Wednesday, December 20, 2017

Good Bye my Tab


Tab ni selalunya aku bukak banyak youtube untuk buat exercise dan work out. Petang semalam, tengah2 buat senaman bicycle crunches, tetiba Umar datang dan tengok aku exercise.

Apa kejadah bicycle crunches ni? dia macam gambar kat atas tu hah!

Pastu dia tengok kat tab. Sibuk dia bagitau, "Ibu buat salah lah, dalam tab ni tunjuk lain"... Takpe biar jelah, aku tak nampak pun. Tapi Umar sibuk nak angkat tab tu dan tunjuk kat aku yang sedang buzy ber'cycle' tu. Sekali dia angkat terus terlepas, PAP!! Tab terhempas atas lantai... Terus aku berhenti, aduiiiii.

Cepat-cepat dia angkat dan tengok tab tu balik. "Bak sini' aku mintak kat Umar. "Eh, kejap2!" Umar kalut tak nak bagi. Bila dia cakap macam tu, aku dah agak dah. Tab aku confirm dah jahanam dah T_T.

Aku halau dia suruh pergi mandi sebab nak masuk waktu maghrib. Aku check balik tab, betullah rosak. Dan tak boleh nak kata apa. Rasa ada air menitik2 kat muka aku. Aku ingat peluh menitik, rupa2nya air mata aku sob sob sob. Sedih woooo aku sayang barang2 aku, aku jaga elok. Beli tab ni hujung tahun 2012, harga pun boleh tahan RM1500.

Akhirnya dah rosak dah. Banyak jasa tab ni, tolong aku close deal masa buat business part time dengan customer tupperware dan Hai O. Dan hampir 30 peratus blog ni aku update guna pakai tab ni.


Throw back. Budak2 kalau boring nak menunggu lama, aku bagi kelonggaran diorang main tab. 


Nak hantar repair tak tau lah berapa agaknya diorang akan charge. Lagipun usia tab ni dah lima tahun, tak tau ler diorang nak repair ke tak hehehe. Barang lama kan. Nak beli baru tak akan punya, baik aku ganti smartphone aku yang lama tu kui kui kui. 

Gambar dah tak keluar apa dah, jadi macam bengong tab ni.

So good bye my tab, terima kasih atas segala jasa2 mu. Tinggal kenangan dah..




Sunday, December 17, 2017

Kelas Renang Anak-anak

Disebabkan cuti sekolah tapi kami ibu dan ayah pula bekerja, maka anak2 kena stay kat Taska PoliPD. Kesian juga kat anak2 confirm boring nak tunggu kami balik dari kerja. Mujur cikgu taska, Teacher Ida anjurkan kelas renang selama seminggu di PD Golf Resort. Bayaran adalah RM100 per pax. Cikgu nak lima orang sahaja.  Bagus juga kelas renang ni, Rasulullah SAW menggalakkan mengajar anak2 kita berenang selain memanah dan menunggang kuda. 

Jadi aku daftarlah Qaireen dan Umar untuk kelas tersebut. Rasanya diorang teruja bila cakap kena belajar berenang, tak sabar nak mandi kolam keh keh keh. Aku harap diorang dapat lawan rasa takut nak mandi kolam atau air terutama Umar. 

Umar memang takut nak mandi kolam, lebih2 lagi kalau kolam dalam sikit. Amik masa nak masuk dalam air. Mandi ke tepi tangga jer huhuhu.

Hari pertama, belajar teknik bernafas dalam air. Sambil membina self confidence ketika berada di dalam air. 




Kemudian sesi seterusnya belajar mengapungkan diri di dalam air. 

Belajar dan belajar sampai berjaya. 


Belajar mengerakkan kaki, ayunkan kaki di dalam air. 

Kena mengapungkan diri (dibantu surfboard) dan berenang merentasi di dalam kolam. 



Cikgu check dan ajar cara ayunan kaki yang betul. 

Ayun sampai terpercik2 air kolam. Kaki kena kuat, kalau cramp (kejang) abislah...

 Hari ketiga, aku datang amik diorang, Qairen dah pandai menyelam sambil berenang.

 Semput juga bak hang!!

Umar masih lagi main2 juga, suruh menyelam masih agak takut sikit. 


Kelas dah abis, jadi cikgu bagi berenang sampai mahir. Tapi jenuh aku nak suruh diorang naik, bilas badan dan salin baju. Seronok sangat mandi kolam. 

Pagi ni last day, aku tak tau apa citer lagi. Tapi hari ni belajar di kolam dalam. Umar cakap tak nak pergi... Takut. Beriya2 aku pujuk suruh pergi, rugi. Ye memang cuak kan kalau kita masuk kolam tapi kaki kita tak sampai cecah dasar dia T_T. Qaireen cakap Umar menangis masih kena training dalam kolam dewasa. Takut ler tu...



Hari last day, teacher hantar gambar. 

Oklah, kira anak2 bagi kerjasama kat cikgu dia untuk ikut arahan dia. Harap2 lepas ni anak2 berani dan pandai berenang sikit pun kira oklah. Seterusnya kena banyakkan praktik. Jadi kena banyak ler kali kita bawa diorang mandi kolam untuk jadi lebih terer kan, iye tak !! Haha harap kami pun ada masa untuk bawa diorang mandi kolam ni. Nak bayar keahlian kelab kat Sendayan pun nak fikir dua tiga kali keh keh keh. Mahal doh, lebih RM1k setahun. Fuh maunyer kena mandi kolam tiap2 minggu. Rugi jer. Mandi laut jelah jawabnya :)




Friday, December 8, 2017

Buat Cottage Pie Homemade


Rasanya aku suka buat masakan barat sebab satu hidangan ianya lengkap mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh anak2. Cukup carbo, protien, serat seperti sayuran dan buahan. Sherperd pie guna daging kambing, dan cottage pie kita guna meat- daging lembu. So ini kali ketiga aku buat sebab anak2 dan husband suka makan. 

Cottage/ sherperd pie ni ada dua lapis. Lapisan atas topping dia ialah mashed potato dan lapisan kedua adalah daging kisar yang dimasak. 

Contoh daging kisar yang segar.

So yang pertama kita buat dulu daging dia. Bahan utama dia mestilah daging cincang. Aku pilih daging lembu. Kalau boleh daging kisar yang fresh (selalu ada jual di Mydin atau Giant) bukan yang frozen macam daging hambuger ker atau jenama Ramly. Tak mau. No! No! No! Sebab daging proses macam tu ada banyak lemak2 yang tak bagus untuk badan kita ye. Stay healthy ok!!


Ramuan2 utama dia. 
Sayur aku letak tomato, cendawan, lobak dan daun saderi. 

Bawang holland besar sebiji-cincang

Tomato cincang - 2 biji saiz kecil

Daging cincang 1kg

Panaskan minyak dalam pan. Tumis bawang holland yang dah cincang sehingga naik bau.

Kemudian masukkkan daging cincang. Masak sehingga berubah warna seperti di atas.

Masukkan tepung gandum dalam 2 sudu besar. Tak nak bagi daging ni berair. 

Kemudian aku tambah sedikit serbuk cajun. nak bagi spicy sikit ikut tekak kita orang Melayu. Nak jugak bubuh je cili dalam tu tapi anak takut tak makan kalau pedas benor karang.

Masukkan secubit mix herbs. Nak letak oregano ker, rosemary ker, bay leaf pun boleh sebab nak bagi bau wangi. Jangan kau letak daun pandan sudah!!

Kemudian campurkan lobak merah cincang, ni nak ada elemen sayuran dalam hidangan. Baru lengkap kan!!

Ok aku guna tomato puri jenama prego. Ni pun sos spagegeti tomato sebab stok ni je ada kat rumah. Pernah guna cap kimball tapi tak sedap macam Prego. Kimball lagi masam mencuka eh? hehehe 

Lepas tu baru letak cendawan, tomato dan daun saderi. Kacau2 . Perasakan dengan garam dan gula ikut anak tekak korang. Bila dah mengelegak baru tutup api. 

Tadaaa, dah siap dah daging sos dia ni utk base pie kita. 
Kalau korang tengok terlalu banyak air, berkuah sangat tambahlah lagi tepung gandum bagi pekat dan masak dalam beberapa minit lagi. 

Ok dah sudah buat daging dia kita buat utk topping pie pulak, butter mashed potato!!

8 biji ubi kentang yang dah siap direbus, potong kecil sebelum rebus supaya cepat empuk.

Ok kita letak butter (aku potong dalam suku) dan lenyekkan sekali dengan kentang2 ni. 

Tabur cajun, serbuk lada hitam dan garam. 

Ambil setengah cawan susu segar (ikutkan kena guna susu full cream). 
Pecahkan telur sebijik dan kacau sehingga sebati. 

Masukkan campuran susu dan telur tu dalam kentang butter yang siap dilenyekkan tadi.

Ok, gaul supaya semua rasa sebati. Rasa ok ker tak rasa masin, pedas dan lemak dia hehehe.
ok siap dah kerja kedua ni!!

Lepas tu ratakan sos daging tadi dalam tray. Aku buat banyak jadi dapat satu tray besar, satu tray kecik. Takpe ni confirm aku anak beranak akan habis makan punya hua hua hau!!
Ketinggian layer daging ni dalam 1 inci. 

Lepas tu letakkan satu senduk demi satu senduk mashed potato tadi atas layer daging ni. Pap! PAp! Pap! Hahaha.. 

Lepas tu guna garfu untuk ratakan layer kentang ni. Jangan gunakan senduk pulak. Pelan2 buat bagi mashed potato tu sama rata melitupi semua ruang. 

Guna garfu ni bukan apa, senang kita nak ratakan. Lagi satu garfu ni akan bagi corak atas pie kita ni. Jadi nampak macam versatile ler sikit kan. Kalau nak lagi cantik korang pecahkan telur kuning dan sapu ratakan atas layer kentang ni. Baru nampak lagi marvelous gitew hah!!

Dah sudah apalagi kita bakar! kita bakar!!
Suhu 180 darjah celcius. 
Masa 30 minit.

Ok, done!! Jadilah cottage pie ala2 tekak melayu..
Fulamak, mengoda...
Sejukkan dulu dalam 10 ke 20 minit sebelum makan. Kang melecur mulut tu nanti. 

Potong ler elok2 dan suapkan ke dalam mulut anda. Anda akan merasakan pie ni mencair di dalm mulut itu. Fuhhh ayat.

Oklah, selamat mencuba. Aku bagi link video kat bawah. Lagi senang tutorial dia. Kah.



Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...