Dulu aku pernah cerita dalam blog ni aku kena tukar bilik pejabat dalam makmal di blok bangunan lama. Boleh rujuk pada pautan blog yang ni.
https://hasnyabduljalil.blogspot.com/2020/08/berpindah-ke-bilik-pejabat-baru.html
Aku rasa duduk dalam bilik ni tak sampai dua tahun, tup tup aku kena tukar bilik sekali lagi. Masa ni aku dah start fed up sebab takde kerja asyik turun naik pindah opis saja. Aku dan officemate meja sebelah, Ramlatul Rahilah dah kena pindah keluar, tapi Ilah pindah jauh lagi, ke Politeknik Kota Kinabalu!! Sabah bah huhuhu.
Bilik dah dikosongkan, segala fail dan buku dan masuk dalam kotak. Last day.
Dalam sejam jer aku kemas bilik ni, sebab barang tak banyak. Karpet dan pokok tiruan aku bawak balik rumah jela. Ilah dah selamat pindah ke Sabah masa ni. Meja dan almari dia pun dah dikosongkan.
Ok inilah ruang pejabat aku yang baru. Baru dikosongkan oleh pegawai yang duduk sebelum ini.
Aku kemas pun tak sampai satu hari.
Unit UICT dah datang untuk pasangkan PC baru kat meja aku. Komputer lama nanti aku kena pulangkan sendiri ke pejabat mereka. Tunggu aku rajin kot baru aku ke sana hahaha. . .
Secara rasmi aku dah duduk dekat tempat ni dalam 3 minggu.
Yang bagusnya tempat baru ni dekat dengan kawan2 officemate yang lain, jadi nak ber 'hai2' tu, bersembang memang senang jika banding tempat lama memang jauh dari sesiapa pun. Memang aku buat hal sendiri jugalah dekat dua tahun tu.
Barang2 dah susun, banyak pulak fail aku dapat dengan kerja baru di tempat baru ni huhuhu!!
Kena hadaplah, tak tahulah sampai bila ye. Kita cuma menjalankan tugas yang diberikan sahaja. Semoga dipermudahkan segala urusan.
No comments:
Post a Comment