Bulan lepas aku saja buat tiramasu yang simple. Aku belajar dalam blog je. Dan tiramisu pun selamat diperabihkan. Simple je buat tiramisu ni, tak payah bakar2 dan sesuai untuk orang yang sibuk dan saja menyibukkan diri.. lols
Balik dari kerja dan sekolah, kami bantai makan kek.
Rupa tiramisu yang tersusun kelam kelibut.
Aku gunakan bekas kecil jadi senang nak makan dan bawa ke mana-mana.
Jadi selepas itu, memandangkan ada lagi bahan yang berbaki, maka aku merajinkan diri (walaupun letih setelah sehari berdiri dalam bengkel kimpalan), aku pun buat lagi tiramisu simple ni. Bahan-bahan yang diperlukan:
- Serbuk koko (tak kira jenama apa, aku guna cap Van Houten)
- Sponge cake perasa coklat ( Kalau rajin buat kek span sendiri, yang ni aku guna perisa pandan sebab kat Maiden takde, kat Tesco S2 ada)
- Nescafe 1 sudu besar (campur dengan air tanpa gula)
- Gula kastor setengah cawan
- Cream cheese (1 buku)
- Whipping Cream 1 kotak kecil
- Esen vanila
- Bekas untuk letak tiramisu (guna gelas tupperware)
Bahan-bahan utama tiramisu
Aku guna gelas Tupperware sebab siap ada cover dia sekali untuk simpan. - pasal aku ni ejen Tupperware bahaha!! Alas tempat kerja anda dengan suratkhabar supaya tidak berkecah dan senang nak kemas k...
Masukkan cream cheese, gula kastor dan esen vanila. Pukul rata dengan guna mixer.
Campurkan whipping cream dan pukul lagi. Dan akhirnya dapat sebatian cream cheese macam di atas.
Tuang sedikit air kopi dalam piring atau mangkuk.
Potong kek span tu, dan tempekkan dalam air nescafe cepat-cepat yek, sikit2 udahlah.Jangan bagi air terlalu meresap banyak. Nanti tiramisu tu jadi berair pulak.
Masukkan dalam bekas macam ni hah.
Letakkan rata2 cream chesse atas permukaan kek.
Tabuuurkan serbuk koko. Aku pakai penapis. Sebab tu alas dengan kertas kalau tak bertaburan... Lepas tu ulang buat layer by layer sampai penuh bekas tu.
Lepas tu simpan dulu dalam peti ais, sejukkan sebelum makan. Tiramisu kalau makan sejuk2 memang mengancam!! Aku start buat pukul 9 malam. siap kemas basuh semua pada pukul 10 malam. Jadi sejamlah kiranya, belum campur lagi si Umar tumpahkan segelas air nescafe atas meja, Grrrrrr...
Ok, selamat mencuba yup.
No comments:
Post a Comment