Hari ni genap dua bulan aku jalankan misi kuruskan badan hahaha. Maknanya dah dua bulan aku berhenti amik gula sintetik dan kurangkan kalori. Rasa macam dah lama aku tak amik berat pasal berat badan ni. Sebab rasa confident je macam kita ni akan kurus sentiasa. Dan berpegang prinsip, badan berisi menunjukkan kita senang hati, bahagia. Bullshit! Sebenarnya tidak, well your eyes cannot lied to yourself. Bila mana tengok gambar baru kau sedar rupanya kau dah gemuk, dan bila ada sedara mara lama kau tak jumpa kata badan kau dah naik dan kalau pakai itu ini macam ketat atau dah tak berapa muat eh? Kurus lagi ke macam tu hahaha.
Alkisahnya bila aku balik dari buat pemeriksaan kesihatan di klinik kerajaan pada bulan Oktober lepas, doktor cakap semua bacaan aku termasuk paras gula, kolesterol, kesihatan hati, buah pinggang, tekanan darah dan jantung adalah baik dan normal. Eh? Kalau ok kenapa nak buat misi kuruskan berat badan ni. Sebab aku rasa aku tak fit........
Bila mana aku jalan sejauh 500m dari parking kereta ke Wisma N. Sembilan sampai kat kaunter tertiba aku rasa tercunggap2 atau mengah!! Tak cukup oksigen. Dan aku tersedar aku bukan ada masalah kesihatan, tapi aku ada masalah berat badan. Di mana aku bawa beban berlebihan dalam badan aku.
Ok aku share dulu gambar masa aku lepas dah ada anak dua, ni kira throw back to year 2010.
Tadaaa. Aku yang dulu bukan lah yang sekarang...
Tahun 2010, umur aku masa ni dah nak masuk 31 tahun.
Berat aku ideal, 65kg.
Umar Shafiy, anak aku kedua masih ni usia 6 bulan nak masuk 7 bulan..
Ni aku bersama ayah dan barisan mak2 dan pak sedara aku di Batu Pahat. Nasib baek makcik2 aku time ni dah sporting nak amik gambar. Kalau dulu, diorang asyik nak lari jer mengelak dari kamera huhuhu kalah artis bollywood tau..
So itu throwback citer 7 tahun lepas, apa citer sekarang yek. Jeng jeng jeng... Tu dia..
Ni masa bulan Mei 2017 yang lepas. Umur aku dah 36 tahun dah..
Dan ini yang gambar terbaru kot yang aku ada, 15 November 2017.
Jadi aku terus terang sajalah, berat aku masa ni hampir mencecah 79 kg.......
Ya dah hampir 80 kg... T_T
Ketinggian aku 1.67 m.
Jadi BMI aku adalah 29.43.
BMI itu status "overweight" dan nak hampir masuk dalam kategori obese. Nangis...
Sorry sebab aku memang takde gambar sendiri. Kalau korang check blog dan FB aku, rasa jarang ada gambar tuan punya blog ni. Takde orang nak amik gambar aku kecuali kadang2 member amik gambar aku termasuk sekali dan diorang tag nama aku. Time gambar atas tu aku dah start misi turunkan berat badan dalam seminggu, jadi mula hilang dalam 500 gram shj. Jadi ikut sebelum ni memang dah cecah 80kg pun.
Apakah punca aku jadi gemuk?
1. Pil Perancang a.k.a pil hormon.
Saja aku share gambar masa lama time anak aku usia 6 bulan di atas. Sebab lepas sebulan tu, aku dah start amik perancang keluarga. Jadi aku amik pil hormon seperti yang dicadangkan di klinik kerajaan di Kuching tempat yang aku dirujukkan. Dan aku tahu, nurse dah jelaskan peratusan besar berat badan aku akan naik tersebabkan perubahan hormon nanti. Jadi aku dah pun makan berkotak2 dah pil horman ni dalam masa tujuh tahun yek. Tujuh tahun! Daebak!!
2. Amalan minumam pek segera 3+1
Aku rajin minum benda alah ni. Yang paling banyak aku telan ialah Old Town White Coffee. Kenapa minum benda ni, sebab aku pengemar tegar kopi. Dari zaman aku belajar lagi. Dari kecik mak ayah aku pun bancuh minum kopi, tak main kitorang minum teh2 ni. Tapi terus terang aku cakap aku sebenarnya tak mampu nak minum kat kopitiam dia tu keh keh. Apatah lagi jenama yang antarabangsat macam "Starbak", "Cofee Mr Bean" dan yang sewaktunya dengannya. Mahal dowh.
Jadi nak jimat beli je pek instant. Nanti bancuh, nak panas ke atau sejuk letak ais ketui2 dalam tu, perghhhh marvelous!! Lagi jimat dan murah kan kan kan...
Ni kata less sugar.
Ni yang feberet aku, banyak dah aku telan type hazelnut.
Tapi minuman instant ni yang paling bahaya wooo, sebab dia ada krimer yang mengandungi lemak transfat (bukan dari produk tenusu), lepas tu ada gula sintetik macam sukrosa, fukrosa. Dalam tu ada banyak sudu gula, tu yang sedap. Bayangkan berapa banyak pek aku dah telan bertahun2. Ooo lalainya aku ni.
3. Tidak bersenam/ work out.
Aku hampir tidak bersenam atau exercise untuk jangka masa lama selepas kahwin. Aku memang atlit pun dari sekolah rendah lagi. Kebanyakkan aku masuk dalam acara balapan -merentas desa, 100m, 200m, 400m, lompat jauh, lari berganti2 apa saja lah sukan aku masuk sampai wakil peringkat MSSD. Gila kuasa kan! hahaha.
Sukan bola jaring seawal darjah lima aku dah masuk untuk wakil sekolah di Muar dulu. Jadi koleksi piala memang banyak aku kumpul hampir 50, tersusun aku letak kat almari buku aku. Tapi sedih bila aku keluar rumah sebab dah kerja di Kedah, bapak aku dah buang piala2 tu. Dia simpan dalam kotak sebab banyak habuk dan tikus pulak beranak dalam kotak tu. Nangis dalam hati jelah.
Beli kasut tahun lepas, azam nak jogging bagi fit tapi azam tu terkubur.
Pernah juga semangat bersenam dengan berjogging di taman tasik sebelum ni, tapi susah jugak. Bayangkan nak layan anak2 kejutkan pagi2 untuk mandi. Bila nak lari pun cuaca start panas dah. Anak2 pulak merungut nak jalan rasa penat. Aku lari dalam 2 pusingan lepas tu terpaksa berhenti tengok anak yang kecil pulak takut main dekat kolam tasik. Jadi tak berpeluh pun nak fit. Last2 aku give up.
Jadi kalau isteri atau ibu anda nak exercise, give her a great support okay!! Bagi diorang sayang diri sendiri dulu sebelum sayang orang2 lain.
3. Makan lebih dari sepatutnya.
Ni namanya terlebih kalori. Percayalah kau tak perlukan kalori banyak jika tak de niat untuk digunakan tapi kau nak simpan sahaja. Kalori yang ada perlu dibakar untuk jadi tenaga, jika tidak ianya akan disimpan untuk jadi fat atau lemak. Aku tak kuat makan pun, cuma mungkin aku makan berlebihan dari keperluan tenaga yang sepatutnya aku optimun gunakan. Dan mungkin permakanan lebih kepada bergoreng dan berlemak. Makanan yang bergula tinggi.
All about food!!
Jika tengok IG aku banyak juga aku cuba resipi itu ini. Kononnya nak terer masak ler. Sudahnya terlebih kalori, hei walaupun terlebih 200 hingga 300 kalori sehari, dalam seminggu dah berapa banyak kau kumpul kan?! Ni tak campur lagi dengan minum air manis macam nescafe tariklah, sirap limau lah, abc atau cendol. Hua hua hua!!
Dan perlu nyatakan di sini aku memang dah forbidden makan makanan fast food since hujung tahun 2014 macam McD, Pizza Hut, KFC atau serangkaian dengannya. Nugget dan sosej pun aku tak makan, atau belikan untuk anak2. Makanan yang mengandungi transfat dah lama aku tinggalkan bertahun2. Jadi cuba bayangkan aku yang tak makan sangat fast food pun boleh overweight, kalau aku makan benda2 tu jadi apa agaknya??!! AllahuAkbar.....
Nantikan sambungan part 2.....
Ada sebab2 yang lain juga, tapi faktor utama adalah empat di atas. Ni kajian atas diri aku, aku yang rasa. Aku yang alami. Orang lain aku tak taulah. Nanti part seterusnya aku sambung selepas ni. Pasal senmaan workout dan penjagaan makanan.
Cuma aku nak pesan, sayang diri korang dulu sebelum sayangkan orang lain. Kesihatan kau sangat penting demi hari ini dan masa yang mendatang...