Tuesday, January 3, 2017

No Debt Free Scream, Just Say Alhamdulilah...:)



A very inspired video for all of us....


Tahun 2017, Alhamdulilah diberikan peluang Allah Taala untuk bernafas lagi di bumi bertuah ini. Bersama keluarga tercinta. Dan permulaan yang baik bagi tahun ni. Ini disebabkan aku dah berjaya melunaskan semua hutang bermula dari tahun 2014. Alhamdulilah.. Alhamdulilah... Alhamdulilah T_T. 

Langkah kedua dah berjaya dilakukan. Masih ada baki lagi langkah2 lain nak kena buat. Ini adalah tujuh langkah (7 baby steps from Dave Ramsey) yang kita boleh rujuk di sini (https://www.daveramsey.com/baby-steps)

Aku peminat Dave Ramsey ahahaha! Kalau diikutkan dari rancangan Dave, dia ada segmen dipanggil DEBT FREE SCREAM!! Tapi sebagai seorang muslim cukup sekadar doa kesyukuran yang aku mampu panjatkan bila terkeluar dari belenggu apa2 hutang pun. Antara hutang yang aku berjaya selesaikan dari 2014 hingga 2016 ialah personal loan, credit card dan car payment. Total semua adalah hampir RM67 000 dalam masa 24 bulan!! Itu hutang..., bayangkan jika anda dapat simpan jumlah tersebut dalam masa 24 bulan, alangkah T_T

Radio program Dave Ramsey, boleh subcribe di www.daveramsey.com

Kaedah yang aku gunakan untuk hapuskan hutang adalah kaedah Snowball (kaedah yang popular daripada Dave Ramsey). Sedikit demi sedikit lama2 bukit terhakis hehehe boleh ye guna perumpamaan macam ni? Ok, apa itu kaedah snowball?? Kalau tak tau boleh klik pada link di bawah ini untuk memahami kaedah tersebut. (http://www.daveramsey.com/blog/how-the-debt-snowball-method-works)

Dan inilah juga matlamat yang aku cuba realisasikan bila aku tulis impian dalam seminar Cik Rohaniah Noor pada tiga tahun dahulu - menyelesaikan hutang2 jahat. Aku pernah cerita perihal seminar ni dalam blog aku dahulu, banyak perkongsian yang bagus dalam seminar beliau. Terima kasih banyak2 atas ilmu yang dicurahkan. Semoga Allah membalas kebaikan Cik Rohaniah Noor yang telah diberikan kepada kami.

Throwback Seminar Wang pada tahun 2013 di Cyberjaya. Cik Rohaniah yang ceria berkongsi ilmu tentang kewangan. 

Brainstorm.
Dengan husband kami buat perancangan dari masa ke semasa. Husband pun asyik tadah telinga jer dengar impian aku nak family kami bebas dari hutang muahahaha 

Untuk merealisasikan matlamat tu, kami perlukan perancangan yang baik dan mantap. Jadi di sinilah bermula pengorbanan untuk merealisasikan apa yang diimpikan. Banyak yang dikorbankan hehehe banyak yang kami telah terminate servis termasuk langganan Astro, bertukar plan telekomunikasi yang murah dan kecikkan bajet (so tiny budget!!). Kurangkan berjalan sana sini, jimatkan pengunaan petrol. No fast food, jangan makan di restaurant yang trending ker (sebab makanan bukan untuk dicuba). Catitkan semua perbelanjaan dan mengasingkan duit di dalam sampul. Paling best aku dan husband akan mengadakan mesyuarat bajet kewangan dan kadang2 kami boleh bergaduh kecil dibuatnyer ahaha!



Antara hutang yang berjaya dipadamkan sebelum ini. 

Hasilnya sedikit demi sedikit hutang jahat dipadamkan dan simpanan berjaya ditambahkan. Sehingga setelah membuat pelbagai pelaburan dan berusaha membuat pendapatan tambahan, tetiba aku rasa tertanya2. Muncul satu persoalan, adakah perlu ditangguhkan dulu segala pelaburan untuk melangsaikan hutang yang ada. Atau diteruskan untuk melabur di samping itu menyelesaikan hutang seperti mengikut waktu yang ditetapkan. Pay off debt or invest???

Panduan Cash Flow dari Tuan Suzardi Maulan. 

Tengok orang, ada orang tak kisah hutang dalam balance sheet dia. Bayar bulan2 pun no problem!! Janji tiap2 mampu bayar. Hati dia tenang walaupun berhutang kan... Dan boleh guna simpanan yang ada untuk melabur.

Ada jenis orang pulak nak cash flow positif setiap bulan, langsai hutang rasa tenang jer fikiran. Tapi kena usaha menyimpan semulalah. Aku?  Aku rasa termasuk golongan kedua tu ahaha selagi tak selesai hutang, jiwa tak tenang kan.

Last hutang dah tutup sebelum masuk tahun baru 2017...T_T

You put risk in your life when you borrowed the money......Dave Ramsey.

Akhirnya bermula tahun 2017 ini, keluarga kami bebas dari hutang jahat. No student loan, credit card payment, car payment or personal loan. Husband asyik je cakap "we debt free"!! Tak nak jerit ker??? Wah, kita ni bukan omputih. Tapi masih ada lagi baby step yang kena fokus iaitu selesaikan hutang rumah (mortgage payment) dalam sepantas yang mungkin. 

Lebih dari itu aku rasa sungguh tenang. Sebab target tercapai lebih2 lagi anak dah mula memasuki alam persekolahan. Tiada lagi terkejar2 nak buat side income nak tambah pendapatan. Tak perlu tunggu umur dah 50an atau 60an untuk menarrik nafas lega. Jadi fokus kami sekarang adalah pendidikan, pembelajaran, saving dan perbelanjaan mereka di hari2 mendatang.

Kalau boleh amalkan membaca doa ini. Ini yang aku amalkan (baca setiap pagi ayat al- mathurat dan doa ini) setiap kali perjalanan ke tempat kerja. 


Rajin2 ikut dan follow orang yang bijak dalam perancangan kewangan seperti Dave Ramsey, Tuan Suzardi Maulan dan Tuan Zaidi Ismail. Mereka ini banyak membantu kita dalam merancang bajet dan kewangan. Rancanglah kewangan kita dan tuliskan untuk tiga tahun. lima tahun, 10 tahun dan 20 tahun yang akan mendatang. Dan automatik kita akan berusaha untuk merealisasikan matlamat tersebut. 

InshaAllah hutang setinggi gunung dapat dihapuskan jika kita sabar, istiqamah merancang dan komited menyelesaikan masalah tersebut. Apa yang kita mahukan hanyalah ketenangan dan kedamaian hidup kan. It's all about financial peace  :)



"No matter what"
A very inspired video for all of us....





Monday, January 2, 2017

Umar dah Darjah 1

Kejap jer Umar dah masuk darjah 1, macam aritu baru jer hantar dia masuk pra-sekolah. Semangat nak pakai tali leher sekolah ahaha. PAgi2 bangun macam biasa, sebab ibu dan ayah pun kerja masa cuti sekolah jadi diorang pun bangun pagi dan bersiap ke CDC macam biasa. Jadi tak de masalah nak bangun awal dan mandi pagi.

Selamat pagi. Semangat baru. First day ke sekolah. 

Ibu bapa pun dah ada menunggu kat luar kelas anak masing2. 

Umar masuk kelas 1 UKM. Terus tarik kerusi dan duduk. Nampak macam belum ramai lagi budak yang sampai sebab pagi ni hujan lebat juga. 

Umar nampak ok dan tenang. Cikgu dia dah ada dalam kelas, uruskan pendaftaran pelajar yang belum selesai lagi. OK, aku pun nak gi hantar Ilhan ke taska pulak. Cakap dengan Umar nanti waktu rehat ibu datang lagi yek. Tak nak tunggu nanti ganggu tugas cikgu jer nak jalankan tugas dia. Budak ni just senyum dan angguk jer T_T....  si Qaireen dah hilang terus bila jumpa kawan2 kelas dia tadi. Tak ingat dah ibu dan adik dia ahahaha. 


Waktu rehat aku datang sekali lagi nak tengok Umar boleh beli makanan ker tak. Cikgu dia siap ajar macamana nak basuh tangan, beratur dan beli makanan. Bila Umar ternampak aku terus dia datang pegang tangan dan kain baju aku T_T... Alamak!! Muka dia cuak, macam nak nangis pun iya. Aku suruh dia beratur dan pilih makanan apa yang dia nak makan. Okaylah dia boleh buat sendiri. Bayar sendiri, aku perhati dari jauh je.. 




Qaireen pun datang sekali dengan best friend dia, aku suruh makan sebelah Umar sebab meja lain semua dah penuh. Berselera jugak budak2 ni makan. Habis makan, budak2 ni angkat pinggan dan cawan dan letak ke dalam bekas disediakan. Lepas basuh tangan Umar masuk balik ke dewan untusambung program orientasi dan Qaireen balik ke kelas. Nanti balik kita jumpa lagi. Kbai!!



Friday, December 30, 2016

Makan Nasi Ganja di Ipoh, Perak

Ni tiada kena mengena dengan perihal ganja. Ni pasal nasi di restorant yang popular kat bandar Ipoh ni, Nasi Ganja. Macam nasi kandar juga tapi berempah sikit. Satu2 nya terletak di bandaraya ni, tiada cawangan di mana2. 

Depan kedai nasi ganja. Terletak di Jalan Yam Tuan, Ipoh. Boleh waze je, confirm sampai 😊😊
Kami kebetulan on da way balik ke kampung di Taiping singgah sebentar bandar Ipoh untuk makan tengahari. Hari tu hari Kristmas, jadi memang waktu cuti umum. Masa ini dah pukul 12 tengahari. 

Fikir dulu nak beratur ke? Lama ke nak tunggu ahahah!!


Time ni pun orang dah beratur panjang beb!! Yelah time nak lunch kan. 
Pernah dulu datang sekali singgah tapi mak aii beratur panjang jadi x jadi nak makan tukar tempat. Tapi kali ni datang mesti makan juga lah, sebab nak mencuba kan 😁😁 Tengah2 beratur tiba2 ada brader bagitau, nak bungkus ker?? kalau beratur ni sebab nak bungkus. Nak makan masuk jer dalam kedai.. Oo ye ker?? agaknya dia tengok kami dukung dan bawa anak2 sekali kan ahaha 😂😂


So kami pun masuk ke dalam kedai, punyaler ramai orang. Tempat duduk pun penuh. Terpaksa berdiri menunggu kat meja tu sampai orang bangun huhuhu. Dekat 10 minit juga tu. Akhirnya baru dapat duduk. Jadi kalu korang lapar sangat tak payah tunggu nanti boleh hilang sabar tu 😅😅😅. 

Sabor je lah tunggu makanan, dah order dah...

Tengok betapa penuhnya lah kedai ni..

Tempat duduk sentiasa penuh... kalau nak tunggu kenamlah tunggu kat meja korang nak duduk. Tapi kesian pulak orang nak makan tu macam tak selesa kan kalau orang dok tunggu kita sampai selesai makan mia mia mia..

Yang kat depan kedai still beratur panjang lagi. 

Saja aku snap gambar ni sebab chinese dua orang ni tak kisah pun makan berdiri, janji dapat makan ahaha. 

Akhirnya sampai dah order. Kami amik ayam goreng. Jadi ada kuah gulai, sayur timun, dan telur asin. Agak berempah juga. Cuma ayam dia terlalu kering sebab goreng sampai garing kan. Harga dia ok juga, kami mintak 5 set. Total semua makanan tak termasuk minuman ialah RM27.++

Lepas tu aku ternampak semua meja order puding karamel ni, so aku pun mintak satu untuk makan. Orang kedai tu cakap cukup ke satu?? Haha cukup pasal nak rasa dulu, tapi bila makn amboi sedapnyer... 😂😂

Lepas makan tu boleh pulak terjebak nak beli cendol depan kedai nasi ganja ni... pergh beratur lagi 😂😂

Beratur pun dekat 20minit, semata2 nak makan cendol punya pasal. Husband bawa Ilhan dan Umar tunggu dalam kete. Qaireen yang tunggu beratur dengan aku, sebab dia nak sangat makan cendol. 

Yeh, dapat dah cendol. Sedapnyer... sebungkus RM4.00. Qaireen teruja sungguh nak makan cendol. Sebungkus tu dia sorang yang abihkan ish ish...  oklah kenyang dah. jom gerak balik taiping weiii.




Bercuti Di Langkawi 2025 || Part 2

Sambungan kepada hari kedua....Bercuti Langkawi tahun 2025. So macam biasa kita bangun pagi2 dan sarapan di HG hotel. Senang ambil breakfast...