Thursday, November 6, 2014

Tanam pokok lagi

Hari rabu pagi sempat aku dan husband ke pasar tani untuk beli bberapa pokok untuk tanam kat laman rumah. Antaranya pokok pinang (Umar dan Qaireen kata pokok zombie!), pokok limau dan beberapa pokok hiasan.
Murah kalau beli masa pokok ni kecik2. Tapi kena rajin lah jaga dan baja.

Dah tanam pokok pinang yang beli sebelum ni. 

Pokok mangga madu dan delima pun dah tanam sebaris..kecik je anak poko. Kena sabar nak tggu dia besar. Umar pun tanya mana buah dia hehe kecik lagi tggu setahun dua. 

Pokok melur dgn mawar. Belum masukkan lagi dalam pasu. Pokok limau aku tukar dalam polibeg yang besar sikit. 

Anak pokok kemboja dah membesar setelah dialihkan dalam pasu yang besar. 

Pokok kemboja yang ayah bagi ni dah berbuah. Bolehlah semai benih banyakkan lagi pokok ni. Husband kata boleh jual 1 anak pokok RM5 ni hahaha iyolah tu!!


Tuesday, November 4, 2014

Chocolate Orange Pound Cake


Ahad lepas aku saja mencuba resipi nak buat kek Chocolate Orange. Cari resipi dari blog Joythebaker.com. Punya lah lama salin resipi tapi tak sempat2 nak buat. Qaireen asyik tanya bila aku nak start buat kek ni. Sampai dia dah hafal nama kek -Kek Orange chocolate cream cheese huuuuuh.


Ramuan utama.

2 cups all-purpose flour
1 1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
1 1/2 cups granulated sugar
2 tablespoons orange zest
1 (8 ounce) package cream cheese, softened
3/4 cup (1 1/2 sticks) unsalted butter, at room temperature
4 large eggs
2 teaspoons vanilla extract
1 cup dark chocolate pieces


Campurkan/adunkan tepung, garam dan baking powder. Gaul rata2 dan ketepikan.

Potong kulit oren halus2. Sebab aku takde pisau potong khas jadi aku toreh2 je kulit oren tu. Lepas tu aku kisar bagi halus. Ikut resipi dalam dua sudu besar. Tapi kalu nak rasa oren lebih tambahkan lagi.
Kemudian aku gaulkan ke dalam gula kasar. Ok siap, ketepikan dulu ye.

Dengan gunakan mixer, pukul crem cheese dan butter. Dua2 dah dinyahsejukkan sebelum dipukul dulu yek. Pukul rata2 sampai betul2 adunan tu sebati...

Kemudian campurkan campuran kulit oren dan gula kasar tadi. Pukul semula guna mixer. Pukul sampai lembut dan berkrim- buat sekurang2nya 3 minit. 

Kemudian pecahkan telur sebiji dan pukul adunan. Bila dah sebati masukkan sebiji dan pukul dan seterusnya sampai abis telur tu.

(P/S:  pecahkan telur dalam bekas khas, jangan masuk terus takut telur tak elok-rosak pulak tepung sebekas tau)




Dah pukul rata2 (iskk iskk banyaknyer perkataan pukul!!)
Lepas tu baru campurkan dua sudu teh esen vanila. Sambung pukul lagi  :\

Dah betul puas ati semua sebati, baru campurkan chocolate yang dipecah2kan. 
Tapi kes aku, aku pakai chocolate chips je ahak, senang je. 
Masuk je terus lepas tu kacau pakai sudip. 

Lepas tuang dalam acuan, kalu ikutkan dia guna bekas 9"x11", tapi bekas aku ada yang kecik jer. 
Tu yang jadi 3 bekas....

Hm kerja baking ni kena ada kesabaran tinggi btul! 

Aku tengah kalut nak baking, Umar ni boleh pulak melalak bila bangun tidur, nak susu. 
Huhu sampai bengkak mata menangis, mak dia sibuk pukul tepung. 
Dah tu, dia tak nak ayah dia bancuhkan susu. Dah dapat susu nak kita pulak duduk teman dia kat sebelah. Adoiii!! Tak pasal2 bantat pulak kek aku ni...

Lepas tu bakar pada suhu 180-190 degree bergantung oven korang selama 50-60 minit. 
Lamakan!!
Aku letak kat ruang tengah2 takut jadi garing sangat pulak, dah ler guna tepung biasa jek, bukan tepung naik sendiri. Ada yang kena bakar dekat 75 minit nak bagi betul2 masak!
Sebab tu kena pukul betul2 bagi baking powder dan tepung sebati beb. 


Ok, siap minum petang. Kek tu dah jadi Golden Brown pulak hohoho. 

Budak yang kuat menangis...

Ok, Qaireen puas hati dapat makan, Kalau tak hari2 tanya bila ibu nak buat. 
Hah ibu dah buatkan pun yek!!

Selamat mencuba!!





Sunday, November 2, 2014

Aktiviti hari minggu

Biasalah hari ni cuti tak kerja, jadi pagi2 bangun aku sempat amik 30 minit buat exercise cross trainer. Berjalan 12km bakar kalori 150km, pergh penatnyer huhuhu.
Huhu dah janji kat diri sendiri sempena maal hijrah nk exercise 2 kali seminggu. 

Lepas tu mandi, anak2 dan husband dah siap2 dah nak pergi pasar hehe tunggu aku je bersiap2. Kami ke Pasar Seremban, beli stok ikan sayur untuk seminggu. Tapi sebelum tu singgah sarapan dulu kat Mambau. Aku tak sempat buat sarapan pagi ni sebab nak kuar awal, pastu sibuk kayuh cross trainer pagi2 haha.
Berpeluh2 Qaireen makan bihun sup.

Slurrrrp, Umar hirup kuah bihun sup 

Stok seminggu ni!!

Beli dan balik siang basuh siap2 untuk simpan dalam tupperware. Hari ni masak sambal goreng jawa dan asam pedas. Pastu rebus juga ubi kayu sebab malam tadi ada lebih sambal ikan bilis. Mak aii banyaknyer makan, penat bakar kalori tapi pastu balik balik hehehe.





Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...