Showing posts with label sambut harijadi anak. Show all posts
Showing posts with label sambut harijadi anak. Show all posts

Wednesday, October 30, 2019

Birthday Ilhan 4 tahun

22 bulan Oktober adalah hari jadi Ilhan Wafiq. Jadi macam biasa kami celebrate kecil2 saja dengan keluarga sendiri. Kegemaran Ilhan adalah ayam KFC dan kek. Memang betul2 favourite dia!! Punyalah suka kalau ada kek atau kita pergi ke KFC hahaha.

Disebabkan hari hujan dan lambat sampai ke rumah jadi kita just take away je hokey..

Selamat hari jadi... selamat hari jadi...





Yeah potong kek cokelat oreo. Ni beli kat Kedai kek Viral, sebelah politeknik PD jer. 

Yummy!!!

Berebut makan kentang putar dengan kakak dia!

Favorite Umar, cheesy wedges.  

Itu kalau sambut dengan family sendiri. Minggu lepas balik Batu Pahat sebab cuti panjang sempena Deepavali. Atuk dan Wan belanja beli kek untuk dia. Wah kek lagi. Tapi ni kek memang sedap pun. 


Happy dapat makan kek lagi!!




Kali ketiga, dua hari lepas baru jer sambut pulak harijadi untuk semua anak2 yang lahir bulan Oktober kat tadika dia. Wah tiga kali sambut woo!! Rezeki. Untung ler kamu nak.. Banyak nyer makan kek tahun ni kan huhuhu. Kalau ibu lah mesti muak dah..... 

Cikgu hantar gambar. Kek ni tadika Ilhan yang sponsor. 

Ramai2 potong kek, budak2 lahir bulan Oktober comey2 semuanya ahaha!!

Yang lainkek mak bapak sponsor hehehe aku tak beli sebab tahu Ilhan dah muak hadap kek jer..
Ni pun dah bnyk kek dah untuk satu kelas dia kan..


Selamat hari lahir Ilhan, semoga jadi anak yang soleh. Yang berjaya di dalam dunia dan akhirat. Ibu dan ayah sentiasa memberikan yang terbaik untuk anak2 semua. InshaAllah. 






Monday, October 23, 2017

Ilhan Wafiq dah Dua Tahun!!

Kisah malam tadi. Tarikh 22 Oktober semalam Ilhan Wafiq dah masuk dua tahun. Aku kena tugas jaga exam kat Politeknik, jadi message husband nanti balik kita belilah apa2 untuk makan. Jadi petang tu abis kerja aku singgah rumah bawa pergi satu family ke Tesco S2 untuk beli bungkus KFC dan kek harijadi.

KFC kami abis dah makan lepas magrib sebab kelaparan semua. Lepas solat isyak baru kejadian potong kek pulak...

Kek Mocha Almond. Aku makan tapi tekak rasa pahit sebab masih tak baik dari sakit tonsil dan batuk. 

 Wah senyum jer birthday boy tengok kek dia ye..

 uissh ada api tu pasang kat lilin??

Bukan senang nak amik gambar adik beradik 3 orang ni. 

Ok2 dah lilin dah cair dah. 

 Semua panjat nak amik gambar sekali. 


 Ok amik gambar dengan ayah yang hensem pulak 


 Hah suap makan kek dia..

Ngapppp!!

Selamat hari jadi Ilhan. Dah masuk dua tahun, dah makin besar kamu T_T.
 Ibu dan ayah doakan semoga kamu sentiasa sihat, dilindungi Allah dan menjadi anak yang soleh, berjaya di dunia dan akhirat. 

Amin...



Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...