Showing posts with label homemade. Show all posts
Showing posts with label homemade. Show all posts

Friday, December 8, 2017

Buat Cottage Pie Homemade


Rasanya aku suka buat masakan barat sebab satu hidangan ianya lengkap mengandungi nutrisi yang diperlukan oleh anak2. Cukup carbo, protien, serat seperti sayuran dan buahan. Sherperd pie guna daging kambing, dan cottage pie kita guna meat- daging lembu. So ini kali ketiga aku buat sebab anak2 dan husband suka makan. 

Cottage/ sherperd pie ni ada dua lapis. Lapisan atas topping dia ialah mashed potato dan lapisan kedua adalah daging kisar yang dimasak. 

Contoh daging kisar yang segar.

So yang pertama kita buat dulu daging dia. Bahan utama dia mestilah daging cincang. Aku pilih daging lembu. Kalau boleh daging kisar yang fresh (selalu ada jual di Mydin atau Giant) bukan yang frozen macam daging hambuger ker atau jenama Ramly. Tak mau. No! No! No! Sebab daging proses macam tu ada banyak lemak2 yang tak bagus untuk badan kita ye. Stay healthy ok!!


Ramuan2 utama dia. 
Sayur aku letak tomato, cendawan, lobak dan daun saderi. 

Bawang holland besar sebiji-cincang

Tomato cincang - 2 biji saiz kecil

Daging cincang 1kg

Panaskan minyak dalam pan. Tumis bawang holland yang dah cincang sehingga naik bau.

Kemudian masukkkan daging cincang. Masak sehingga berubah warna seperti di atas.

Masukkan tepung gandum dalam 2 sudu besar. Tak nak bagi daging ni berair. 

Kemudian aku tambah sedikit serbuk cajun. nak bagi spicy sikit ikut tekak kita orang Melayu. Nak jugak bubuh je cili dalam tu tapi anak takut tak makan kalau pedas benor karang.

Masukkan secubit mix herbs. Nak letak oregano ker, rosemary ker, bay leaf pun boleh sebab nak bagi bau wangi. Jangan kau letak daun pandan sudah!!

Kemudian campurkan lobak merah cincang, ni nak ada elemen sayuran dalam hidangan. Baru lengkap kan!!

Ok aku guna tomato puri jenama prego. Ni pun sos spagegeti tomato sebab stok ni je ada kat rumah. Pernah guna cap kimball tapi tak sedap macam Prego. Kimball lagi masam mencuka eh? hehehe 

Lepas tu baru letak cendawan, tomato dan daun saderi. Kacau2 . Perasakan dengan garam dan gula ikut anak tekak korang. Bila dah mengelegak baru tutup api. 

Tadaaa, dah siap dah daging sos dia ni utk base pie kita. 
Kalau korang tengok terlalu banyak air, berkuah sangat tambahlah lagi tepung gandum bagi pekat dan masak dalam beberapa minit lagi. 

Ok dah sudah buat daging dia kita buat utk topping pie pulak, butter mashed potato!!

8 biji ubi kentang yang dah siap direbus, potong kecil sebelum rebus supaya cepat empuk.

Ok kita letak butter (aku potong dalam suku) dan lenyekkan sekali dengan kentang2 ni. 

Tabur cajun, serbuk lada hitam dan garam. 

Ambil setengah cawan susu segar (ikutkan kena guna susu full cream). 
Pecahkan telur sebijik dan kacau sehingga sebati. 

Masukkan campuran susu dan telur tu dalam kentang butter yang siap dilenyekkan tadi.

Ok, gaul supaya semua rasa sebati. Rasa ok ker tak rasa masin, pedas dan lemak dia hehehe.
ok siap dah kerja kedua ni!!

Lepas tu ratakan sos daging tadi dalam tray. Aku buat banyak jadi dapat satu tray besar, satu tray kecik. Takpe ni confirm aku anak beranak akan habis makan punya hua hua hau!!
Ketinggian layer daging ni dalam 1 inci. 

Lepas tu letakkan satu senduk demi satu senduk mashed potato tadi atas layer daging ni. Pap! PAp! Pap! Hahaha.. 

Lepas tu guna garfu untuk ratakan layer kentang ni. Jangan gunakan senduk pulak. Pelan2 buat bagi mashed potato tu sama rata melitupi semua ruang. 

Guna garfu ni bukan apa, senang kita nak ratakan. Lagi satu garfu ni akan bagi corak atas pie kita ni. Jadi nampak macam versatile ler sikit kan. Kalau nak lagi cantik korang pecahkan telur kuning dan sapu ratakan atas layer kentang ni. Baru nampak lagi marvelous gitew hah!!

Dah sudah apalagi kita bakar! kita bakar!!
Suhu 180 darjah celcius. 
Masa 30 minit.

Ok, done!! Jadilah cottage pie ala2 tekak melayu..
Fulamak, mengoda...
Sejukkan dulu dalam 10 ke 20 minit sebelum makan. Kang melecur mulut tu nanti. 

Potong ler elok2 dan suapkan ke dalam mulut anda. Anda akan merasakan pie ni mencair di dalm mulut itu. Fuhhh ayat.

Oklah, selamat mencuba. Aku bagi link video kat bawah. Lagi senang tutorial dia. Kah.



Sunday, June 26, 2016

Buat biskut dahlia

Anak2 sibuk minta ibu buat kuih, siap ada resepi kuih dalam komik Awang Kenit pun suruh aku cuba buat! Biar betul?? Last2 aku cari ler resipi dalam internet resipi yang simple2 πŸ˜‚πŸ˜‚


Antaranya biskut dahlia, kalau harapkan aku beli kuih ke biskut dah siap tak da punyalah. Sebab sejak pindah semnanjung bila raya beli kuih sampai ke raya haji pun tak abis makan sudahnya buang. Membazirr... Kira kental aku tak beli langsung kuih dari tahun lepas lagi T_T. Lagipun saja nak bagi anak2 seronok buat kuih raya, aku kcik2 dulu ingat cmne tolg mak ayah dan mak sedara buat kuih. Samalah dgn husband. Tinggal memori dah semua tu

So aku tolong adunkan sementara husband dengan Qaireen dan Umar tolong cetak dan hias. Resipi ni amik dari internet tak ingat mana satu dah. Berlambak kat dlm internet kan ngeh ngeh ngeh

Bahan A
250 gram butter (aku guna cap anchor salted)
110 gram gula icing
2 kuning telur
1 sudu teh esen vanilla

Pukul adunan kelajuan serdahana, tak payah jadi kembang. Dah sebati pun cukuplah...

Bahan B
115gram tepung kastard
110 gram tepung jagung
160 gram tepung red rose (tepung biskut dpan dia ada gambar bunga rose merah)
Ayak semua tepung ( husband cakap org dulu2 ayak sebab takut ada cicak mati sebab tepung tu semua bubuh dalam guni jer. Batu pun ada.. Ayak!!! πŸ˜•)

Masukkan bahan A dalam bahan B. Ramas2 tepung tadi sampai terbentuk doh. Elakkan doh dari terperangkap dengan udara. Sebab tu tutup doh dengan plastik.  Panaskan oven ye dlm 200 degree dulu beberapa minit.


Jadi dah siap adun, husband tolong cetak, sempritkan biskut guna nozzle tak kisah lah pecah 13 ke 15 ker janji nampak bunga dia keh keh. Hm mula2 kekok juga nak bg bentuk cantik, gebusss kanπŸ˜‚πŸ˜‚

Umar dan Qaireen tolong hiaskan potongan ceri atas biskut.

Yeah dah siap ibu, jom bakar biskut ni....
Bakar adunan suhu 160 degree dalm 20 ke 25 minit. Yang bergantung oven korang lah.h

Ok, dah siap bakar dah. Wah first time buat biskut ni πŸ˜ƒπŸ˜ƒ


Nak bakar ni kena hati2 sikit sebab oven memasing hanya tuan je tau kepanasan dia macmana. Jadi pandai2 sikit adjust huhuhu.

Hah jangan leka, jangan biarkan saja buat kerja lain sekali2 check oven kalau tak hangit camni huhuhuπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…


Selamat mencubaπŸ˜€πŸ˜€


Monday, April 18, 2016

Makan malam|| PAsta

Korang kalu ibu bekerja confirm bila balik kerja terpikir2 nak masak apa malam nanti nak bagi anak2 dan en somi makan kan. Lagi haru tak tau nak makan apa sebab dah kering idea. Bukan apa, kalau boleh nak masakan benda yang simple tapi cukup seimbang semua ada. 1 hidangan pun dah cukup!. Then boleh kena pulak semua selera orang dalam rumah tu. Ni tak, sorang nak mi, sorang nak nasi, sorang nak pasta, dan sorang blur tak tau nak makan apa, makan ajelah ikut kita nak makan T_T.

Mujur yang kecik, Ilhan tu tak makan apa2 lagi. Tunggu lah dah besar nanti request macam2 suruh ibu dia masak. Minggu ni husband tak de mesyuarat selama 3 hari. Jadi nak masak kalau ada anak kecik memang mencabar sebab tak de orang nak tengok2 kan dia. Takut nak biar sorang2 kot dia main capai telan benda2 yang bahaya huhuhu . Setiap minggu aku dan suami vakum dan mop rumah ni.

So malam tadi aku masak pasta jer, balik kerja pesan kat Qaireen tengok adik jap. Ibu menyinsing lengan baju terus ke dapur masuk!!Masak pasta cepat tapi ringkas, semua bahan aku buh dalam tu. senang, diorang nak makan pun takde cerewet tak nak bawang ler, tak sayur ler. Yang penting cincang lumat2 deh...


Dalam setengah jam siap untuk dimakan. Tapi makan lepas diorang solat dan mengaji iqra'. Disebabkan 3 hari tak dapat antar ngaji, aku yang ajar diorang baca iqra. Garang wei ibu ni :))

Masak 3 cawan pasta. Hasilnya... LICIN. Ya rabbi...makan 3 orang je pun ahaha!! Nak resipi, ada kat bawah tu... 






Thursday, December 31, 2015

Aiskrim strawberi homemade

Beli strawberi banyak kat Cameron Highland tapi tak tahan lama, nanti dia jadi berair nak makan pun tak sedap. Lebih baik buat aiskrim kan.

Bahan2 dia simple je, 
gula, susu segar dan of course buah strawberi lah..
Aku guna ExtraChef Tupperware untuk kisar dan adunkan bahan.

Campurkan gula 3 sudu dan strawberi 100g. Buang daun dia dahulu sebelum kisar yek.
 Kalau korang nak nak manis atau strawberi lebih boleh tambah lagi sendiri ikut korang punya citarasa.

Kisar sampai lumat.

Campurkan susu segar 250ml. Kalau ada whipping cream pun boleh. Sebab Qaireen alergik dengan dairy food, susu ni je dia boleh minum. 

Ok dah siap. Senangkan..

Tuang dalam mould dia.


Dah siap tuang. Cukup2 6 batang aiskrim. 

Pose gambar, diorang dah tak sabor nak makan.

Dah siap apalagi simpan dalam tempat beku semalaman. Time ni kena banyak ler sabor2 sebab anak2 sibuk bukak tutup pinti fridge nak tgk aiskrim dah beku ke belum T_T

Besoknyer baru dapat makan... slurpppp

Chill!!

Sunday, November 29, 2015

Buat Roti Titab

Pernah dengar dan tengok roti ni kat fb bukan main femes lagi kat kelate. Sampai nk duduk makan pun pun beratur yg menunggu. Pagi tu tunjuk kat husband gambo roti titab ni, boleh nk cuba buat. So rasa sebab tengok roti ni simple shj jadi boleh try sendiri buat kat rumah ek...

Ni roti titab kat kelate. Sumber www.hanhanis.com

Pakai roti gardenia pun boleh, tp husnad beli roti ni. Bakar dulu garing sedikit. Lepas tu sapu kaya, takde nak letak seketui2 mcm gambar kat ats tu haha 

Telur separuh masak aka telur goyang hahaha. Nak buat telur separuh masak ni masak air dlm periuk sampai mendidih. Lepas korang get ready stop watch. Pakai handphone iphone ke samsung pun boleh janji nak jaga masa. Tutup api bila air mendidih. Masukkan telur dan tutup periuk. Kira dlm 3minit sahaja! 3 minit je tau. Jangan lebih. Pastu kuarkan telur cepat2.

Telur pecahkan atas roti, tabur lada sulah.




Hah dua anak beranak teruja sarapan makan roti titab ni. Sedap juga, sarapan yg simple tapi best. Lepas makan boleh terus kecek kelate pasni :)

Ilhan tengok shj, jadi hakim yek. 

Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...