Last kami pergi ke Pulau Langkawi pada tahun 2014. Masa tu Qaireen dan Umar baru tiga dan dua tahun. Kira kita berempat je yang bercuti, Ilhan belum ada lagi. Jadi tahun 2025 ni asbab Ilhan tak pernah pergi Langkawi maka kita bawa jejalan ke sana untuk cuti sekolah ini. Kita bertolak pada 28 Mei dan balik 31hb Mei 2025.
Kami pergi naik flight sebab tak larat nak drive jauh ke utara. Jadi nak jimat duit parking kereta kami parking kat Stesen ERL Salak Tinggi dan naik ERL ke KLIA 2. Dah parking kita beli tiket kat kiosk. ERL memang cepat jadi tak tunggu lama.
Tunggu ERL datang. Sekejap je.
Budak excited dapat naik ERL.
Sampai KLIA 2, menunggu lama sikit sebab flight tu delay pulak.
jam 2.00 petang baru boarding.
Sampai di Langkawi dalam jam 3.00 petang, terus ambil kereta sewa, jenis Perodua Bezza. Lepas tu kita check in di HIG Hotel di Pekan Kuah. Simpan beg dan barang kemudian turun bawah minum petang kat cafe hotel. Murah dan ok makanan dia. Kami makan laksa dan cucur udang. Lepas minum petang, misi mencari coklat hahaha. Saja nak makan2 coklat bila duduk dalam hotel nanti.
Sebelah HIG hotel ada deparment dia untuk jual beraneka jenis coklat dan pinggan mangkuk.
Senang betol, sebelah hotel jer. Malam tu kita makan kat sekitar Pekan Kuah jer. Sebab malas nak merayau cari kedai jauh2.
Besok pagi kita bangun awal. Pukul 7 lebih dah turun untuk sarapan pagi. Next agenda, kita nak naik cable car di Sky Cab langkawi.
Memandangkan kami datang awal pagi jam 9.00 pagi maka parking memang kosong ya. Mungkin sebab cuti sekolah baru bermula hari ini jadi orang belum ramai lagi datang ke Langkawi.
Beli tiket dan terus naik ke atas. Melalui banjaran gunung boleh nampak air terjun dan sungai kat bawah tu.
Boleh nampak muka Umar sangat cuak dan takut ya hehehe.
Cuaca sangat baik dan cantik pagi tu. Kita boleh nampak Thailand dari sini.
Banyak juga kunci-kunci mangga bergantung kat sini.
Dan macam drama Korea dah.
Dah penuh mangga sepanjang perjalanan dari sini sampai ke atas.
Masa ni dah dekat tengahari jadi dah mula silau dan panas. Cuma aku perasan kat atas ni dah tak rasa sejuk dan berangin walaupun tinggi beratus meter dari paras laut. Bandingkan masa aku mula-mula naik lebih 15 tahun dulu, memang sejuk dan berangin. Mungkin sebab sekarang musim panas, lama tak hujan kat Langkawi ni.
Ada budak teringin nak makan kek dan minum frappe kat cafe atas ni.
Tengok jambatan ni teringat movie Japan-Spirited Away
Lepas selesai aktiviti di Sky Cab Langkawi kita turun dah cari destinasti seterusnya iaitu Nasi Dagang Pak Malau.
Nasi dagang ikan dan ayam.
Total makan ni dalam RM80++ termasuk dua jenis kuih, tapi bagi aku rasa makanan dia- biasa je nyah...
Mungkin mahal sebab vibes dan suasananya. Lagipun tempat viral kan. Kami sampai dah nak tutup sebenarnya. Restaurant dia mula operasi bukak jam 8.00 pagi sampai 2.00 petang.
Selesai makan kita ke Makam Mahsuri dekat-dekat situ jer. Tak jauh pun beberapa meter ke hadapan. Nak bawak Ilhan tengok tempat bersejarah kalau tak dapat tengok dalam buku sahaja jer kan.
Masuk2 jer ada acara gamelan untuk meraikan orang yang datang. Yang datang je masa tu family kitorang ajer. Kalau takde pelawat, diorang mesti boring tunggu melahu nak main peralatan gamelan tuu.
Mari kita membaca sejarah. . .
Lepas ni boleh jawab UASA Sejarah ya.
Rehat jap dalam rumah Mahsuri. Panas dia memang mengila ya.
Actually banyak juga tempat dalam Makam Mahsuri ni kena baiki sebab ada rumah yang dah reput dan ditutup. Kira nak tunggu bajet pembaikpulihan tu memang lambatlah memandangkan nak harapkan kutipan dari pengunjung pun tak semengah mana.
Aku masuk ni pun sebab Ilhan tak pernah sampai kan, tapi kalau lepas ni datang Langkawi lagi- nak masuk lagi memang tak lah! Sebab ko tak kan nak bayar lagi RM70++ sekeluarga hanya semata-mata tengok makam kubur je pun eh!!
Bihun Sup Utara.
Balik Makam Mahsuri kita makan bihun sup kat Pekan Kuah. Pergh sedaaaaap. Muraaaaaah! Bihun daging harga RM5, kalau bihun campur harga RM7. Murah lah bagi aku sebab isinya dia banyak bagi. Lepas tu ada masa lgi jam 5.00 petang kita ke Dataran Lang, sebab nak tengok ikonik Langkawi iaitu statue burung helang kat situ.
Wah tengok husband dah macam Falcon tuh!! Hahaha
Jom kita shoot gambar ala-ala iklan Dunhill !!
Pose iklan Dunhill ni mesti org yang gen Millennium yang tahu kan ;P
Ngam2 ambil gambar ada flight lalu di atas.
Kemain Ilhan ambil gambar. Stylo.... Slayyy hahaha!!
Ni gambar paling ok, terang dan kemas kan.
Foto kami terbaru 2025 yeahhh!!
Ibu ambil gambar Ilhan kat sini ya.
Saja suruh anak2 bergambar kat sini.
Hah korang cepat tepuk2 air tu!!
Sengih2 je, pelik lah. Ibu nak suruh buat apa ler.
Saja jer nak throwback budak2 ni gambar 2012 dulu, lokasi sama je.
Dah 13 tahun berlalu daaaahhhh....
Dalam pukul 6 lebih kita balik ke hotel pulak. Solat dan mandi siap2 sebab pukul 7 petang nek keluar balik makan malam kat Napoli Pizza di Kampung Padang Gaong. Walaupun pizza kampung tapi ingredients dia menyamai pizza di Itali dan dimasak gunakan kayu api woooo. Dan Chef Pizza ni banyak menang dalam pertandingan peringkat internasional untuk pizza dan burger.
Pakai kayu api so ada bau2 dan rasa smokey yeeea.
Kami datang awal, masa ni ada satu pasangan mat Salleh tengah makan pizza dia.
Ya itulah chef pizza yang menang banyak competition peringkat international. Masa perniagaan dia seperti tertera di gambar.

Kami order pizza Mediterranean, pizza kahwin - 1/2 beef dan 1/2 chicken, sebab nak rasa dua-dua flavor pizza ni.
Dan yang peling sedap sekali adalah star pizza wagyu ni huhuhu. memang sedap. Harga dia RM55. Memang betul2 STAR!! Aku order juga 2 set smashing burger dan french fries. Burger dia memang superb!! Walaupun nampak biasa je sekali makan MasyaAllah sedap nyer!! Total harga makan termasuk air semua dalam RM230++
Selesai makan, kita ke Dream Forest langkawi, satu tempat menarik yang baru di Langkawi. Dibangunkan oleh Datin Tiara Jaqualine, ala2 macam filem Puteri Gunung Ledang.
Masuk entrance dia, harga tiket dia memang mahal. Kalau dewasa tiket dalam RM60++.
Sebab aku ada kad maybank, beli kat kaunter dia bagi diskaun 15% dari harga asal, mujur tak beli awal kat KLOOK!!
Sebab harga agak mahal aku rasa ada pengunjung kita ramai yang tak jadi masuk, patah balik mungkin sebab ahli keluarga ramai dan harga dia agak besar nak dibayar. Yang banyak masuk kat sini rata-rata pengunjung dari luar negara, dan pasangan atau couple je. Ada couple tu dari Spain rasanya pakai singlet dan bra je duduk dan jalan sebelah aku ish ish... Tau lah panas, aku pulak rimas tengok minah seksi seksa ni huhuhu.
Memang tempat menarik yang baru di Langkawi ni. Kalau tengok at IG aku, korang akan nampak video yang kita akan dipersembahkan cerita-cerita dongeng rakyat langkawi. Dengan penataan cahaya dan bunyinya seolah-olah kita dah masuk ke alam lain. Seperti masuk dunia bunian lah konon-kononnya.
Korang akan rasa seolah-olah macam dalam filem Avatar ceh!! Hehehe.
Umar cuba peluk pokok yang ada kat dalam Dream Forest.
Sebab lokasi dia dalam hutan simpan, maka kita melalui pokok-pokok ukuran sebesar gergasi.
Ish ada pondok Ewoks kat dalam tu.
Bawah tu ada tempat macam cafe untuk kita rehat2 sebelum sambung journey semula. Aku pun hairan dan terpikir, macamana Datin Tiara boleh dapat dan lepas buat projek besar macam ni dalam hutan simpan Langkawi ni. Hmmmm.
Ok dalam sejam selesai kita abiskan lawatan.
Tempat ni memang bagi tempoh masa sejam-sejam untuk lepaskan 1 kumpulan pengunjung. Dan masa lawatan terakhir adalah pukul 11 malam, yang sesi last ni ada diskaun. Tapi risau pulak, takut balik tertiba berteman tambah lagi satu hehehe maklumlah kawasan hutan kan... Serammmm.
Balik hotel kita pergi mendobi baju dulu sebelum rehat untuk sambung hari kedua pulak.
Bersambung lagi blog selepas ni- Hari kedua di Langkawi.
K, byeee