Minngu ni aku tak dapat update blog sebab sibuk menjaga anak deman panas. Aku cuti dua hari langsung sebab nak jaga Qaireen Shafiyyah memandangkan husband kena pergi meeting di Perlis.
Start ahad, badan Qaireen panas, check suhu 38.9 celcius. Batuk berkahak. Bagi makn ubat batuk dan sirap panadol. Dia tidur saja sepanjang hari. Makan pun tak mahu. Aku bukak aircond supaya sejuk, dan lagipun udara kat luar pun jerebu bau asap. Badan dia panas dan kadang2 sampai mengigil2, adakala dia meracau2 masa tidur. Macam dikejar sesuatu. Kesian Qaireen. Memang basah kuyup aku lap tuala basah kat kepala dan badan dia.
Malam tu aku cuma bentang tilam di luar, senang dia baring2 tidur depan TV. Aku pun banyak bukak Astro Awani untuk menunggu khabar berita MH370. Bila bagi makan bubur, dalam 7 suap dia muntah semuanya. Pastu kerja akulah mendobi kain, kusyen dan baju sebab tengok flow air dah mula kecil. Ish nak catu air lagi ler tu huhuhu.
Last2 semua anak beranak tidur kat depan. Pagi senin masih tiada perubahan. So Qaireen cuti tak pergi sekolah. Aku pun amik cuti, umar sahaja ke sekolah. Lepas hantar umar sekolah, aku belikan roti canai tapi Qaireen tak lalu makan. Kira dari semalam Qaireen tak makan langsung sebab dia takut muntah lagi. Cuma minum air glukos dan barli. Aku kept up to date, whatsaap gambar dengan husband tentang perkembangan Qaireen. Kalau meeting abis awal dia akan cabut balik cepat2.
Petang kemudian lepas ambil Umar dari PASTI, terus pergi Seremban 2, Klinik Anjung Karisma. Doktor check tekak dia bengkak, batuk dan deman. Bagi ubat antibiotik sekali untuk dihabiskan.Confirm lepas makan, Qaireen pun macam melayang sebab ubat mengantuk. Badan berpeluh2 dan suhu badan dah turun. Tidur lah sampai ke pagi.
Dan hari Selasa, aku pun cuti lagi. Hantar Umar ke PASTI dan basuh semua baju, tilam dan kain. Sambil2 basuh kain tengok sekejap MHI TV3, Kapten Norudin (bekas juruterbang MAS) bagi pandangan dia tentang peristiwa MH370. Kagum aku dengan orang tua yang berilmu ni.
Pagi tu baru nampak Qaireen bertenaga, bagi minum sup cendawan. Aku ajak dia keluar ke pejabat POS LAJU Lukut sebab kena poskan barang2 (kolagen, kopi dan tupperware) yang customer dah order dan bayar. Untung sebelah Pos Laju ada Kopitiam Old Town White Coffee. Qaireen request nak makan me sup. Ok jugak, boleh aku perkena kopi-aku ni gila kopi.
Malam tu dia pun ceria, main2 dengan Umar. Nampak ada bubur McD terus mintak, mak aii banyak betul makan. Kira balas tak makan 2 hari ler tu. Alhamdulilah, sihat kembali anak-anak aku. Malam tu husband pun sampai dari Perlis.
P/S: hati agak sedih mengenangkan nasib pesawat MH370. Semoga Allah permudahkan pencarian dan menyelamat pesawat ini. Amin....

Kesian, susut badan ank ibu tak nak makan sehari. Tunggu doktor panggil nama kat klinik.

Sebelum makan,
selepas setengah jam jus oren abis dan me tinggal suku je dalam mangkuk
Malam tu dia pun ceria, main2 dengan Umar. Nampak ada bubur McD terus mintak, mak aii banyak betul makan. Kira balas tak makan 2 hari ler tu. Alhamdulilah, sihat kembali anak-anak aku. Malam tu husband pun sampai dari Perlis.
P/S: hati agak sedih mengenangkan nasib pesawat MH370. Semoga Allah permudahkan pencarian dan menyelamat pesawat ini. Amin....
No comments:
Post a Comment