Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

Monday, April 14, 2014

Tips review rumah subsale

Aku dan husband sebelum ni banyak buat view site rumah under con setiap kali cuti hujung minggu. Itulah aktiviti kami anak beranak nak isi masa lapang hahaha. Merata2 di Seremban, Johor sampai ke kajang pun ada. Dalam sejarah sepanjang tahun lepas tak pernah kami buat view site rumah subsale. Sebab rumah under- construction memang takde owner, hanya berurusan developer jadi boleh ler suka2 nak masuk rumah tu, tengok bilik ker dapur ker hatta toilet sekali pun. Nak duduk ker baring pun bukan ada orang marah pun kan.

Rumah contoh. 
Lokasi di S2 Height, Seremban 2, boleh aku dan anak2 belek2 barang kabinet, baring, duduk dan berlari2 . 


Jadi atas nasihat DSR, kami kena tengok jualan rumah subsale. Jadi kalau nak beli rumah subsale, mesti perkara wajib kena buat ialah 'view site' atau melawat kawasan. Janganlah korang terpengaruh dengan iklan yang dipaparkan dalam internet semata2. Kadang-kadang ianya indah khabar dari rupa. Ejen ni kadang-kadang dia upload je gambar dulu-dulu atau unit lain dari kawasan yang sama. Kena set appointment  bila dan masa nk datang view. Selalu aku yang tunggu ejen kat lokasi, ,bukan ejen yang tunggu aku datang, ceh!!


Tujuan buat view site adalah melihat kordinasi dan kordinat rumah. Kordinasi ni ialah keadaan rumah tersebutlah-check berapa bilik tidur, bilik air, dapur dan luas keseluruhan kawasan unit. Check bilik air, time ni aku dan suami pulas bukak buka kepala paip termasuk sink di dapur tengok flow air rumah tu. Pressure air kuat ke slow.

 Kepala paip dah takde. 

Penuh yard dengan baju dan kain (abaikan apa yang tergantung), penyewa adalah pekerja kilang. Sampai koridor pun bersidaian semua baju. Ada 11 orang duduk dalam rumah tu. Mak aii!!

Lepas tu flush semua jamban kat toilet diorang kek keh keh ada penyewa rumah tu sporting tak kisah. Tapi ada juga tu jeling2 je kat kitorang. Sebab kami nak tgk jamban diorang dan salur kumbahan ok ker tak. Kalau bawa anak2 lagi bagus sebab anak2 kami kata nak buang air so aku amik peluang tumpang sekali testing bilik air tu.

Bilik air bersih macamni kan bagus hehehe. 
Lokasi Vista Lavender


Kemudian check tiles atau jubin di semua tempat ruang rumah, terutama bilik air dan dapur. Husband, mata dia 'tajam' hahaha jubin tanggal atau pecah dia boleh perasan. Aku lebih tengok atas check siling. Kalau2 ada masalah kebocoran yang serius.

Ni apartment disewa oleh company untuk dijadikan asrama pekerja-pekerja diorang. Oklah diorang sporting tak kisah aku check bilik tidur diorang.

Lepas tu kami akan main petik2 suis- suis lampu, kipas menyala atau hidup atau tak. Kemudian check semua plug berfungsi atau tidak. Yang ni aku jarang buat. Sepatutnya kena buat, korang bwk jer charger bateri. Cuba tengok kalau 'on' plug tu dapat charge hp ke tak? Kalau tak, maknanya plug memang rosak atau korang yg kena tukar hp baru hehe ( just joking eh). Kalau Abang Ensem, dia suruh bawa baby. Kalau budak tu menangis bila masuk rumah tandanya ada benda lain duduk dalam rumah tu keh keh. Yang ni aku tak buat wei..

Untung kak ipar beli rumah subsale dapt siap kitchen cabinet ni. 
Lokasi Vista Lavender, Bandar Kinrara Puchong

Paling best kalau unit tu dah provide kitchen kabinet dan plaster ceiling. Kira marvellous dapat unit cantik dan terjaga. Tapi harga kena kawtim juga. Kalau selepas selesai check, dan banyak juga defect yang ada kira kami kena pandai negotiate mintak turun harga. Selalu kalau unit disewakan memang banyak problem. Kalau owner yang duduk sendiri tak de masalah sangat sebab diorang memang jaga dengan baik.

Negotiate. Jadi bagi taulah alasan pada ejen nanti kita kena keluar bajet lagi nak baiki defect. Nanti ejen akan bincang balik dengan owner. Memang ejen tak bagi buyer berurusan terus dengan owner, ceh! Biasa aku akan tanya kenapa owner nak jual rumah ni. Kadang-kadang owner tukar tempat kerja, nak balik ke kampung asal, nak bayar saman atau memang dia nak jual sebab dah lama keep. 

Rumah bertengkek-tengkek... Lagi tinggi lagi mahal property tu.

Kemudian kordinat, atau lokasi dia. Panas atau tak, bergantung dengan fasiliti-fasiliti yang ada berdekatan dekat situ. Kalau ada kolej atau IPTA/IPTS. Adakah dekat dengan deretan kedai-kedai dan restaurant, ada hypermarket macam  Aeon Jusco, Tesco atau Giant. Lagi havoc kalau ada macam tempat happening macam Sunway Pyramid!! Kemudian lokasi berdekatan pula keluar masuk higway atau lebuhraya-lebuhraya utama dan dilengkapi pula pengangkutan awam atau MRT atau stesyen komuter, fuh itu lagilah best.

Mentari Court. Belum 'jodoh' kami di sini lagi.

Jadi ini adalah sebahagian pengalaman aku share sepanjang kami melakukan view site di Mentari Court, Bandar Sunway. Kalau dibilang dari awal tahun sampai sekarang, sudah 4 kali sudah kami turun view site unit yang berlainan kat tempat ni. Punyalah susah nak memilih. Macam2 jumpa ejen, owner dan penyewa, itulah pengalaman dapat. Siap ejen mengamuk pun ada juga. Tapi itulah makannya kalau nak jadi property hunter. Kena banyak2 bersabar, tak boleh berputus asa. Cari yang terbaik. Jangan lupa check market value, berapa harga nilai bank boleh offer pinjaman kepada kita.

View site dengan bawa abang aku sekali. lols

Bila dah jumpa berkenan, dah confirm boleh bayar booking fees pakai cheque. Sign letter offer. Jangan guna cash!! Tapi kes aku bila dah bayar booking, boleh pula owner main tarik tali. Kejap jadi jual, sekejap tak jadi jual. Jangan biar lama-lama, kalau dua minggu tiada progress batalkan saja booking. Dan ejen akan refund kembali duit anda. Tak payah buang masa, carilah jodoh hartanah di tempat lain dengan anda kan.

Cheque refundable dari ejen. Pakai whatassap je nak bagitau duit dipulangkan.

Wednesday, March 20, 2013

Top 10 Habits That Can Help You Lose Weight

Kebanyakan pelangan saya selalu mengharapkan berat badan mereka akan turun apabila mereka memakai Premium Beautiful a.k.a PB. Saya juga mengharapkan perkara positif ini apabila saya menjadi ejen dan menjual Premium Beautiful. Tetapi dengan hanya memakai sahaja tanpa anda melakukan apa-apa tindakan cuma mendatangkan kesan yang agak kecil.

Seorang pelanggan saya tidak mengalami penurunan berat badan setelah memakai selama dua bulan. Tetapi dia mengakui bahawa pinggangnya telah mengecil sebanyak 2 inci. Dan seorang pelangan saya juga mengalami pengurangan sebanyak tiga inci. Ada pelanggan saya (my business partner also) mengalami penurunan berat sebanyak 3 kg selama dua bulan.


Bagaimana ianya boleh berlaku?
Ini disebabkan Premium Beautiful telah mengalihkan lemak-lemak pada bahagian tertentu ke tempat yang sepatutnya. It's “displaces” the fat. Maksudnya PB tolak lemak daripada bahagian perut ke atas dan ke bawak untuk ilusi bentuk badan yang lebih menawan. Pada masa yang sama, tekanan korset kepada organ/badan menyukarkan pemakai untuk makan berlebihan.
Dengan ini, pemakai tidak makan berlebihan (saya selalu memberikan peringatan kepada pelanggan saya supaya berhenti makan sebelum rasa kenyang jika tidak anda akan akan rasa mengah dan mahu muntah). Lagipun memang sunnah nabi berhenti makan sebelum rasa kekenyangan. Adakala tekanan itu ada juga membuat pemakai tidak selesa terutama pada beginner. Oleh itu pemakaian berdisiplin digalakkan selama 8 jam sehari, 5 hari seminggu. So don't overdue ok. Because sometimes your body need to be relaxing.
Penurunan berat badan sebenarnya adalah bergantung juga pada gaya hidup dan permakanan anda. Ada 10 tips tabiat yang dapat saya kongsikan untuk membantu mengurangkan berat badan anda.

1. Kaji habitat pemakanan anda
Adakah anda suka mengamalkan makan lewat malam, makan dan merasa ketika sedang memasak, atau selalu menghabiskan hidangan makanan anak-anak atau suami anda yang tidak dapat dihabiskan? Perhatikan dan kaji habitat tersebut sebab ianya lebih mudah diubah dan menyelamatkan banyak kalori.

2. "If you fail to plan, plan to fail"
Anda perlukan strategi untuk penyediaan makanan dan snek. Bungkuslah snek yang sihat supaya tersedia dan senang anda makan bila anda berasa lapar. Dengan ini anda tidak keluar mencari makanan yang merapu - pergi drive through McD malam2 huhuhu
3. Selalu membeli dalam keadaan anda kekenyangan
Memang betul! Nafsu membeli makanan akan jadi huru hara jika anda berada dalam kelaparan. Contoh paling mudah ketika kita  membeli juadah buka puasa, pasti hampir semua gerai kita hendak borong. Sedangkan bila berbuka, makanan tersebut sedikit pun tak tercuit pun oleh anda.

4. Tetapkan makanan harian anda.
Pilih makanan harian anda yang boleh memberikan tenaga dan anda senang mengamalkannya. Mengamalkan makanan yang tetap akan menggelakkan nafsu selera makan.
5. Duduk dan makan makanan di dalam pinggan.
Makan makanan daripada bungkusan dan dalam keadaan berdiri akan menjadikan kita leka dan seronok, kita akan makan dan makan tanpa had. PLEASE AVOID IT!! Bila makan mesti duduk - pesan orang tua. Sebab kita akan bertumpu untuk makan di dalam pinggan dan menghabiskannya.
   
6. Hidangkan makanan mengikut had setiap orang.
TIADA nasi tambah. Pastikan bila anda menghidangkan semangkuk lauk, nasi dan apa jenis makanan pun, hidangan itu akan dihabiskan cukup untuk setiap individu dan tiada PENAMBAHAN lauk atau nasi selepas itu. CUKUP-CUKUP saje yek.

7. Makan perlahan, kunyah betul-betul dan nikmatilah rasa makanan tersebut.
Ini juga sunnah nabi supaya kita mengunyah 40 kali apabila makan. Jangan gopoh menghabiskan makanan, nikmatilah dan rasailah dia kerana itulah nikmat rezeki yang Allah S.W.T telah berikan kepada kita.

8. "Don't eat after dinner"
Jika anda kelaparan pastikan anda makan non-calorie food. Tabiat makan lewat malam akan mengundang penambahan berat badan. Berus gigi selepas makan malam. Dengan ini ia akan mengurangkan keinginan anda untuk makan lagi- sebab malas nak berus gigi semula!!

9. Jadikan snek pada hari tersebut sebagai hidangan mini anda
Snek yang berkualiti mengandungi kabohidrat kompleks dengan sedikit kuantiti protien dan lemak. Anda akan bertambah sihat dan bertenaga, dan berat yang tidak bertambah.


10. Mulakan hari anda dengan SARAPAN.
Breakfast is the king!! Yup, saya sentiasa memastikan tidak terlepas sarapan setiap hari. Jika anda mula bekerja 8.00 pagi tiada masa bersarapan, sila bangun awal atau datang awal supaya anda sempat bersarapan. Selepas berehat lama satu malam badan anda perlukan 'fuel' untuk meningkat metobalisma badan dan memberikan tenaga untuk sepanjang hari.


Semoga anda berjaya menurunkan berat badan dengan mengamalkan tabiat pemakanan ini.
GOOD LUCK!!

XOXO
Jika ada kemusykilan atau pertanyaan boleh
sms
call
whatsaap
-HASNY-
012-7597929
013-6036630







Kursus Pengurusan Risiko 2026 || Akademi Sirim

Bila dilantik Pegawai Pengurusan Risiko (RoM) di tempat kerja, aku kena cari tempat untuk latihan untuk memahami skop tugas. Ini disebabkan ...