Friday, April 26, 2024

Ramadhan 1445 Tahun 2024

Seminggu sebelum puasa bermula, anak2 balik ke Johor stay sana seminggu. 

Balik ke Seremban, just naik bas sahaja kami datang ambil kat Terminal Seremban. 

Baru lepas ambil di Terminal Bas Seremban. 

Before balik Seremban emak ambil gambar cucu-cucu keluarga Abdul Jalil dan Rubiah. 

Sehari lepas naik sekolah, maka bulan puasa pun bermula. Maka sekolah bermula dengan ibadah berpuasalah. Seminggu lepas tu macam biasa bermula aktiviti untuk masak bubur lambuk di setiap jabatan di Politeknik. Apalagi kita rewang gotong royong memasak. 

Ni bubur lambuk versi Pantai Timur. Tak guna daging, protien daripada ikan sahaja. Dicampurkan dengan daun2 ulam. 

Bau dia macam laksa, yalah sebab guna ikan. 
Memang menarik resipi ini sebab lain dari yang lain kan. 

Lagi seminggu nak raya kami balik ke Johor untuk berbuka puasa kat sana. Tahun ni beraya di Perak jadi balik Johor dulu sebab raya ni tak dapat raya di sini. Masa agak suntuk untuk ke tempat2 lain pulak. 

Berbuka kat Muar sebab dah azan maghrib masa sampai kat sini. Mujur dah dekat Tanjung Agas. 

Apalagi kita perkena murtabak Singapore di Muar. Makanan favourite aku masa kecik2 dulu. 

Sampai kat Johor, MashaAllah banyak giler makanan sebab minggu tu ramai yang buat munjung. 
Penuh atas meja makanan yang sedara mara, jiran2 mak ayah hantar. Kami pulak sampai lambat jadi tak sempat nak buka makan makanan diorang bagi ni. 

Beberapa hari sebelum balik Perak, lepaskan gian main mercun dan bunga api. 




Kami balik perak 3 haris ebelum raya. Sehari sebelum raya kita buat preparation untuk lemang 40 batang. Banyak giler. Kelapa dah kopek, nak kena parut. JAdi tumpang kat rumah abang ipar sebab dia ada mesin parut tu. Kalau nak kukur manual memang tak ler hahaha. Tak kuasa. 

Lemang in making. . .

rasa dekat 50 biji abang ipar parut hari tu. 
Kalau kami parut sampai ke petang ler jawabnya. 


Perah santan rasanya macam sikit jer walaupun dah banyak kelapa dah parut huhuhu. 


Setup api untuk bakar lemang.

Selesaikan bakar sebelum gelap tapi memang dah gelap pun... 
Suluh pakai handphone jer hahaha!!
Tapi orang dah terer memang takde masalah punya. Lemang masak elok jer. 


MAlam tu cari songkok kat Taiping. Meriah Bazar sebab malam tu last utk diorang berniaga. Kalu datang lambat lagi confirm memang murah2 diorang lelong!!




Makan jap sebelum balik. 

Sate ayam dan daging. 

Kueh tiew goreng...

Yeah besok dah raya!!!




Thursday, April 25, 2024

Bercuti di Cameron Highlands tahun 2023 - Part 2

Last day, sebelum turun dari Cameron Highlands kami akan singgah kat Bharat Tea Plantations. Memang wajib singgah sini untuk minum teh dan makan setiap kali datang Cameron Highlands. Sebab tu jangan terkejut kalau aku bandingkan servis antara Boh dan Bharat tu macam langit dan bumi. Sebab aku tak pernah pun jejak ke Ladang Boh sebelum ni tapi kena macam tu sekali memang aku tak akan pergi lagi ladang teh boh tu. Itu jer... 

Kat Bharat Tea Plantations:

Kita beratur - lima minit.

Order dan bayar - lima minit.

Duduk tunggu dapat makanan - 7 minit. 

Servis hantar ke meja ya. Tak diri tunggu sampai siap ya. 

Jadi Bharat Tea Plantations - CUSTOMER SERVICE memang terbaik!!. 

Lagi satu, teh masala Bharat ni memang paduuuu!! Rasa bancuhan rempah ratus dia. Sejuk2 pagi dapat minum teh panas2 memang syahduuu.... 




Dia bagi nombor letak atas meja. Jadi kita duduk tunggu jela. Tak payah beratur menunggu. 
Itulah punca tak payah customer beratur, berbaris panjang2. 


Anak2 order spaghetti bolognese dan mushroom soup.  

Kami makan burger ayam. 

Makan dan minum sambil chil2 atas ni. Ni yang buat kita tenang dan enjoy the view. 

Lepas selesai makan, kita pun turun ke Tapah untuk balik ke Seremban. Sekian percutian hujung tahun 2023... 


Bercuti di Cameron Highlands tahun 2023 - Part 1

Sebenarnya datang Cameron Highland tahun ni adalah nak penuhkan impian anak-anak untuk pergi Mossy Forest kat sini. Sebelum ni cuba nak naik ke sana, tapi kenderaan tak sesuai jadi kami tak pergi. Jadi untuk trip kali ini aku tempah gunakan aplikasi KLOOK untuk naik ke sana. 


Tempah guna Klook untuk pakej trip ke Mossy Foret, sebelum tu dia akan bawa ke ladang teh Boh untuk lihat tanaman teh dan kemudian sarapan kat situ. Senang guna Klook dah bayar siap2 jadi driver datang akan ambil kita pagi tu untuk bawa pusing2 ke tempat yang kita dah plan. 



Pukul 8.00 pagi Jeep dah datang ke penginapan kami. 

Muka mengantuk dan sejuk. Cuaca pagi ni kat Tanah Rata memang cerah dan baik. 

First trip driver bawa ke Ladang Teh Boh kat Brinchang. Di Tanah Rata panas elok, tapi bila lalu pusing ke belakang banjaran, kawasan Brinchang rupa2 nya hujan dan berkabus.

Stop sekejap, untuk ambil gambar kat ladang teh. Kat sini banyak jeep berhenti untuk bagi pelancong ambil gambar. 



Kat sini boleh masuk ke tengah-tengah untuk ambil gambar kat dalam ladang. 



Besar ladang dia, sampai ke belakang sana. 


Kabus dan sejuk. Sini baru lepas hujan. 


Lepas tu memang hujan jer lah. Patutlah diorang pesan siap2 bawa raincoat sebab mungkin hari ni akan hujan. 


Tour guide sangat2 berinformasi ya tuan/puan. 

Rasa aku dekat 30 minit dia bercerita perihal teh ni pada kami. Hahaha. Kebetulan ada pasangan husband wife dari Singapore join sekali trip dengan kami. Ben and Colley. Tapi baguslah sebab banyak juga dia terangkan jenis pemilihan daun teh, cara pemprosesan dan banyak lagilah. Sepanjang duduk tepi jalan ni banyak giler kereta datang masuk ke dalam, memang diorang nk datang sarapan kat sini sebelum balik kot. 

Lepas selesai lawatan, driver bawa kami ke Restaurant Ladang Teh boh. Tu diaaaa ramai giler datang sini, tak tau apa yang best kat tempat ni. 


Kami naik parking atas terus sebab jeep kami dapat laluan ke atas. Nasib baik sebab yg datang ramai2 tu memang parking kat bawah, jadi jauuuuh dan terpaksa menapak mendaki tangga huhuhu. 

So apa yang aku nak komen kat sini, memang sini sistem dia slowww gila....

Aku rasa dekat 40 minit beratur dan tunggu giliran. Gila!! Tak sistematik, rasanya pengurusan ladang Teh Boh memang untung banyak ya memandang ratusan manusia teruja datang sini semata-mata nak makan dan minum teh. Jadi apa kata korang invest guna program AI untuk order.. Lebihkan pekerja anda untuk di dapur. Ini orang tulah dia yang amik order, orang tu juga amik bayaran - pekerja lain tak boleh buat hanya akak tu sorang je amik order, kira dan amik duit. So sangatlah lembab flow process dia. Apalagi mood semua ke laut lah...

No picture of food, sebab kitaorang kelam kabut nak makan. Driver bagi sejam untuk kita rest kat sini, so tak kan nak melahu tunggu je kan. Beraturlah juga nak order makan, walaupun panjang barisan dia ya.... Then kita dapat 1 mug teh harga RM10 tetapi dia bancuh guna 3 in 1 je- lahanat hahaha!! 


Setelah makan pagi, barulah sambung perjalanan ke Mossy Forest. 

Actually Mossy Forest ni ditutup temporarily (takde luck nak masuk) tapi driver bagi hantar sampai atas. Jadi kami ambil gambar je area pintu utama. Sini hujan renyai. Kena pakai raincoat. 



Macam nilah rupanya kalau kita masuk kat dalam kot. Ni gambar amik kat sekitar luar tu jer. 




Lepas ambil2 gambar, kita menapaklah turun. Sebab jeep tak naik sampai pintu masuk. Jalan ditutup jadi kena menapak naik ke pintu masuk. 

Suasana berkabus dan kelam ya. 

Memang kabus tebal giler, rasa mcam kami dah duduk di alam kayangan kot. Mcm duduk di atas awan. 



Nak turun pun kabus tebal. Macam turun dari Gunung Kibanbalu waktu petang. Tak nampak jalan dengan jelas. Dahlah jalan macam berpusing-pusing dan sempit. Jadi aku syorkan korang carilah jeep dan bayar untuk naik ke atas dari bawa kenderaan sendiri. Untuk keselamatan you all juga. 

Lepas turun, kita ke Taman Rama-rama dan Haiwan kat Brinchang. 

Banyaklah haiwan2 kat sini kelaparan tunggu korang bagi makan kat dia. Jadi datang lah ke sini untuk bagi haiwan2 ni makan. 




Last sekali ialah ladang strawberry, sini banyak ladang strawberry cuma kena cari tempat senang nak parking je. Kat sini boleh beli timbang, paket atau nak petik sendiri. Kami tak beli apa2 sebab tak minat makan buah ni. Makan buah durian lagi best!!


Lepas selesai kat ladang strawberry, driver hantar kami balik ke tempat penginapan semula. Selesai dalam jam 2.30 petang. 







Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...