Showing posts with label cuti bersalin. Show all posts
Showing posts with label cuti bersalin. Show all posts

Sunday, January 31, 2016

Cuti bersalin tamat!!

Aiseh arini last day  cuti setelah sekian lama berehat selepas bersalin Ilhan Wafiq bulan Oktober tahun lepas. Huhu dah start kerja dah bulan Februari ni... confirm aku jadi blur nak masuk kerja besok T_T

So arini pulak handphone Samsung Galaxy note aku buat hal. Dah lama sangat buat hal tapi bersabar jela. Last2 arini terus padam, charge2 tak masuk pun dlm bateri, adeh.. Tepon ni pun aku beli Disember 2012 kat Maxis, offer RM599 jerrrr... pastu tak sampai 2 minggu pakai, diorang keluar Samsung Galaxy note 2. Ooo payutlah diorg bagi murah je version pertama ni muahahaha.

Tepon yang dulu segan2 nak hidup kini dah terus tak hidup daaaa..

Jadi misi arini cari seterika baru (wah semangat nak gosok baju kerja ko) dan handphone baru bajet bwh RM300 bahaha.. agak2 dapat tak?? Ntah apalah nasib arini banyak pulak kete, jammed manjang je kat bandar seremban. Nak gi kedai Tye Hin pun payah T_T. Penuh je kereta, sebab nak dekat Tahun Baru China. Last2 pergi beli kat Seremban Prima je, cawangan baru dia. Tapi handphone tak jual, jadi beli jela sterika Panasonic baru. Pilih yang berat sikit sebab aku tak tekan2 bila mengosok baju, letih weh...


Pastu gi makan pizza hut... kat Aeon S2. Sebab nak celebrate harijadi anak perempuan kami, dan juga aku sekali (miahahaha). Aku dan Qaireen share hari lahir yg sama. Tak sangka dah bertambah umur dah anak beranak ni...


Bakul baju Ilhan untuk ke taska politeknik.


Malam tu dok kemas2 ler semua beg dan bakul anak nak antar gi sekolah lah, taska lah.. banyaknyer beg2 nak berangkut ke dalam kete pagi2 nanti!!

Berapa banyak punya beg dah....


Sian dia, besok dah kena dijaga orang lain dah. Ibu dah start kerja, tak boleh nak ulit2 awak setiap pagi dan hati T_T




Wednesday, January 27, 2016

Reunion kecil kawan sekolah

Kebetulan minggu lepas kami sekeluarga balik johor. Kebetulan cuti aku masih ada lagi jadi aku sambung sampai hujung bulan 1 ni, bulan 2 nanti baru naik kerja wakakaka.

Kat Batu Pahat member kamceng dari form 1 aku, Liliani baru sebulan lepas bersalin anak ketiga. Bila aku tengok status FB, member aku NORLaila pun ada kat Batu Pahat sebab masih cuti bersalin kitorang pun dok komen2 kat status cadang nak jumpa. Maklum ler lama tak jumpa kawan2 sekolah ni...

So before balik pagi ahad tu aku pergi ke rumah lili, bawak Ilhan dan Umar. Qaireen tak nak ikut sebab ayah dia tak ikut sekali, deman.. bukan jauh mana pun umah Lili, 500m jer dari umah aku.. aku datang awal juga, dekat setengah jam baru Laila sampai. Tapi sorang jer. Lahh dia tinggal baby dia kat umah mak dia. Baru nak ambil gambo sama2


Anak lili no 2, Ilham dah 3 tahun dah. Yang sulung darjah 2 takde sebab sekolah. 


Selit sekali Umar nak gambar dengan Ilhan.


Gambar untuk anak2 yg no 2 dan no 3 kan hahaha.
Anak terbaru lili, Aisyah. Dah 40 hari dah. 
Yang anak sulung je takde dalam gambar ni. 

Ibu2 yang sedang dalam cuti bersalin bahaha.
 Dengan baby masing2 kecuali Laila sebab tinggal baby kat umah mak dia.

Throwback 1997, masa ni form 4. 
Lili takde sebab dia ler tukang amik gambo ni. Ni ler rumah lama dia. Laila pun takde sebab dah masuk sekolah teknik.

Alahai rindu seh zaman sekolah dulu hehehe. . Sembang2 borak2 pastu pukul 12 lebih aku pun beransur balik, nak balik seremban lagi petang tu. Hopefully ada rezeki inshaAllah kita jumpa lagi..




Thursday, December 3, 2015

Aktiviti masa cuti panjang

Cuti panjang, aku amik 3 bulan. Jadi dikira2 tahun depan lah barunstart kerja hehehe. Puas sikit nak susukan sepenuhnya pada Ilhan. Lagipun kuota cuti pun ada lagi... anak2 amik kelas insentif 3 mggu. Jadi pagi dan petang dok umah kerja aku belek2 resipi dalam internet. Majalah tak beli lah. Sebab dalam internet confirm berlambak. Rajin tak rajin jer nak buat T_T

Buat lasagna. Selalu buat lasagna sebab anak2 memang suka makin ni. Berkali2 tambah. Resioi aku ada tulis kat sini.


Buat salad daging salai..

Try buat roti titab...


Cuba buat ayam percik..

Yang penting anak2 dan husband suka nak makan... kalau ada bahan boleh buat. Cari resipi simple2 jek, tak nak ada ingredient yg payah nak cari dan buat hahaha.


Ada juga beli online, pos laju sebab memang ada kat umah.

Hehe bukan buku resipi, tapi buku2 pasal pengurusan kewangan dan perniagaan online. Lagipun sejak pregnant lagi business online jadi sendu sikit sebab jadi malas sekejap. Tak larat nak manage T_T. 



Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...