Thursday, November 27, 2014

Berkunjung ke MAHA 2014

Semalam aku dan husband amik cuti sehari. Semata2 nak bawak anak2 berjalan2 ke EXPO MAHA 2014 di Serdang. Sian kat anak2 cuti, tapi takde aktiviti untuk diorang. Bertolak pagi dan kami tiba di sana jam 10.15 pagi. Parking kereta, orang belum ramai lagi time ni. Banyak lagi parking yang kosong ngeh ngeh ngeh...


Parking kereta sebab korang mana boleh bawak masuk kete, melainkan korang ni ornag VVIP ker, orang MARDI ker, FELDA ker hah boleh masuk kenderaan awak. Jadi kena naik tram yang disediakan. Dunt worry memang tram dia banyak.

Tak ramai pun, tapi penuh jer tram dan bas. Kena bergayutan...

Destinasti pertama, laman padi. Saja nak tunjuk kat budak2 apa yang diorang makan NASI tiap2 harI tu asal dari mana.



Tengok padi dekat sini jer, nak gi kedah jauh sangat kui kui kui

Model padi ker ni?? Lols...

Jom tengok orang buat emping padi..

Makcik2 ni demo nak buat emping padi. Dah tumbuk, goreng kering pulak.

Tengok bahagian perikanan pulak, Banyak ikan sungai. 
Husband boleh pulak tetiba teringin nak menjala kat kampung nanti hmmm..



Tengok arnab2 yang jinak. Teringat masa pergi ke Pesta Flora, Putrajaya.

Amboi manjanyer rabbit, nak suap2 pulak.

Memang banyak, aku yang risau bila orang dah ramai arnab2 ni kecik je berlari kat bawah. Terpijak juga kang nanti huhu

Lembu ni memang besar giler, aku pun tak berani kalau nak makan daging lembu ni...
ish macamna ler daging dia tu huhuhu


Haha aku mula2 ingatkan binatang ni kuda padi sekali datang dekat, bertanduk?? rupanya kambing daaa!!
Panjang bulu dia, tebal.

Kambing tu senyum2 kat Qaireen hahaha!!


Kerbau balau yang jinak...? Buat dek je yek ada orang duduk atas dia!!


Mickey and minnie mouse ala2 malaysia yoo!!

Tuesday, November 25, 2014

Kursus lagi!!

Kiranya, takde istilah nak rehat2 sepanjang semester. Habis exam, proses markah, sambil2 tu terlibat dengan program Finishing School JKM. Kena jadi fasi untuk seminggu untuk kursus Hyperworks.. Amik cuti rehat selama dua hari sebab nak claim bayaran (padahal aku ada jek dlm politeknik, tak boleh thumb print ajek!!)

Finishing School!!

Bekejaran nak siapkan markah dan keputusan final exam student di Unit Exam

Meeting exam. Lama tak hadap benda ni....

Dan minggu ni aku kena kursus sekali lagi dalam Hyperworks- dah ler takde bagi makan dan minum*sigh. Nak cuti pun tak dapat. Belajar lagi benda alah ni. Dan semalam kena sakit tekak, selsema pulak. Telan panadol. Bersin dan bersin. Hidung asyik berair huhuhu. Lemah badan weiii... tapi takpe InshaAllah aku kuat. Think positive jer..

It's all about FINITE ELEMENTs!!!





Bergantung pada objek, berribuan, mungkin berjutaan atau berbilion meshing bagi setiap element yang berhubung!!

Dan, bila orang tanya,"camne hyperworks??" Aku jawab sepatah "Hypertension..."

Au revoir!!


Thursday, November 20, 2014

INSPIRATION

"Tell me Francios,
What is your philosophy on leadership? 
How do you inspire your team to do their best?"

Invictus-poster.png
Invictus-2009





Promo Combo Marine Essence Produk #MECOMBO


Hai!

Anda penguna tegar produk Marine Essence??


Jika ya, 
kami menawarkan pakej istimewa sempena penghujung tahun 2014.

Promosi COMBO produk Marine Essence 

yang mengandungi :-

1. Marine Essence Beauty Bar (1 kotak = 3 ketul sabun)
+
+



Set combo produk kecantikan Marine Essence


Harga istimewa sempena Pakej combo ini bernilai RM171.00 hanya RM150.00!!

Hanya RM150!!??

YA!

Dan

POS adalah PERCUMA!!!

*BAGI SABAH/ SARAWAK TAMBAHAN RM5.00 UNTUK PENGHANTRAN POS UDARA. 

Wou!!

Dan tawaran ini akan berlanjutan

31 Disember 2014

 selagi stok masih ada!!


Testimoni produk Marine Essence





Cepat!! Segera bertindak pantas!!


Sms/ Whatassap / Viber

"SAYA NAK ME COMBO!"

KE 

012 7597929

013 6036630

HASNY
SENIOR SALES MANAGER
EJEN DAFTAR: 619518
SEREMBAN, N. SEMBILAN

Sakit lama kembali!!

Serius!! Aku dah lama tak kena sakit ni. Last time aku kena masa nak bersalin Qaireen Shafiyyah. Itu hampir 6 tahun lepas ahaks!! Korang nak tau aku sakit apa yek?? Aku kena hemorrhoid a.k.a buasir dah... Dulu masa pregnant Qairren dah masuk 35 minggu aku kena masuk wad, sebab sakit ini lah. Itu sejarah yang paling teruk sepanjang aku kena. Tahap tiga pulak tu. Sebab kandungan dah besar dan berat lalu menghimpit ke bawah usus. Jadi terjadilah buasir, punya azab nak tunggu bersalin. Hanya Allah dan aku sahaja yang lebih mengetahui..

Lepas bersalin ada followup dari klinik surgical selepas sebulan post-natal, untuk appoinment operation buang. Tapi aku escape, cabut tak pegi pun!! Hahaha aku memang penakut bab2 kena operate ni, memang nak elak (tapi ditakdirkan aku kena juga operate Cesarean masa lahirkan anak kedua...ceh).

Throwback 2009. 
Berapa banyak bekalan ubat daftlon aku dapat dah!


Tu dia appointment surgical clinic aku kena pi...
tapi aku tak pergi... penakut beb!


Banyak juga doktor bagi bekalan ubat, berkotak2 DAFLON dan syrupLactulose untuk aku makan masa berpantang. Kemudian lama dah aku tak kena. Bertahun2... ingat dah ok. Tup2 minggu ni kena balik. Ada sebab aku terkena semula. Aku lack of fiber beberapa hari. Dua hari aku lupa amik hidangan fiber, tak minum Lacto Fiber. Lepas tu makan pedas (aku rasa tak pedas mana pun). Tapi paling utama, aku hypertension campur stress bekerja dan mengendalikan aktiviti kehidupan, DARN akhirnya stress tu menyumbang inflamation vein-pembengkakan saluran darah seterusnya tercetus hemorrhoid. Itu yang paling aku setuju kalau terkena sakit ni. Skala 8 dari 10 aku kena adalah berpunca dari stress terutama masa aku bujang dulu.. Hmmm gamaknya aku tak stress pun selama 6 tahun ni, hebat tak hahahadoi...

Daflon 500mg.
Makan dia kena teratur, makan 6 biji untuk 3 hari lepas tu 4 biji untuk hari seterusnya dan 2 biji slepas beberapa hari. Cara makan ada tulis kat kotak tu... 

Ingat buat biasa jer harap2 ok macam biasa. Tapi tak de perubahan, terpaksa aku pergi farmasi cari ubat DAFLON. Mahal betul pil ni, harga sekotak RM50.00!! Ayah aku pun ada bagitau dulu, ubat ni mahal. Aku dapat free jek dari hospital kerajaan masa bersalin dulu.....Ubat ni je aku percaya, yang sapu2 ker supplement aku tak nak. Sebab dia dah berkaitan dengan saraf darah, jadi kena juga amik ubat untuk dalaman. 


Daflon can cure the inflamation in vein. 

Alhamdulilah makin baik, solusi dia kena rehat banyak2 jek. Tak boleh banyak pengerakkan. Tapi aku memang nak bergerak sana sini bila dah kerja. hehehe semoga baik berterusan sampai bila2. Tak sanggup nak hadap betoi sakit ni :/

P/s: Stress nak hadap audit SIRIM ke punya pasai? aku terkena tempias huhuhu. 

Tuesday, November 18, 2014

Pembelian Online E-Commerce Hai O Marketing

Rasanya akulah orang yang amat2 lega bila Hai O Marketing dah buat pembelian dan pengeposan secara ONLINE. Baru dilancarkan pada September 2014 lepas, aku baru nak pakai kemudahan tersebut pada minggu ni.

Mula2 klik kat ikon tu pada lawan web Hai O marketing. Masukkan no ID pastu password. Yang ni korang kena daftar dulu kalau nak access kemudahan tu.


Aku beli hari Isnin lepas. Kebetulan officemate aku nak barang. So aku try E-Commerce Hai O Marketing ni. Beli tak banyak pun just PB Natural Wash. "Log in" sebagai distributer pastu cari produk tu. Add to cart. Bayar. Guna Online banking (cimbclicks atau m2u) atau kredit kad pun boleh!!

Pastu update alamt kita dan alamt nak diposkan. Aku letak jela alamat opis, kalu letak rumah pun bukan ada orang nak amik nanti. Lepas tu company Hai O pun update kat email aku, status pembelian dan penghantaran barang...

Company dok update je status barang aku tu :)


Tup2 arini, tadi ada orang call tengahari ni. Rupa2nya orang City Link. Nak bagi barang tapi pejabat admin tutup. Yelah, ko datang waktu lunch hour, confirm diorang kunci pintu tu. Aku mintak dia datang kat opis aku heheh banyak songeh aku ni. Malas nak pergi ke depan. Akhirnya van tu mai datang opis hehehe. Mintak aku sain dan amik amik kotak barang tu. Aku punyalah excited lupa nak amik gambar mamat yang hantar tu keh keh keh!!

Bukan main besar kotak diorang bg. 
Sumbat bnyk kertas untuk jadi pelapik. Bagus2!!

Perghhhh hantar sampai depan opis tu! Hahaha bahagianya aku lepas ni. Tak payah nak keluar berambat ke stokis balik kerja tak pun hujung minggu. Untuk orang yang kerja macam aku ni mestilah happy ada kemudahan Hai O bagi macam ni. Mudah je kan! kan ! kan!


Saturday, November 15, 2014

Konvo PASTI Anak2 ku

Yeah, selesai konvo hari Ahad lepas, semua Taska Pasti di seluruh kawasan Teluk Kemang terlibat. Majlis dibuat di SRKJC Spring Hill. Anak2 aku pelik, hari tu kena pakai uniform sekolah. 'Bukan hari ni kita cuti ke' hehehe. Yelah, tapi hari special sikit. Ada konvo akhir tahun.

Muka teruja ke?!

Sampai pukul 2.30 ptg. Parents pun ramai datang , penuh dalam dewan.

Kaunter pendaftaran. 

Persembahan nasyid dari kanak2 pasti...

Umar mula2 duduk diam je dengan kawan2 dia, mualimah tolong jaga sebab nak beratur naik pentas. Alih2 dlm 20 minit tetiba mualimah datang bawa kat aku , 'Umar nangis cari ibunyer... ' adui, budak ni takut bunyi speaker...

Muka Umar baru lepas menangesss

Qaireen relaks jer, siap boleh kejar tepuk bubbles dengan kawan2 lain


Ramai mak bapak belikan bubles untuk anak diorang. Budak ni mintak tapi ayah dia tak bagi takut infection pada perutlah, mulut lah hahaha padahal sayang duit nk beli benda2 macam tu. Baik beli makanan. Nasib baik diorang paham..

Muka seronok dapat hadiah konvo. Hilang sekejap nangis dia tu hahaha

Senyummmm, best dapt hadiah yek.

My boy and girl. 

Nak jadi macam hadi dan huda...


OK. Tamat dah persekolahan PASTI tahun ni. Lepas ni cuti panjang dah... Kena fikirkan apa nak isi time cuti sekolah panjang ni..  


Friday, November 14, 2014

Makan gaji dan berniaga...

Hari ni aku terbaca dalam facebook member post tentang perihal cerita seorang bekas pelajar Sijil Politeknik terpaksa menjadi kuli menolak troli di pasaraya bergaji RM800, gara2 dibuang kerja dari company setelah bekerja di situ pada gaji RM1600. Bila aku lihat tarikh post blog tu ialah pada tahun 2009...



So memang tahun 2008-2009 adalah 'musim sejuk' dalam ekonomi Malaysia. Cycle yang sama berulang pada 1997-1998 (tahun itu ramai graduan tak dapat kerja malahan lulusan dari luar negara sekalipun termasuk cousin aku dan abg atau kakak member2 aku yang baru balik belajar over the sea gitew...). Itu yang ditulis perihal ex-student poli, belum kira lagi..pelajar IPT lain

According to Dr Wan Shah Razali, sekarang Malaysia sudah dalam musim luruh-fasa nak masuk musim sejuk. Bab ni aku memang setuju sebab bila aku banding time bekerja 2002 hinggalah tahun ini 2014 jauh beza. Harga minyak, barangan, makanan semua naik, KITA DIHAMBAT INFLASI. Bank Negara pun dah naikkan OPR. . Kuasa pembeli jadi terhad. Harga rumah pun dah tak masuk akal- yang UNDERCON lah, macam 450ft harga dah dekat setengah juta (gila?). 😲😲Jadi maka aku berpesan2 kepada student2 aku di politeknik mereka besar kemungkinan akan menghadapi 'musim sejuk' ketika bergraduasi. Jadi, bersiap sedia terutama yang ada mengambil PTPTN (dah start masuk CCRIS tahun depan).

Aku bagi nasihat dalam kelas - kalau diorang mula malas2 tak belajar terutama dah masuk tahun kedua dan ketiga. Mostly 100% student dalam kelas aku confirm amik PTPTN. Mereka ini dikategorikan golongan FINANCIAL IDIOT (hei bukan aku kata, KC Lau yang labelkan begitu). Sebab orang nak mohon pinjaman pun sekurang2nya mereka mesti ada pendapatan -bukti slip ke penyata gaji atau akaun perniagaan atau company dan apa2 yang sewaktu dengannya.  BARULAH mereka layak memohon pinjaman. Tapi pelajar yang tiada pekerjaan, usia yg muda dah boleh mohon meminjam. Lepas tu kalau anda gagal dalam pengajian, anda tak balik dengan diploma tapi bawa balik HUTANG. Sepatutnya anda bekerja dengan diploma itu untuk bayar hutang semula. Sekarang nak kerja hebat tapi diploma tak dapat. Abis nak bayar apa dengan hutang tu??

Jadi nak tak nak sebagai backup - kita kena tahu berniaga.... tak kira ada kelulusan atau tidak.

Disebabkan masa itu aku diarahkan mengajar ENTREPRENEURSHIP (mak aii hebatnya subjek ini...) aku pun ajarlah apa yang aku tau sikit2 pasal ilmu berniaga yang aku ceburi secara tidak langsung. Bukan berlandaskan buku dan nota, hanya pengalaman aku sahaja. Lagipun aku lulusan kejuruteraan, bukan perniagaan. Subjek ni aku ajar dua minggu memang teori tak boleh jalan, kena buat secara praktikal. Jadi aku berikan modal seorang pelajar sebanyak RM1.00, dalam kelas tu 40 orang jadi total RM40.

So terpulang, "saya berikan seringgit ni sebagai modal permulaan kamu berniaga. Kamu boleh buat sorang2 (milikan tunggal) atau nak JV dengan rakan2 lain. Buat company, join modal bersama. Had paling ramai 5 orang (jadi ada RM5.00 saatu kumpulan)".

Tapi syarat kalau berkumpulan mesti buat CO syarikat. Siapa yang jadi pengurus, pemasaran, bendahari, setiausaha atau apa2 AJK lah.."Hujung semester ni saya nak tengok berapa keuntungan kamu dapat jana dari duit RM1."

Aku tak lepaskan pelajar begitu, setiap 3 minggu ada presentation untuk aku lihat dan pantau dari segi produk, pemasaran dan target pelanggan. Oo mesti orang hairan macamana nak berniaga modal ciput camtu. Student tanya bolehkan mereka mengeluarkan dana sendiri. Aku kata "boleh"... Yela kadang2 kita perlu tambahan dana yang kita minta daripada keluarga sendiri atau pihak luar seperti bank untuk penambahan modal perniagaan. Tapi aku letakkan syarat jika dana luar mesti pulangan sekali ganda dari modal yang ditambah. Aku akan tengok akaun kewangan syarikat mereka. Wah 1 semester nak ajar semua ni, kat pelajar kejuruteraan pulak tu. Minat berniaga, aku pun tak nampak muka2 mereka tu hehe. Muka kelat kena paksa.😴😴

Diorang berniaga apa, jual ler macam2 ikut modal kecik tu jadi buat dadih, aiskrim malaysia, ada yang buat coconut shake. Siap ke selangor nak cari bekalan kelapa muda. Bagus. Jual kat pantai PD. Ada buat home delivery, jual kat area asrama. Aku pun ada order kat student ni, hantar ke opis. Alhamdulilah bila dah hujung2 sem baru nampak semangat mereka nak berjual barang. Tiada lagi istilah malu2. Sebab aku nak report dan bukti gambar. Jika tiada diorang tak lulus.

Memang lucu bila lihat slaid presentation gambar mereka mengira duit jualan untuk tutup akaun sebelum hantar report. Buat seperti kipas dan menciumnya. Hah baru korang tau bukan senang nk menjual. Nak close deal dengan pelanggan. Dan bila aku tanya apa perasaan mereka, memang mencabar tetapi seronok. Pengalaman nak pujuk, merayu orang membeli barang. Ko sanggup merayu tak?😥 Hehe, so boleh praktikkan berniaga lepas ni.

Dan aku dengar ada pelajar yang teruskan masa buat LI dan cuti sem yang panjang. Baguslah kalau dapat kerja makan gaji pun, berniagalah buat sampingan. Asalkan komited buat kedua2nya,apa salahnya. Yang untung kamu juga boleh backup financial di masa depan. Boleh buat untuk belanja kahwin, beli rumah atau tabung pendidikan anak2- takkan nak suruh anak meminjam pulak untuk sambung belajar.

Hmm yang paling rimas diorang selalu tanya "Puan berniaga apa?" Ooo aku jawab, mana ada aku kan ditugaskan untuk mengajar. JADI SAYA AJAR JELAH APA YANG SAYA TAU...😜😜😜 diorang tak percaya deh, tak puas hati, Hari2 bila abis je kelas mesti sibuk tanya aku bisness apa. Siap nk gi opis aku nk tgk barang apa aku jual?! Sibok betul! Apa2 pun biarlah jadi RAHSIA.

Ceh, terang2 kat blog ni nampak jelas aku jual apa.

P/s: ini hanya berdasarkan pengalaman dan pendapat aku dapat sebagai seorang insan kerdil di bumi Allah.

Au revoir.....



Tuesday, November 11, 2014

Hari klinik dan hadiah PASTI untuk anak2

Kebetulan ada majlis akhir tahun Pasti buat di  Mayang Sari Resort, Port Dickson pada hari Ahad. Tapi kami mana dapat pergi sebab hari Isnin tu Qaireen ada followup klinik di HSAJB. Hari Sabtu dah balik ke Batu Pahat.
Rutin tiap2 6 bulan Qaireen akan datang ke sini, klinik Pediatric Surgical untuk check up dengan doktor. 

Appointment pukul 2 ptg. 
Hehe malu2 pulak dia nak bergambor!

Mujur dalam klinik ni pasang Upin Ipin movie, budak2 pun boleh behave sedikit. Leka tengok TV.

Qaireen habit suka gigit dan tarik baju, sampai mengelebeh baju dia. 

Umar mula2 steady gelak2 tengok, lepas tu jadi takut tengok ada 'hantu durian' dalam cite Upin Ipin. Tutup mata dengan tangan tu heheh.

 Pukul 2.30 ptg baru panggil masuk. Kat dalam takde ler aku nak snap gambar doktor. Alhamdulilah next appointment akan jadi setahun sekali. Baguslah, kira ada perkembangan positif. Harap2 lepas ni sentiasa positif. tak mau ler kena admit wad macam dulu2 (klik sini) lagi. 

Balik ke Seremban, dalam perjalanan sentiasa hujan je.. sampai dah dekat magrib, singgah makan malam dulu. Besok dah kerja huhu.

Dan semalam petang balik sekolah, anak2 tak sabar tunjuk barang diorang dapat di PASTI.
Nak tunjuk gambar2 yang cikgu amik, bertemakan CITA-CITA Saya...

Qaireen nak jadi angkasawan!

Umar nak Jadi Pilot!?? Seriusnyer muka. 

Wah, biar betul cita2 anak2 aku ni.
Ni semua kerja tak jejak bumi. hahahaha ntah lah cikgu dia yang suruh gamaknya. 

Hadiah2 penutup sekolah hujung tahun. Qaireen dapat hadiah pelajaran jawi terboik...


Terus bukak dah, nak pakai semua hadiah tu ish ish ish

Ni pun sama, lepas tu dua minggu semua hilang, bersepah dah...

Hah kertas peperiksaan Umar dah dipulangkan. 
Hmmm oklah. Bagi budak 4 tahun yang kuat menangis ni....



Trade in Filter Cuckoo baru 2024

Dah lima tahun Iris ni berkhidmat dari 2019. Diam tak diam sekejap je masa berlalu PKP lagi Tecnichan datang bukak untuk tukar penapis baru...