2 kepada pelanggan aku yang telah menyokong usuha perniagaan sampingan ni.  Tapi aku berterima kasih banyak2, bersyukur banyak2 kepada Allah kerana membuka pintu rezeki seluas-luasnya. Bila ada orang bertanyakan bagaimana, mestilah jawapannya dengan ILMU dan USAHA. Usaha dan usaha dan usaha. Jangan berputus asa.

Aliran harta umpama air yang mengalir. Selagi air mengalir, selagi itulah ianya bersih dan jernih. Jika ia bertakung, maka ia akan kotor dan berkeladak.


Selain itu, aku ingin tekankan sebagai seorang muslim, zakat dan sedekah jangan sesekali dilupakan. InshaAllah sebanyak mana anda keluarkan, ianya akan datang semula ganjarannya berlipat ganda. Tidak kira di dunia dan akhirat.






Friday, January 10, 2014

PROMOSI BLOG TUPPERWARE KU :)

Saya ada buat blog khas untuk Tupperware. Saya merupakan dealer produk Tupperware Brands sejak saya berkhidmat di Kuching, Sarawak lagi. Sehinggalah saya berpindah balik ke semenanjung. Tupperware adalah perniagaan direct selling pertama saya lakukan secara online dan offline. Dan saya di bawah naungan Mega Ace BC.


My blog :)


Kalau berniaga kita mesti buat apa yang kita suka. Ya, saya memang sukakan Tupperware sebab kualiti, kegunaannya dan sudah tentu warna dia yang ceria :p.


Di blog ini saya akan upload katalog dan flyers setiap kali kempen baru Tupperware Brands Malaysia keluar. Dan jika you all berminat nak beli pakej Tupperware atau nak join jadi ahli atau dealer boleh klik ke blog saya tupperwareallmalaysia.blogspot.com atau you all boleh klik di bahagian sebelah kiri blog saya ini.

Dalam blog ini juga saya akan berkongsi produk2 yang saya gunakan dan cara pengunaannya seperti NaturCare dan Nutrimetics.

Banner untuk blog Tupperware saya- Tupperware Lover Shop. 



Katalog Pertama bagi Kempen 1/2014



 Jom berkunjung ke blog saya dan sudi-sudikan lah untuk membeli produk Tupperware Brands di situ yek :)


HASNY
012 7597929

Monday, January 21, 2013

Pinjam buku....

Hari ni pas sarapan tetiba teringin nk gi library politeknik ni. Dah dekat setahun kerja kt PPD tak pernah masuk dlm tempat tu  hehehe.
 
Niat hati nk cari buku rujukan CadCam since aku dah kena jadi penyelaras modul kod ni kat jabatan. So kena refresh balik apa yg dah belajar ms degree.
 
Tapi bila masuk, laaaa byk tu je ker  bukunya.
Pastu buku semua tak update langsung, sabor jela. Ingat sebelum masuk berangan2 lah dpt buku2 mcm kt UTHM. Hampeh sungguh!
 
 
Tapi tgh belek2 dapat 1 buku ni. Hm oklah lah jugak tajuk buku dgn diri ku ini keh keh. At least adalah hasil pinjaman bila dah masuk library. Bole belek2 tmbah ilmu.
 
 
Nmpak gaya aku kena beli ler buku Cad Cam kt website huhuhu.
 
 

Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...