Monday, May 5, 2025

Review Makan-makan Coffee Cafe kat Sendayan

 Aku dan husband kira coffee lover juga. Husband terjebak dengan coffee ni bila kahwin dengan aku ahahaha. Kalau tak selama tu dia minum air teh ajerrr. 

So kitorang ada juga try makan-makan kat Coffee Cafe. Antaranya adalah Coffee Beans and Tea Leaf, Richiamo Cafe dan Harru Smoked and Barbecue Cafe. Semua lokasi ni terletak di Bandar Sri Sendayan ajer..

First, Richiamo Cafe. Kita makan tengahari kat situ.  Order kami cofee latte dan nasi daging salai lomak cili api. 

Coffee latte art 

Aku tambah Croissant chocolate. Croissant dia biasa, tak delah lembut sangat. 

Nasi putih Daging Salai Lemak Cili Padi. Sayur dia cinonet ajer... 

Aku rasa kedai ni bukan masak on da spot. Macam Secret Recipe. Diorang panaskan je in case kalau ada stok. Kadang-kadang ada cawangan ada menu ni tapi ada cawangan lain takde. Sama juga kalau menu nasi dagang atau nasi kerabu. Tempat dia ok, memang hype tapi kadang2 sunyi takde customer. Ikut masa kot. 

Hasil selepas makan.... Licin... hahaha.
Makanan dia not bad, tapi coffee dia kureng sikit dari piawai aku. Ikut tekak akulah. 


Ok, next pulak adalah kedai Harru Smoked and Barbecue Cafe. Kat sini kami makan malam sementara tunggu anak habis tuisyen. Kita order cafe latte, Harru Smoked Chicken rice (tiada gambar) dan BeefUp Dishes. 

Coffee dia padu!!! 

Beef Up. Smoked Beef Brisket, 1 set ni RM38. 
Rasa dia. Biasa jer nyah!!!

Kami rasa tulah pertama dan terakhir kita makan kedai kot. Sebab rasanya harga makanan dia offer tu kita boleh makan yang lebih baik lagi.  Lebih2 lagi dari segi rasa dan presenting makanan dia. Husband aku yang komen. Menu aku pulak makan nasi ayam dia- aku rasa Chicken Rice Shop paling terbaik lah tak boleh challenge nasi ayam mana2 kedai except Nasi Ayam Hailam Damansara tu. 

Ok, last review Coffee Bean. Kita memang banyak makan kat sini. memang kalau compare Harru dan Coffee Bean, husband prefer Coffee Bean-itulah dia maksudkan. 

Order kami, lasagna chicken, margherita pizza dan Salmon Spaghetti Aglio e Olio. 


Coffee dia husband ambil Cafe Latte. Aku pulak minum Chai tea. 

My Mum Scone -nama dia jer, emak aku tak bake scone. 

Cinnamon Roll - memang feberet aku, lurve........

So banyak2 coffee cafe yang kita try, mostly memang banyak kat Coffe Bean and Tea Leaf. Makanan dia, dan vibes tempat dia superb. Kopi dia terutama Dry Americano memang kau akan addicted, mujur kita beringat2. makan sekali ke dua kali sebulan oklah. Memang worth setakat ni. Cafe Coffee lain aku tak try lagi sebab kebanyakkan makanan dia offer lebih kepada desert dan kek almost. kami prefer makanan yang berat2 ajer...


Ok Baiiiii...... 







Friday, June 28, 2024

Trade in Filter Cuckoo baru 2024


Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019.
Diam tak diam sekejap je masa berlalu
PKP lagi



Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru, first dia kena buang semua air dari tank sebelum bukak semua suis dan paip air.


Ni penapis baru kami, jejis Titan.


Siap bagi untuk sterilizer untuk nozzle air. 
nozzle tu boleh tarik ke bawah bagi kurang percikan air.

Saja amik kecik sebab nak jimatkan ruang 🤗🤗


Monday, May 20, 2024

Selamat Hari Raya 2024 || 1445 Hijrah

 Selamat hari raya yeah!!

Aku rasa tahun ini adalah raya yang memang paling banyak makan jer. Setiap minggu ada jamuan hari raya kui kui kui... 

Raya pertama di Changkat Jering. Kita pose2 gambar kat rumah abang ipar. 

Buat macam rumah sendiri jer hehehe.. 

Our kids. . . So cute and adorable 


Tahun ni keluarga abang ipar bakal terima menantu, jadi cuti raya ni majlis pertunangan anak dia akan diadakan. 

Jadi kita tumpang pose2 dulu ya sebelum majlis tunang tu berlangsung kat situ minggu ni hehehe. 

Raya ketiga dah balik Seremban sebab nak elak jem. Hari Jumaat kami dah ada kat rumah sendiri dah. 

Abiskan stok bunga api dan mercun. 

Family abang aku termasuk mak ayah datang beraya kat rumah kami. 
Kitorang pakat2 masak steamboat kat luar halaman sambil main bunga api. 


Hari Isnin dah kerja. Lepas tu nak buat sambutan majlis Hari Raya peringkat jabatan pulak. Kita rewang gotong royong sekali lagi masak nasi beriyani Johor weiiii!! 

Chef Koba yang asal memang dari Batu Pahat yea>>> 

Kira masak2 ni dah terer yea, boleh repeat lagi untuk aktiviti tahun depan. Kita dah ada chef bukan kaleng2 dari Johor ya. 


Sumbangan daripada pensyarah dan kelas2 pelajar masing-masing. 

Jom bancuh air sirap!!

Wanita JKM, sedikit je ni. Yang lain tak muncul lagi. . .



Cuti Hari Pekerja, mak sedara Cik Chom dan cousin datang rumah. Ada lah juga sedara mara yang datang beraya rumah kami ni hehehe. 

Masak nasi daging dan buat rendang ayam. Lemang dan ketupat palas kita beli jer. . .


Lepas tu minggu akhir raya di peringkat politeknik pulak. Jabatan kita kena sajikan mee hoon soto. 

Tema merah pulak kali ni. 


Ada roti jala. . .

Bagus buat mee hoon memamg ramai beratur nak makan. . .
Yang sebelah sana nasi hujan panas. 


Lepas tu jamuan HAri Raya peringkat taman perumahan kami pulak hehehe. 
Makan jela raya ni. . .

Ada mee hoon lagi. 

Gambar dengan geng Muslimah Tritonix.

Makan char kueh tiew, berapi2 berasap2. 
Terbaik . . . 

Kambing bakar. Kali ni order 4 ekor, memang cukup makan kali ni ahhahaha!!

Sate ayam dan daging, memang superbbb!!!

yamg penting ada show, kita bawa band utk hiburan di malam itu. 

Terer adik ni, lagu melayu, english cina dan hindi pun dia boleh nyanyi. 




So begitulah cerita raya makan makan pada tahun ini. . . . 

Sekian.




Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...