Showing posts with label side income. Show all posts
Showing posts with label side income. Show all posts

Friday, June 26, 2015

Kenapa rasa stress buat Side Income?

Tetiba je aku teringin nak sentuh pasal topik ni. Sebab mostly ramai orang hanya tau bila kita ada buat business side income automatik kita boleh berbelanja lebih, shopping lebih, tak payah nak berkira2 kalau nak beli sesuatu. Dan paling best (paling perit aku rasa part ni) bila orang perli2 pada kita, untunglah buat business ada duit lain masuk poket, boleh beli rumah besar, boleh beli kete besar. Aku rasa kadang2 hati pedih, telinga aku rasa merah nak bernanah tapi senyum jelah.


Aku tertanya agak2 kenapa orang luar sana fikir macam senang jer nak buat business part time. Bila pikir2 balik mostly yang cakap tu diorang tak pernah buat business. Mungkin sebab tulah dalam pikiran diorang kita ni macam goyang kaki, duduk rileks,check2 handphone, minum kopi atau mengeteh tau2 duit dah masuk dalam poket- pasif income lah kononnya. Tetapi aku cakap terus terang untuk capai ke situ perlu ada BOTH HARD WORK AND HARD TIME  untuk capai tahap menjana keuntungan.

Bukan semudah seperti orang pikirkan. Aku pun kadang serabut jugak hohoho nak pikir anak2, nak pikir nak beranak, nk mengajar lagi, Tupperware, pasal rumah sewa, saving lagi. Adoiii berdenyut kepala dibuatnyer...

Dari cik google yg stress...

Stress wei, penat....T_T
Bukan mudah nak buat sesuatu janakan pendapatan sampingan. Kadang2 bila fikirkan makan gaji memang lagi mudah, masuk kerja sekian2 masa dan cukup masa kita abis kerja. Kita dibayar oleh majikan untuk diambil masa. Tapi banyak masa hidup kita diabiskan untuk bekerja.

Tapi kalu buat side income, setiap masa tak kira pagi petang malam, malam buta pun kena buat kerja. Buat business bukan sekadar duduk opis, aku kena rush pergi ke sana sini. Ke KL, Klang, Johor, merata2 (sampai Borneo buat roadshow). Nak cari stok barang2, daftar stressahli, pos barang, set target, dan plan target tu T_T

Lepas tu customer bukan nak kira masa kita free atau tak. Bising bila barang lambat sampai. Belum lagi melayan kerenah customer, tanya banyak2 lepas tu senyap..... Jenis bukan serious buyer. Ada nak murah2 je sahaja, nak gift lagi sampai tak masuk akal nak dilayan...

Time stress bila layan orang tanya minat nak buat business part time, nak cari duit lebih. Tapi mind diorang fikir macam senang je dapat buat duit kalau buat business itu dan ini.

Semua itu adalah berdasarkan usaha keras kitalah, bukan mudah seperti cerita sesetengah orang boleh 'capai bintang dan langit'... Kalau korang nak duit korang sentiasa terjamin ada pulangan menguntungkan, simpan diam2 sajalah dalam ASB atau Tabung Haji. Memang akan pulangan jer, tu janji kerajaanlah. Lagi senang pelaburan, tak payah serabut kepala nak fikir jual itu ini cari customer, capai target jualan dan jana untung. Bukan selalu untung pun (walaupun untungnya memang masyuk juga kalau compare dengan kenaikan gaji kita).

Lagi satu pasang nawaitu nak buat side income. Kenapa nak buat side income? Jadi kenalah fokus pada nawaitu, bila niat dan matlamat dah ada kita pacu tenaga dan effort kita berlandaskan nawaitu tu. Kalau samar2 tak tau hala tuju, nak untung pun tak tau nak target berapa, payahlah... Usaha pun suam2 kuku lagi payahlah aku nak tolong..

Okei, sorry teremosi pulak mak buyung ni T_T
Selamat berpuasa.









Sunday, February 1, 2015

Promote up New Director Tupperware

Alhamdulilah berakhir 31 Januari 2015, lahirlah seorang Director baru dalam team Tupperware aku, Siti Sara Abdul Rahim. Beliau mula join daftar jadi ahli Tupperware 1 Disember 2014. Beberapa hari kemudian terus register untuk cabaran rank up jadi Director Tupperware. Jadi director bermakna, komisyen dan bonus lebih besar dan luas :)

Bulan Februari, downline aku Sara dengan rank baru :)
Memang pantas, kira dalam dua bulan jadi ahli dah terus jadi Director, hebat!!

Komisyen yang dapat.. ketika Director in Challange

Aku belum bekesempatan berjumpa sara, sekadar coaching melalui whatassap... Tu pasal team Tupperware Mega Aces pelik camne aku boleh rekruit downlines tanpa pernah jumpa. YUP, SEMUANYA MELALUI ONLINE je sekarang... Hah jadi tiada mustahil, dalam online pun jadilah ahli dan terus sahut cabaran untuk jadi Director. Tahniah untuk Siti Sara. Usaha anda tidak jemu membuahkan hasil. Walaupun sarat mengandung anak sulung dan bersalin pada minggu terakhir cabaran, Sara tetap berusaha untuk mencapai ke garisan penamat. Allahu Akhbar!!.

Komisyen diraih pada bulan lepas, simpan untuk tabung pendidikan baby 


Jadi pada sesiap nak join Tupperware dan nak tau macamana nak jana side income, saya boleh ajar dan tunjukkan macamana. Yang penting usaha untuk belajar dan tidak jemu2 mencari ilmu.

Be my protege 

Hasny
012 7597929 
013 6036630

Monday, December 29, 2014

Miracle Can Happen!!

Aku sebenarnya pinjam kata2 ni dari Leader Tupperware aku, Tee Kim Choo. Kadang2 kita rasa macam mustahil, tapi percayalah kadang2 keajaiban itu boleh berlaku hmmm...

Meeting with director at Mega Aces Klang. 

Bulan Disember ni, Tupperware lancarkan Santa Bounty Challenge. Khusus untuk Director dan Star Director sahaja. Kim bagitau bermula 1 hingga 27th Disember 2014, cabarannya kami mesti achieve team sales sebanyak 5k, 10k atau 20k untuk melayakkan kami menerima gift dari Tupperware.


Nak capai team sales sebanyak 5k bagi aku inshaAllah tiada masalah. Bukan takbur, sebab memang kalau usaha dan kerja keras sikit inshaAllah boleh capai target jualan. Tapi lepas je briefing,  Kim tepuk bahu aku "you mesti buat 10k!" T_T

Nampak gayanya aku kena usaha 2 kali ganda tak gitu!!

Alhamdulilah, begitu semangat dan kerjasama daripada team aku, terutama seorang DIQ dan kumpulannya memang banyak membantu aku. Dan tak sangka 25hb, malam tu aku terima message selepas balik dari hantar barang tupperware di HKL (aku ada citer di sini) dan bawa anak2 makan nasi Arab.  Ada message, customer nak trade in FILTER AIR Tupperware :) 
Benar kata2 ini, "jika kita bantu orang tu, InshaAllah orang akan bantu kita balik..." 


Trade in Filter Bio Aura, dapat rebet RM500 untuk Nano water Filter Tupperware.

Pagi tu dalam keadaan hujan lebat, aku pergi ke Klang semata2 nak amik filter lama customer untuk trade in Filter Air Tupperware. Demi mencari sesuap nasi. Kesian kat anak dan suami sebenarnya, asyik heret sana sini. Selalunya aku pergi sendiri sebab kebetulan hari Jumaat kami dah amik cuti dan husband nak guna kereta solat Jumaat terpaksa dia ikut sekali dengan anak2...Hmmm 2 hari pergi balik ke KL dan Klang memang perkara yang memenatkan, mujur suami jenis supportive T_T
Ya perihal mencari rezeki kita kena usaha. Kena cari! Bukan senang ia datang bergolek kepada kita. 

Alhamdulilah, akhirnya berjaya juga capai 10k jualan sebelum 27hb  Disember ini. 

Dan selain daripada komisyen yang bakal diterima, gift dari Bounty Santa Challange adalah di bawah ini. 


Diorang suruh pilih pages mana yang aku nak. Jadi aku pilih set Inspire cookware Collection ni. Dpat secara PERCUMA....Tupperware suruh pilih, aku pilih lah yang ni :P


Ok, jika anda di luar sana, ingin mencari pendapatan sampingan dan pimpinan daripada mereka yang benar2 mahu anda berjaya di dalam Tupperware, boleh hubungi saya.

HASNY
012 7597929
013 6036630




Au revoir...




Tuesday, December 9, 2014

JOM!! Berniaga secara online! Berniaga secara part time!


Anda minat berniaga?? 
Apa yang anda faham tentang berniaga??
Tahukan anda, kajian di US apabila soal selidik kepada warganegara mereka apa yang ingin mereka lakukan jika berpeluang?? 
80% memilih : to own of a business company that employs 100 or more people!! 
Ya! Mereka ingin BERNIAGA!!

tapi....

Rata2 bila dikatakan perniagaan kita mesti terfikir :-

1) satu bangunan atau premis  yang perlu ada untuk tempat berniaga. 
2) Kemudian upah 2 atau 3 pekerja, 
3) kena ada transportation nak hantar barang ke customer,
4) Kena ada stok banyak untuk dijualkan kepada pelanggan
5) perlu mencipta dan membina satu sistem perniagaan dalam menjanakan keuntungan dan rangkaian

 dan...dan... dann macam2 lagi yang kita fikirkan yek!!


Am I an Entrepreneur??!!



Cukup, 

anda sedar sekarang anda berada di maan sekarang?? 
Ya abad ke 21, kita berada zaman teknologi a.k.a INFORMATION AGE! 

Anda ada smart phone?? 
Tab?? 
Komputer?? 

Ada internet?? 

Kalau ada. Bagus! Kerana anda sudah ada ciri2 untuk melangkah menjadi usahawan!!

Sila tonton video ni,

ONLINE MARKERTING 
vs 
TRADITIONAL MARKETING




Saya memulakan perniagaan online ketika pertengahan hujung tahun 2012, Alhamdulilah ianya membantu sedikit sebanyak dalam ekonomi keluarga saya. Jika anda mahu lihat macamana dikatakan online, saya membina pemasaran dan networking melalui internet sahaja. Tanpa perlu mengabaikan tugas hakiki dan tanggungjawab saya :)


Permintaan untuk menjadi ahli/ ejen / distributer bebas.




Promosi dan pemasaran secara online akan menarik ramai orang luar untuk menjadi usahawan secara part time :)



Kesedaran yang tinggi daripada penguna tetap untuk bertukar kepada ejen yang sebenarnya boleh menjanakan income, bukan sekadar menjadi penguna biasa sahaja. 



Penghantaran barang dengan hanya dilakukan di talian sahaja. Segala2 nyer di alam maya. :)


Bagaimana saya lakukannya??
Saya hanya perlu rajin membuat pemasaran secara online. 
Dan saya juga lakukan sesi coaching dan mentoring dalam talian juga. 
Ada juga saya tidak berjumpa downlines secara bersemuka, tapi saya akan sentiasa  keep in touch pada mereka yang BENAR-BENAR serius untuk menjadi usahawan!! 
Saya mencari pengalaman dan ilmu yang saya dapat ketika menjadi anak didik Dr. Shah Razali, Dr Azizan dan Abang Abu 'Mekanik Wang". 

TErbaik!!




Thursday, August 21, 2014

Jana pendapatan daripada Tupperware.

Dalam hidup perlukan pendapatan. Berdasarkan daripada Azizi Ali dan mentor aku Dr Shah Razali, kategori pendapatan kita boleh dapat daripada empat punca utama. Antaranya:-
  1. pendapatan aktif-makan gaji, upah kerja
  2. pendapatan pasif-royalti, sewaan, dividen saham
  3. pendapatan sampingan - komisyen, perniagaan part time dan 
  4. pendapatan kapital-emas, hartanah, saham
Jadi seboleh-boleh, anda buat semua punca pendapatan tersebut. Elakkan tinggalkan pendapatan lain jika anda dapat mengendalikan kesemuanya.


Bagi aku, Tupperware yang aku buat ni aku kategorikan sebagai antara side income aku yang paling priority. Aku start buat Tupperware pada penghujung 2011. Dan aku tak sangka daftar sekadar jadi ahli biasa rupanya ianya boleh janakan pendapatan sampingan. Tupperware adalah MLM-multi level marketing. Adalah cara pengiraan komisyen dan keuntungan. Telus dan sistematik.


 

Bulan Mei 2014

 

 Bulan Jun 2014

Bulan Julai 2014


Secara jujurnya, aku mengatakan komisyen aku tidak sehebat bagi mereka yang dah otai dalam Tupperware. Ada masanya aku dapat pun sekadar RM200 ++ dan 300 ++ sahaja, tapi itu masih rezeki dan aku sangat bersyukur!! Memandang aku bekerja, tapi Alhamdulilah dapat berpeluang menjanakan pendapatan 'senyap' dari sumber yang lain. Lagipun berniaga ini bergantung pada kerajinan kita untuk melakukan perniagaan. Bukan sekadar pasang surut. Atau sekadar ikut mood.

Bab ni, aku sentiasa dibimbing oleh leader.  She very positive minds, professional..  Mungkin sebab dia pernah berkhidmat dalam korporat sebelum 100% fokus dalam Tupperware business. She always support me. Kindly understanding, walaupun dia bukan sebangsa aku.  Kadang2 aku sibuk dengan kerja hakiki, tp dia sentiasa followup aku. Even dia sibuk pun uruskan Tupperware Business Center Office (BCO), sempat juga dia berikan banyak lah information kat aku. (Husband aku pun puji dengan kesungguhan Kim sebagai leader). Dan semua kumpulan bawah Mega Aces senang dengan dia. Dia adalah TEE KIM CHOO. Senior Excutive Director owner Businee Center di Bandar Klang. Jadi kalau ada kelas (klik sini), parti tupperware (klik sini), ke majlis berkaitan (klik sini) Tupperware aku mesti cuba luangkan masa sebagai sokongan atau balas balik lah sokongan Kim bagi kat aku.




 TEE KIM CHOO.
Walaupun usia dah masuk 40 series dia sentiasa nampak menawan. Sesuai sebagai duta Berry Gen NaturCare. 


P/s: Anda nak jana pendapatan sampingan?? Boleh hubungi saya,
 Insha Allah saya akan terangkan

Hasny
012 7597929
013 6036630



Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...