Tahun ni ada rezeki nak buat korban untuk 1 keluarga. Sebab dah dua tahun kita kena PKP kerana virus kobit ni ya jadi terpaksa tangguh beberapa kali. Aku pilih untuk buat di politeknik sebab kat Sendayan memang tak buka memandangkan tahun lepas mereka masih ada lagi tempahan yang tak selesai gara2 PKP 2.0.
Proses daftar memang mudah, sebab kita staf di situ. Kebetulan anak2 pula cuti sekolah pada hari Selasa jadi aku bawa semua sekali untuk lihat ibadah korban dilaksanakan.
Awal2 pagi, pukul 8.00 kita dah berkumpul di depan Pusat Islam Politeknik.
Lepas kumpul, sarapan pula.
Sarapan dalam bentuk pot luck, memandangkan ramai yang nak ikut serta sebagai sukarelawan maka urusetia jadikan ibadah korban ini sebagai satu hari berkursus, jadi ramai juga jadi peserta dalam anggaran 60 orang lebih ikut serta dalam ibadah korban.
Sarapan macam2 ada.
Nasi lemak, nasi himpit kuah kacang, kuih muih, sandwich.
Lembu nombor 2 dan 3.
Lembu nombor 1
Kambing aqiqah
Ada tiga lembu korban dan seekor kambing aqiqah untuk ibadah korban tahun ni.
Umar, Qaireen dan Ilhan berdebar nak tunggu korban bermula sekejap lagi.
Sebelum mula, Ustaz dan urusetia panggil semua peserta korban berkumpul dulu. Kami diberikan taklimat penerangan ringkas berkaitan korban. Tentang cara baca niat korban, cara pengagihan dan apa yang akan dibuat oleh pihak urusetia supaya peserta jelas dan faham.
Dah selesai sarapan moh kita ke padang. Orang pun dah makin ramai. Semua berkumpul untuk saksikan ibadah korban nak bermula.
Proses mula2 sekali agak mencabar, nak tumbangkan haiwan korban. Lembu nombor 1 memang sangat agresif. Pagi2 tadi nampak lembu ni gelisah, nasib baik tambat kemas .
Ikutkan lembu boleh terlepas lari sebab banyak kali lembu ni meronta nak lepas, garang betul huhuhu. Ramai juga nak tarik tali tumbangkan dia. Boleh tengok video yang aku rekodkan kat bawah blog ni nanti.
Lembu no 2 dan 3,macam redho jer.
Yang ni mudah je nak tumbang. Lepas tu cangkul gali lubang sebab nak bagi sekitar tempat ni bersih tiada tercemar dengan percikan dan limpahan darah. Selesai sembilahn nanti boleh kambus.
Ok, dah selesai sembilih dan niat, kita tunggu beberapa minit. Lepas tu kita angkat lembu tu di atas lapik kanvas supaya proses melapah boleh dilakukan.
Lapik atas kanvas supaya daging tidak tercemar , terkena tanah atau najis lembu.
Ustaz cakap, dia pantang betul kalau daging korban kena tanah.
Ustaz cakap, dia pantang betul kalau daging korban kena tanah.
Nak lapah pisau mesti tajam.
Aku tengok ustaz buat seorang je memang cukup laju sebab pisau dia tajam dan dia dah biasa buat pun.
Kambing lebih cepat dan mudah.
Ilhan steady.
Umar duduk jauh2, sebab dah mula mabuk dah.
Lembu no. 3 memang cepat siap dilapah, lajuuuu!!
Lembu no 2, geng2 mekanikal ramai yang bantu lapah sama2.
Ok proses potong daging dah selesai, ditimbang dan disukat untuk semua bahagian bagi setiap seekor lembu. Selepas tu baru di bawa ke bahagian pembungkusan ini.
Setiap kumpulan dibahagikan kepada 3 kumpulan. Jadi pembungkusan dilakukan mengikut nombor lembu tersebut, tak bercampur2.
Selesai agihan daging dan dibungkus, kita asing mengikut pecahan bahagian korban.
dekat pukul 12 semua selesai dibungkus untuk agihan.
Ustaz panggil peserta korban, bagitau bahagian mana yang diagihkan pada asnaf2, dan bahagian untuk peserta dan bahagian untuk dimasak untuk dijamu pada orang ramai. Selesai makan tengahari nanti, ajk agihan akan bergerak mengagihkan daging kepada asnaf2 di sekitar qariah Telok Kemang.
Geng ajk memasak dah selesai masak daging kambing aqiqah dan nasi minyak.
Daging korban tadi kami berikan kepada pusat Islam untuk dimasak kepada peserta kursus. Daging goreng kunyit, masyaAllah sedap betul.
Riuh rendah dapur Pusat Islam, meriah betul hehehe.
Alhamdulilah semua berjalan lancar dan baik. Semoga Allah memberkati ibadah korban kita semua.
Alhamdulilah semua berjalan lancar dan baik. Semoga Allah memberkati ibadah korban kita semua.
Video sambutan ibadah korban di Pusat Islam, Politeknik Port Dickson pada 12 Julai 2022.
No comments:
Post a Comment