Showing posts with label malas update blog. Show all posts
Showing posts with label malas update blog. Show all posts

Monday, March 12, 2018

Update blog bersawang!!

Memandangkan sibuk untuk menanda assignment pelajar dan menyiapkan markah maka aku saja abaikan blog ni. Takde idea nak tulis atau update... Jadi kat sini aku tempelkan gambar2 sepanjang berminggu yang lalu sepanjang bulan Februari lepas. 

Bawah ni kebetulan ada sedara buat kenduri kahwin anak dia di taman berhampiran stadium Paroi. Mak dan ayah datang sekali dari Johor. 

Baru lepas makan kenduri, duduk lepak kejap. Tumggu pakcik sedara (adik ayah) datang nak sembang. 

Si Ilhan amna nak duduk diam, payah nak amik gambar sekali. 

Hah tu dia, sekali pak cik aku datang sembang mak aii. Pakcik aku ni dah bersara dari berkhidmat RTM tahun lepas. Baru aku perasan, adik beradik ayah ramai dah jadi persara sekarang ni. 

Kenduri kahwin pun ada sediakan makanan goreng panas2 macam pisang, keledek dan sukun. 

Baru nampak Qaireen kemas sikit bila dah tocang ikat rambut tu. 

Bila Ady balik rumah baru di Rantau, kitorang pun pakat nak tidur di rumah dia. Ni ler first time kitorang tidur rumah dia. 

Malam tu aktiviti kitorang bakar otak2 mak ayah bawak dari Johor.

Jadi kita bakar, kita bakar!!


Sedap makan panas2 cam ni, best betul!!

Hah nganga besar mulut Umar makan otak2. Feberet anak2 ni.

Main bara sungguh, kak Lela gigih abiskan bakar otak2 ni. 

Wajah2 happy dapat makan otak2. 

Pagi tu, lepas sarapan Ady dah start nak potong rumput. 

Menarik mesin rumput tu yek, husband pun tertarik. Raa macam nak ada satu kat rumah sendiri. Takde lah penat mengunting ye. 


Itulah je update aku untuk kali ini... 
Kbai...



Thursday, July 27, 2017

Lama tak updated blog

Aku rasa lama juga berminggu tak update. Sorry lah blog, pasal sibuk dengan mengajar dan kelas. Lagipun handphone aku dah sampai limit. Out reach the limit dia. Dah tak de space dah pasai handphone aku kecik jer. Hand phone aku yang dulu dah rosak, nak beli tapi tak beli2 pun.

Raya tak abis lagi, ni jamuan raya peringkat politeknik.
Jabatan kami kena sediakan lemang dan ketupat palas. Gambar last dalam handphone pastu takde dah nak amik gambar, dah takde space. 

Nak beli baru, rasa banyak pulak benda lagi penting nak didulukan. Baru2 ni khidmat taska anak2 dah bertukar pengurusan jadi kena bayar semula pendaftaran. Anggaran dalam RM1000 lebih. Lepas tu servis major kereta memandangkan dah sampai untuk diservis.  Lepas tu ada pulak leaking pada bawah enjin kereta. Jadi kereta kena tahan dulu dalam worksyop. Nak kena check up masalah dia.

Bila Toyota servis call kena tukar part, angkat enjin. So charge dia dalam RM2000++. Gulp... Hmm nak wat camna, pejam mata kata iyo jela. So bulan ni aku dah abis hampir RM5k sahaja. Boleh bayar cuma biasalah jiwa jadi sentap sikit. Bukan sebab nak beraya punya pasal tapi sebab2 yang yelah kita tak boleh nak elak pun. Hadap jelah. Bukan dalam perancangan kita pun ... T_T

So hilang dah mood nak update pape pun dalam blog ni. Biarlah dulu sampai mood dah ok. Ni pun aku update sebab kesian pulak takde update sangat bulan ni hua hua hua... Handphone baru nanti tunggu aku dah jadi kaya aku belilah hahaha!!

Ok, kbai.....





Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...