Showing posts with label laksa johor. Show all posts
Showing posts with label laksa johor. Show all posts

Monday, April 10, 2017

Sedap Laksa JDT adalah bersebab

Aku ingat lagi Chef Wan pernah membebel masa dia masak laksa Johor dalam program masakan dia. "Banyak benor ingredients laksa johor ni puan2 sekalian. Ada bawang merah, putih, halia, kerisik, lengkuas, serai, ikan kering kurau, udang kering, rempah kari, lada kering, bunga kantan dan bla bla..."

"Sebab tu ler laksa ni rasa sedap sebab banyak sangat ingrediants dia, kalau tak sedap jugak tak tau lah kata apa hah" bebelan chef pujaan 1 Malaysia ni. 


 Dan aku akui memasak laksa johor lagi renyah giler kalau nak bandingkan masak laksa utara atau laksa asam. Sebab tu aku jarang jumpa gerai jual laksa johor kalau banding laksa asam T_T. 

Kalau teringin nak makan aku kena masaklah sendiri. Tak kan nak balik Johor baru nak merasa. Kat Johor belum tentu kau jumpa gerai jual laksa JDT ni. Sebab sama aku katakan tadi. Renyah beb nak buat laksa ni huhuhu. 

 Air rebusan ikan campur asam keping. Rebus nak bgi isi dan tulang lembut. 

Kemudian sesi nak buang tulang dari isi. Ini tugas husband sebab dia memang tak suka kalau makan ada tulang tersangkut. Takut tercekik. Serik nak makan nanti.





Cara aku, aku memang blender, kisar asing-asing dan letakkan dalam bekas yang berlainan. 
Tak bercampur sekali. 

Resepi Laksa Johor
Sepeket spaggeti
1 kg ikan tengiri jenis bunga (ikan kegemaran )- kalau ikan parang, kembung atau sardin pun boleh. 
500g rempah kari ikan
60g cili kering kisar
500ml santan pekat
750ml air 
125 ml minyak masak
30g kerisik
Garam cukup rasa
Serbuk perasa 

Bahan Kisar (rujuk gambar di atas)
5 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
5 biji bawang besar

Bahan untuk Ulam 
Timun
Tauge
Daun kesum/ daun selasih
kacang panjang
Limau Kasturi
Lobak Masin

Bahan untuk sambal belacan
125gm cili kering (rebus) 
1/2 inci belacan bakar
(Tumbuk cili bersama belacan sehingga lumat)

Cara masakan
  1. Panaskan periuk dan masukkan minyak. Setelah minyak panas tumiskan bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kari ikan selama 1 minit . Masukkan sedikit air dan tumis dalam lima minit.
  3. Masukkan pula cili kisar. Kacau rata dan tumis sehingga terbit minyak.
  4. Masukkan isi ikan telah dikisar, kacau rata.
  5. Masukkan air dan santan .
  6. Apabila mendidih masukkan udang kering dan kerisik. kacau dan masak selama beberapa minit. 
  7. Tutup api
  8. Hidangkan bersama spaggeti dan ulam-ulaman. 

Semua bahan2 ini akan dicincang, dikisar halus dan ditumis. Dan dicampurkan pulak dengan santan dan kerisik. Itu bab kuah sahaja. Nak makan laksa kena ada ulam2 dia pulak, hirisan timun, daun selasih/kesum serta bawang, perahan limau kasturi, lobak asin dan disimbahi dengan sambal belacan...

Serumitnya laksa ni dibuat,  bermakna sesedap juga bila kau makan nanti. Itulah orang panggil NIKMAT apabila makan... 

Sunday, February 26, 2017

Aktiviti masak hujung minggu

Hari Jumaat, sebab petang dah kenyang melantak laksa JDT di majlis jamuan persaraan pengarah, malam tu aku masak sempoi jer. Spageti oleo cfoooooood.............. 

Spageti oleo cfood. Anak tak makan pedas, jadi pinggan sendiri sprinkle dengan serbuk cili, meletopssss!! 

Malam Sabtu, tengok peti ais ada lebihan mentega, coklat bar masakan dan tepung maka tertiba seru nak baking datang. Nak kena cari cream cheese dan blueberry filling kat kedai bakery besok pagi ni. Dan malam tu lepas isyak aku pun buatlah blueberry dan chocolate cheese tart. Ish bukan senang mood baking ni nak datang tau!!

Anak2 yang excited tengok ibu dia keluarkan mixer nak adunkan tepung. 

Cepatlah ibu, kami nak tolong hahaha.. Aku cakap besok baru buat sebab nak sejukkan aduanan tepung tu dulu. Diorang pun masuk tidur awal. Cadang nak buat pagi besok tapi Ilhan pulak tak beberapa sihat jadi aku pun buat terus jelah malam tu!!

Pikul 1 pagi siap, amik ko!! Nasib baik husband tolong sekali keh keh keh kacau dia nak tengok tv jer...

Blueberry tart siap dimakan!!

 Kemudian bangun pagi, nak sarapan aku pulak buat laksa johor. Aikk kan dah makan hari Jumaat lepas?? OO ada orang tu tak sempat raso, nak makan kuah dia abis dalam jamuan tu... Kesian kat husband kempunan nak makan. So, apalagi masaklah ko.... heh heh heh lagipun stok ikan kembung ada. Boleh ler buat kan...


Semua ingredient dia (daun kesum, bunga kantan) aku campak masuk dalam kuah terus. Jadi tinggal nak tabur bawang, timun dan limau jer. Termasuk ler sambal belacan... 

 Tu dia laksa JDT siap!!


Amboiiii, husband makan sampai mata terpejam2 gitu yek....

Ok tu je aktiviti masak memasak aku cuti hujung minggu. Kbai....





Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...